Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh darah yang mengalir daripada bayi ke uri.

Bahaya Urutan Naikkan Uri Kepada Ibu Hamil! Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

Kedudukan uri di dalam sesuatu kehamilan merupakan satu fenomena yang spontan dan rawak. Uri pada peringkat awalnya mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna putih dalam imej ultrasound. Bentuk sebegini dinamakan sebagai circumferential.

Apabila kandungan semakin membesar, uri tersebut akan tertumpu kepada satu-satu bahagian. Ia adalah anterior (hadapan), posterior (belakang), lateral (sisi, sama ada kanan atau kiri), low lying (uri berada di kawasan bawah rahim dan 90% akan naik ke atas apabila kandungan berusia 28 minggu) dan fundal (uri duduk di kawasan atas rahim). Ketika hamil, setiap 13 minggu bersamaan dengan tiga bulan. Ini bererti 26 minggu (enam bulan). Jika kandungan anda berusia tujuh bulan, ini bererti janin berusia 30 minggu.

IKLAN

Jika uri masih berada di bawah dan menutup ruang untuk bayi keluar, anda dikategorikan sebagai kes placenta praevia. Uri yang menutup ruang untuk bayi keluar, ia dikenali sebagai placenta praevia major. Kalau uri berdekatan dengan ruang untuk bayi keluar (tetapi tidak menutupnya), ia digelar placenta praevia minor.

Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat tetapi bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan

Risiko kes placenta praevia adalah pendarahan. Ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 28 minggu. Pendarahan yang diakibatkan olehnya membahayakan ibu dan kandungan. Oleh itu, jika berlaku perkara ini, anda dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga bersalin.

IKLAN

Jika berlakunya pendarahan semasa berada di hospital, anda mempunyai peluang untuk selamat daripada masalah ini. Anda akan ditolak ke bilik bedah untuk melahirkan bayi dan seterusnya, doktor akan mengeluarkan uri. Selepas uri dikeluarkan, barulah pendarahan ini berhenti. Apabila pendarahan berhenti, nyawa ibu akan terselamat.

IKLAN

Jika mengurut cara tradisional atau bukan tradisional, risikonya adalah pendarahan juga. Nyawa bayi dalam kandungan boleh melayang bila pendarahan berlaku. Sekiranya kurang faham atau kurang percaya, pergilah kepada doktor yang kedua atau ketiga, dapatkan pendapat mereka.

Ibu hamil dan mempunyai masalah placenta praevia tidak akan merasai kesakitan atau kurang sihat sehinggalah pendarahan berlaku. Darah yang keluar mengalir dari faraj turun ke paha dan kaki, membasahi kain atau baju berlaku secara senyap dan tiba-tiba. Hanya yang sudah sedia ada di wad boleh menerima rawatan yang segera.

Kesimpulannya, kes placenta praevia adalah kes yang boleh meragut nyawa. Untuk keselamatan diri anda terutamanya, daftarlah ke hospital yang berdekatan dan akurlah dengan nasihat doktor.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI