Ruang dapur terhad bukan penghalang untuk nampak teratur dan kemas. Lagi-lagi jika di situlah juga ruang laundry yang menempatkan mesin basuh dan keperluan sabun pencuci. Kadang boleh sakit mata melihat plastik atau botol sabun diletakkan atas lantai.
Bukan itu saja, bagi yang ada anak kecil, risau takut anak diam-diam masuk dapur dan bermain barang-barang yang boleh membahayakan mereka. Jika ada tempat khas meletakkan barang-barang tersebut, lagi elok.
Bagi anda yang ingin pastikan ruang dapur dan tempat membasuh pakaian tersusun elok, boleh ambil idea yang dikongsikan oleh Nur Suhada Saiman.
Aktiviti DIY hujung minggu bersama encik suami. Baru belajar. Rasanya buat 5 lubang je, yang selebihnya encik suami yang buatkan.
Bakul bertingkat serbaguna
Bakul 3pcs × RM2.30 = RM6.90
Roda 2pack × RM2.30 =RM4.60
Besi Bentuk L (tak tahu nama) * 2pek × RM2.30 = RM4.60
Skru (beli kat hardware) = RM12
Total = RM27.80 sahaja
Tebuk lubang ikut jenis saiz besi L
Bila dah siap tebuk, boleh susun dan masukkan skru. Siap!
Nak memudahkan pergerakan bakul serbaguna ini, boleh pasang roda di bahagian bawah. Jadi senang sikit nak tolak ke mana-mana.
**Bakul bertingkat serbaguna ini juga boleh digunakan untuk meletakkan barang mainan anak. Jadi lepas main anak boleh terus letak je dalam bakul ni. Kuranglah sikit bersepah rumah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Didikan yang baik untuk anak-anak tentunya datang daripada ibu bapa yang ingin jadi terbaik buat anak-anak. Menjadi ibu bapa bukan proses membentuk anak tetapi proses membentuk ibu bapa yang layak dicontohi oleh anak.
Bagaimana ingin menjadi ibu bapa yang layak dicontohi oleh anak? Ikuti perkongsian yang sangat menyentuh hati oleh pengasas saluran keibubapaan yang terbesar di telegram, Dr Taufiq Razif.
“Kalau ada duit lebih sikit, bagi pada ayah. Nanti ayah tolong sedekahkan”
Masa tengah makan tengahari tadi, ayah buka cerita sedekah dia pada saya dan adik beradik supaya kami boleh ikut sedekah sekali.
” Tadi masa ayah nak beli ikan selayang. Ada sorang pakcik ni nak beli ikan selayang juga. Harga ikan selayang tu rm6.50 je sekilo tapi dia mintak pada penjual ikan tu boleh tak nak beli setengah kilo je ”
” Ayah cakap kat penjual ikan tu. Bagi je lebih kurang sekilo kat pakcik tu. Biar saya bayar ”
Suka betul pakcik tu bila ayah saya bayarkan ikannya. Bukan mahal sangat pun tapi kita tak tahu betapa orang sekarang tengah ‘struggle’ terutamanya yang duduk di ceruk kampung dan yang jenis kais pagi makan pagi.
Ada lagi satu cerita sedekah yang ayah saya buka cerita tadi semata mata nak kami adik beradik ikuti dia. Katanya baru ni ada motor beroda tiga lalu depan rumah. Motor tu bawa ikan kecil kecil. Tak banyak mana pun.
” Ayah beli lah ikan kat pakcik bawa motor tu. Eh total semua sekali rm26. Ingat nak sedekah lah sikit kat pakcik ni tapi ayah lupa bawa dompet. Ayah mintak pinjam kat mak duit sikit untuk bayar ikan rm26 ni. Mak kata nah ambillah rm50 ni. Jangan mintak baki. Baki tu kita sedekah je pada dia ”
” Laaa. Rupanya mak korang lagi laju sedekah daripada ayah ” kata ayah sambil ketawa berdekah.
” Kalau Pik nak tahu, ayah dan mak memang selalu berlawan sedekah. Kadang ayah menang. Kadang mak menang ”
” Nanti ada duit lebih sikit. Bagi pada ayah. Nanti ayah tolong sedekahkan. Nanti boleh tengok bisnes tu makin lama makin untung. Makin lama makin maju “
Walaupun lauk tengahari tadi sedap sungguh dengan budu, tempoyak dan juga ikan singgang tapi nasihat dan cerita ayah saya tadi lah benda yang paling sedap yang pernah saya santap selama ini.
Terima kasih atas nasihat ini ayah. Walaupun beratus ribu ringgit pun saya sedekah, semua bahagian sedekah saya ada tercatat namamu ayah! Kerana sehebat mana pun anakmu tetap sahaja semuanya berpunca daripada didikanmu wahai ayah.
Buatlah ikut kemampuan, jangan dipaksa badan hingga otak pun stres. Situasi ini pasti ramai ibu yang melaluinya. Bekerja dan dalam masa sama kena uruskan anak serta selesaikan hal rumah tangga dah jadi perkara biasa.
Namun ada yang rasa sedikit stres bila memikirkan hal anak, nak masak, urus keperluan rumah sehingga tak tahu nak buat yang mana satu.
Kiranya kerja seorang ibu ini tak pernah habis. Ada sahaja yang perlu dilakukan. Jika tak buat rasa tak senang duduk pula kan?
Apa yang dikongsikan oleh Puan Masturah Abu Bakar ini sangat betul. Ibu kena belajar let go perasaan. Kena faham kita bukanlah robot boleh buat semua perkara dalam satu masa. Berikan ruang dan masa daripada kita rasa tertekan dan asyik nak marah.
Berikut antara perkongsiannya:
Sejak ada anak no.3 ni, saya belajar let go perasaan. Macam ni..
Tangan kita ada dua je. Tapi nak uruskan banyak perkara. Rasa nak buat semua benda. Tapi masa tak cukup.
– Rumah bersepah. Sakit mata. – Mainan merata-rata. Terpijak-pijak. – Pinggan tak basuh. Sinki penuh. – Baju menggunung. Tak basuh. Tak lipat. – Parcel nak dipos masih tak berbungkus. – Lauk masih tak masak. – Anak tak mandi lagi. – Diri sendiri tak mandi lagi. – Pm customer tak berbalas lagi. – Aktiviti anak-anak tak prepare lagi.
Panjangnya to do list. Stresssss sangat fikirkan.
Last-last kita baring. Tak dapat buat apa-apa sebab serabut. Langsung tak produktif. Mood ke laut. Marah anak-anak. Marah suami.
Sebab apa? Sebab kita nak semuanya perfect.
Rumah tersusun rapi. Mainan kemas tersimpan. Sinki bersih. Baju berlipat. Bakul kain kosong. Anak-anak dah siap wangi awal pagi. Lauk masak yang sedap-sedap. Aktiviti anak-anak dah well-prepared.
Kesian laaa kat diri sendiri. Badan kita ada satu je. Tangan kita ada dua je.
Berbaloi ke rumah kemas tapi diri sendiri tak happy? Penat. Emo. Overthinking.
Kita fikir, kita terlebih fikir. Kita jadi letih. Kita jadi tertekan. Kita rasa kita gagal sebab tak boleh selesaikan semua. Rasa diri tak berguna.
Berbaloi ke? Tak berbaloi kan?
Jadi sayangi diri sendiri. Buat sikit-sikit. Let go perasaan nak perfect. It’s okay kalau semuanya tak siap, tak apa. Buat yang penting sahaja dulu. Kalau ada masa buat la.
Ambil masa. Take a breath.
Pujuk hati. Raikan kejayaan yang kecil. InsyaAllah kita tenang.
Anak sulung sebenarnya ‘guru’ yang mengajarkan ilmu keibubapaan kepada kita. Mereka ni sangat istimewa, bukanlah bermaksud kita tak sayangkan anak-anak yang lain. Dengan kehadiran mereka kita belajar cara memikul tanggung jawab menjadi ibu ayah. Anak sulung biasanya suka bercerita dan berkongsi dengan ibu ayah serta adik-adiknya.
Kita tak membezakan kasih sayang antara semua anak, cumanya anak sulung ni ada aura yang lebih sikit berbanding adik-beradiknya yang lain. Kita sentiasa terkenangkan memori ketika pertama kali kita memegang mereka selepas bersalin. Ketika mereka mendapat adik, mungkin terbit rasa terpinggir atau ibu ayahnya sudah tidak peduli akan dirinya lagi.
Ibu ayah tidak perlu risau kerana rasa itu hanya sementara jika anda juga melibatkan si abang atau kakak sulung untuk sama-sama menguruskan adik-adiknya. Seperti mana ibu dan ayah sayangkan anak, begitu jugalah anak sulung akan mencintai adik-adiknya yang lain.
KAYA KASIH SAYANG
Selalulah berbicara pada mereka. Katakan betapa anda sayangkan si sulung. Semakin mereka meningkat besar, mereka akan banyak buat perangai pelik untuk mendapatkan perhatian anda. Jika ibu dan ayah tidak lokek berkongsi perasaan sayang dan sering memberitahu mereka tentangnya, anak sulung akan membesar menjadi anak yang penyayang dan kaya dengan rasa cinta.
Bukan itu sahaja, mereka akan menjadi anak yang pernuh dengan rasa hormat terhadap kedua orang tuanya. Apabila mereka membesar dalam persekitaran yang membahagiakan begini, mereka juga akan menyayangi dan disayangi oleh adik-adiknya. Bahkan, anak sulung akan sentiasa diutamakan oleh adik-adiknya dalam apa jua hal.
SUKA MENYAKAT
Sekiranya si adik mengadu kepada anda yang abang atau kakaknya mengusik mereka, jangan terus dimarah. Tanyakan pada si sulung, mengapa mereka buat begitu. Ada masanya mereka tidak berniat untuk membuli atau mengganggu, tetapi sekadar suka menyakat kerana mahukan perhatian daripada adik-adiknya. Adakah anda perasan, biasanya anak berebut barang atau suka memotong cakap antara satu sama lain?
Biasanya adik akan menang, kerana abang atau kakak sulung akan memberi peluang kepada si adik. Bila melihatkan mereka begini pun, ibu ayah sebenarnya sudah boleh melihat kematangan anak sulung dan betapa mereka mementingkan adik-adik mereka. Pun begitu, jangan diabaikan kemahuan mereka. Sesekali, tidak salah jika anda yang meminta anak sulung untuk meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu.
ADIK-ADIK JADI KEUTAMAAN
Ketika anda keluar dengan anak sulung dan bertanya tentang apa yang mereka mahukan, lihat jawapannya. Biasanya memang mereka akan beritahu apa yang mereka mahu, tetapi tidak lupa untuk mengingatkan kita untuk belikan juga untuk adik-adiknya. Cuba uji mereka dengan memberi makanan kegemaran mereka dan minta anak-anak untuk berkongsi. Biasanya anak sulung tidak kisah dan rela hati memberikan bahagiannya kepada si adik.
Jika anda lihat anak sulung anda begitu, ia satu petanda yang bagus. Anak sulung anda menjadi seorang abang atau kakak yang bertanggung jawab dan bertimbang rasa. Ajarkan juga anak-anak yang lain untuk sama-sama berkongsi agar tidak timbul soal pilih kasih di kemudian hari. Lagipun, berkongsi makanan atau barang dengan adik-beradik kan seronok?
JADI PENJAGA ADIK-ADIK
Anak sulung mungkin tegas atau kuat membebel berbanding anak yang lain (biasanya anak perempuan). Anak lelaki sulung pula biasanya lebih cool dan bersahaja. Walaupun begitu, jangan sesekali diusik adik-adiknya. Menjadi anak sulung mengajar mereka untuk sentiasa menjaga dan melindungi adik-adik.
Perkara pertama yang kita ajarkan kepada anak sulung sebaik sahaja mereka mendapat adik biasanya untuk sayangkan adik. Kena jaga adik. Itulah yang menjadi pegangan mereka dan membuatkan mereka menjaga adik-adik pada setiap masa. Sekiranya mereka bersekolah atau ditinggalkan di rumah pengasuh yang sama, pasti abang atau kakak sulung akan menjadi ‘tukang report’. Itu menunjukkan mereka mengambil berat tentang adiknya dan sentiasa memerhatikan mereka ketika ibu ayah tiada bersama.
Sesungguhnya anak sulung ini adalah anugerah paling indah pertama buat ibu ayah. Anak sulung mempunyai hati yang sensitif tetapi sangat mementingkan kebajikan keluarganya. Mempunyai anak sulung perempuan atau lelaki mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sesungguhnya anak sulunglah yang menjadi penawar suka duka ibu dan ayah.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.