
Kehamilan memang satu perjalanan yang sangat bermakna dalam hidup seorang wanita. Bukan saja membawa cahaya baru dalam keluarga, tapi juga datang dengan tanggungjawab besar untuk pastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan berada pada tahap terbaik. Salah satu nutrisi penting yang ramai ibu terlepas pandang ialah asid folik, dan di sinilah pentingnya memahami bahaya kekurangan asid folik sejak sebelum hamil.
Asid folik ialah bentuk sintetik kepada vitamin B9 yang sangat diperlukan tubuh untuk menghasilkan dan membaiki sel baharu. Masa mengandung, keperluannya meningkat sebab badan ibu sedang membentuk tisu dan organ bayi. Nutrien ini penting untuk pembentukan DNA serta penghasilan sel darah merah yang sihat.
Vitamin B9 yang wujud secara semula jadi dalam makanan dipanggil folat. Sumber folat semula jadi termasuklah sayur berdaun hijau (bayam, brokoli), kekacang, buah sitrus dan bijirin penuh. Tapi asid folik dalam bentuk pil atau makanan yang diperkaya (seperti roti dan cereal) biasanya lebih mudah diserap oleh tubuh.
Pengambilan asid folik yang cukup sangat penting untuk pastikan kehamilan berjalan lancar. Antara manfaat utamanya:
Hakikatnya banyak bahaya dan kesan lebih serius pada bayi jika kekurangan asid folik, sepatutnya kita jangan ambil ringan.
Masalah ini berlaku pada awal trismester. Pengambilan asid folik sangat penting untuk elak kecacatan pada perkembangan tiub saraf bayi, seperti spina bifida (tulang belakang tidak tutup rapat) dan anencephaly (sebahagian otak dan tengkorak tidak terbentuk dengan sempurna).
Sebaiknya 3 bulan sebelum hamil, anda perlu ambil asid folik. Sekiranya awal trismester baru sedar tentang kehamilan, cepat-cepat ambil asid folik untuk mencegah kecacatan bayi.
Kekurangan asid folik juga menyebabkan masalah perkembangan otak dan saraf bayi di kemudian hari.
Kelewatan perkembangan kognitif: akan ada masalah dalam pemahaman, pembelajaran dan keupayaan memproses maklumat.
Risiko autisme: beberapa kajian menunjukkan kekurangan pengambilan asid folik ketika hamil meningkatkan risiko spektrum autisme.
Kekurangan asid folik menyebabkan kegagalan implantasi embrio, menjejaskan pembentukan plasenta yang sihat di mana plasenta sepatutnya membekalkan nutrisi dan oksigen kepada bayi. Ketidakseimbangan homosistein (kerosakan pada saluran darah) juga meningkatkan lagi risiko keguguran pada awal trismester. Ini antara bahaya kekurangan asid folik yang ramai ibu tidak sedar.
Bayi yang sepatutnya lahir pada usia matang (37–40 minggu), berisiko lahir pramatang apabila ibu mengalami kekurangan asid folik. Keadaan ini menyebabkan bayi lahir dengan berat sangat rendah.
Ibu hamil yang kekurangan asid folik berisiko mengalami anaemia apabila sel darah merah menjadi rendah. Apabila sel darah merah tidak mengangkut oksigen dengan efisien, ibu mula mengalami gejala seperti:
Pastikan ibu mengambil sekurang-kurangnya 400mcg sehari. Kalau ibu sudah ambil prenatal vitamin, semak sama ada kandungannya ada asid folik pada dos yang disyorkan. Boleh tengok label botol atau rujuk doktor/pharmacist.
Bagi yang ada sejarah spina bifida, autisme dan beberapa risiko lain, doktor mungkin sarankan dos lebih tinggi bergantung pada keadaan ibu.
Meskipun mengambil suplemen, makanan tetap sumber nutrisi utama. Pilih makanan yang kaya dengan folate setiap hari seperti:
Sumber: raudhahraisha & vitaminbelle.