Orang perempuan memang sensitif bab pakaian. Bila ada anak lagilah. Mesti akan bezakan mana baju sesuai di rumah, baju berjalan dan baju untuk tidur.

Jika suami jaga apa yang ada depan mata itu yang dipakaikan asalkan siap. Tapi bila isteri tengok kemudiannya mulalah tak puas hati.

Begitu juga yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan dan kekeluargaan.

Baju Lain, Seluar Lain. Suami Jaga Anak, Apa Depan Mata Rembat. Isteri Memang TaklahOrang Perempuan Memang Sensitif Bab Pakaian

Kita dah siap tukar pampers anak, mandikan anak, pakaikan baju anak bukan dia nak puji. Dia complain lagi ada la.

Pagi tadi kejut Rania bangun nak pergi sekolah. Tapi macam biasa kejut orang lain yang bangun dulu orang lain. Aisy bangun dulu jadi dia mandi dulu.

Sebelum mak-nya pergi kerja malam semalam, baju sekolah rania semua dah disiapkan. Rania punya baju tak ada masalah. Aisy je tak sedia.

IKLAN

Dah kelam kabut pagi tu, mana ada masa nak selongkar almari cari baju. Mana yang lalu depan mata tu je la sambar.

Sudahnya ini la baju yang aisy pakai. Baju batman, seluar pendek kakak dia. Dalam hati tak apa la, pakai duduk rumah je.

Tup tup, balik je isteri dari kerja belum sempat masuk rumah lagi, baru nak buka kasut dekat pintu masuk lagi dia dah berkerut dahi cakap apa baju aisy pakai ni.

Katanya seluar baju ni tak match. Ni baju lain, seluar lain. Huduh katanya.

IKLAN

Walaupun pakai kat rumah tak boleh macam ni. Macam macam la dia bagi alasan.

Nanti seluar batman tu tak ada kawan dia aka baju, seluar kakak ni corak gegirl mana boleh aisy pakai. Seluar besar dari orangnya. Bla..bla..

Pengajaran sungguh.

IKLAN

Baju Lain, Seluar Lain. Suami Jaga Anak, Apa Depan Mata Rembat. Isteri Memang Taklah

Dengan orang perempuan bab pakaian memang tak boleh buat main. Pakaian ni hal serius!

Terutama bab pakaian anak. Tak pelik la orang perempuan ni boleh beza beza baju malam dan baju siang anak.

Sebab sumpah saya sampai sekarang tak boleh nak beza mana baju siang dan mana baju malam. Dua-dua baju sama.

Yang saya tahu cuma beza 2 perkara. Samaada anak bogel atau pakai baju.

Mohd Fhais
Lelaki yang simple

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI