Sebagai bakal ayah mesti teruja bila tahu isteri anda sedang mengandung apatah lagi kalau ia adalah kandungan anak pertama.
Tapi di sebalik kegembiraan tersebut apakah yang patut dibuat oleh bakal ayah untuk sama-sama melalui fasa kehamilan yang dilalui oleh bakal ibu?
Adakah sekadar rasa bergembira dan seronok kerana bakal mendapat cahayamata? Ada suami yang tak terfikir apa sepatutnya dia lakukan untuk membantu isteri yang kadangkala melalui fasa ‘teruk’ di awal kehamilan.
Untuk pengetahuan, isteri anda yang baru disahkan mengandung kemungkinan akan mengalami alahan teruk, perubahan hormon dan emosi yang tak dijangka.
Ketika fasa ini, suami kena faham dan beri sokongan kepada isteri. Jangan label isteri mengada-ngada atau lembik. Kalau tak tahu nak tolong apa, kehadiran anda di sisinya dah cukup buat isteri rasa kuat.
Perkongsian daripada seorang suami yang juga ayah, Encik Sharafuddin mengenap apa yang patut dibuat oleh suami ketika melalui fasa kehamilan isteri patut dijadikan panduan.
Ads
TIPS BUAT SUAMI SAAT ISTERI HAMIL
1. Jangan pulang kerja terlalu malam
2. Jangan merokok. Nikotin sangat buruk untuk janin dan isteri.
3. Jangan menonton TV terlalu banyak.
4. Berilah perhatian ekstra pada isteri. Ketika berada di luar, telefon atau hantar whatsapp untuk sebagai tanda prihatin kepada isteri.
Ads
5. Bantulah isteri dalam mengerjakan pekerjaan rumahtangga.
6. Jangan kerap tinggalkan isteri sendirian tanpa ada teman. Isteri hamil cenderung menjadi lebih sensitif dan mudah stress.
7. Jangan mengucapkan hal yang sensitif mengenai berat isteri yang bertambah akibat kehamilan. Tetapi mulalah belikan isteri baju hamil yang cantik-cantik
Ads
8. Ketika memandu kereta bersama isteri, jangan laju-laju atau sebaiknya sangatlah perlahan jika melalui bonggol jalan.
9. Jangan biarkan isteri anda pergi ke klinik sendirian. Pergilah bersamanya untuk check up bulanan atau mingguan.
10. Pada waktu melahirkan, jangan tinggalkan isteri sendirian. Ambillah peluang ini melihat sendiri kelahiran anak anda, disamping dapat beri sokongan moral kepada isteri.
Kalau dia sihat dia takkan minta tolong urutkan pinggang. Dia lenguh sangat tu. Betis, tapak kaki, bahu, satu badan dia sakit sebab banyak perubahan jadi untuk melahirkan zuriat.
Dia…. isteri tuan yg hebat. Dia tahu kulit dan isinya akan disiat sehingga darah memancut tapi dia tetap buat. Sebab? Dia tak sabar nak bagi status AYAH buat tuan. Dia adalah isteri tuan. Amanah dari Allah buat tuan.
Jadi suami-suami kalau si isteri kata nak cari supplemen tambahan untuk bagi tenaga,
– untuk hilangkan rasa alahan
– untuk mengelakkan HB rendah
– untuk elak sembelit
– untuk ikhtiar mudah bersalin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, kes melibatkan ibu mengandung yang dijangkiti Covid-19 semakin membimbangkan. Jika awal-awal penularan Covid, ramai yang bimbangkan keadaan warga emas tetapi sekarang dengan pelbagai varian virus Covid ia berisiko kepada ibu hamil.
Disebabkan itu, kerajaan sangat mengharapkan ibu hamil ini untuk mengambil suntikan vaksin bagi melindungi ibu dan bayi dalam kandungan. Jika dijangkiti sekalipun mungkin risikonya sangat rendah.
Melalui perkongsian Puan Noor Sharini, dia berkongsi pengalamannya sebagai ibu mengandung yang positif Covid Stage 5. Ketika disahkan positif Covid, kandungan usia 5 bulan dan kesembuhannya ini ibarat diberi nyawa buat kali kedua.
Kenangan Dan Bekas Pesakit Covid19 Yang Mengandung 5 bulan Stage 5
23/7/2021 – 8/8/2021
23hb disahkan positif.. walaupun tak ada simptom..doktor suh pakai gelang.. kuarantin kat rumah..
24hb..Masa kurantin kat rumah 2 hari.. anak-anak takkan faham kena jauh dari umi dia. Walaupun dah asing bilik, tetap juga dia orang datang tidur dengan kita. Tunggu umi dia bangun layan diaorang. Masa ni dah start batuk la. Seram sejuk, asyik berselubung dalam toto yang paling tebal. Lega demam tu kejap jek.. pastu dia datang balik.. memang anak terbiar la masa tu.. nasib ada suami yg baik..
25hb..Tidur tak kena. duduk tak kena.. buat apa semua tak kena.. makan dua suap rasa penat dia melampau.. sampaikan nak basuh tangan penat macam apa jek..Masa ni bincang dengan suami.. ada baik biar ayg ke hospital.. kita tak tau kalau oksigen tak ada dalam badan. Dengan batuk tambah teruk.. sian lak baby dalam perut. Sakit agaknya bila umi batuk macam nak mati..
Nampak la suami dah sedih.. dia call juga ambulan sebab fikir dua nyawa.. pujuk suami.. Insyallah ayg kuat tuk family kita. Bila ambulan sampai.. benda paling sedih tak dapat peluk cium anak-anak. Sebab deria bau memang dah tak ada. Masa naik ambulan anak2 macam pelik je tengok.. Alhamdulillah dia orang tak nangis. Mungkin tau umi dia memang tak sihat kan..
Masuk ambulan.. MA cek nadi oksigen semua.. oksigen masih ok ya masa ni.. nadi dengan Jantung je.. Masyallah.. Laju sangat.. Terus ambulan pecut g hospital. Sampai hospital.. bahagian kecemasan covid19.
Allahu.. terlalu ramai orang yang tunggu untuk gas oksigen.. semuanya. Oleh kerana umi ni pregnant, umi di bawa masuk ke khemah yg tidak bercampur dengan lelaki..
Bila cek punya cek.. paru-paru di suspek ada kuman. Patut la batuk macam apa je. So buat X-ray apa semua, terus di hantar ke wad lama A-1..
26hb..Fikir diri kuat.. nak g toilet sendiri.. mandi apa semua. tak sedar lak masa ni oksigen dah nak drop.. batuk teruk.. berkahak warna merah.. Allahu.. Tuhan je tau masa tu. Datang doktor cek spo² atau oksigen dalam badan.. dah turun ke 89%..masa ni nurse call suami.. bersedia la dengan sebarang kemungkinan.
Padahal masa ni dorang transfer umi ke wad baru. wad covid19, pemantauan depan mata doktor.. suami dah nangis dah.. mak call pun dah nangis. umi soal dorang.. kenapa mesti nak nangis.. umi hidup lagi.. ok lagi.. cuma nak amik oksigen je kat wad lain..Jangan la nangis.. kita nak berjuang ni..
Sampai wad baru tu.. duk kat bilik 4 org dulu..pasang oksigen. tapi oksigen masih tak cantik.. dorang suruh tidur meniarap.. tapi tak boleh sebab kita ada baby dalam perut kesian baby terhimpit.
Dengan laju nurse nama kak senah suh tukar p ke bilik yg betul depan dengan doktor bertugas. Pesan dia sampai sekarang ingat lagi.. kau kena kuat.. kau kena berjuang.. fikirkan baby.. lupakan segala benda kat luar tu.. Akak sayang kau.. akak nak kau bangkit.. Sihat demi baby.. Masa ni memang mata kuyu.. tapi semangat angkat tangan.. bagitau.. pasti bangkit kak.. pastu tidur… penat agaknya di tolak sana sini..
Next day..Oksigen still tak sampai ke paru-paru..Doktor kat wad discuss dengan doktor bius solutions yang perlu untuk wanita mengandung ni.. Masa ni macam dah gegar dah jantung..
Adakah aku akan ditidurkan.. adakah aku tak berjumpa lagi dengan semua.. Ya Allah… tengok tak permainan covid19 ni.. dia main emosi kita wey…Nurse sibuk dah pasang tiub kencing dengan pampers..
Doktor datang bagitau.. awak dari stage 2 ke stage 5 skrg ni.. Masa ni mcm blurr.. Tak nak pikir apa dah.. pikir nak sihat..Doktor pun tunjuk mesin booster oksigen.. Masa ni termenung gak.. doktor terus tepuk.. kami takkan tidurkan awak.. mesin ni tuk booster oksigen terus ke paru-paru awak. Jadinya macam nak bagi cepat sampai la oksigen tu.. owhhh.. ok baru Faham..
Memang masa pakai oksigen ni.. nama dia C-PAP.. Tak terasa langsung udara luar..Memang grip abis kat mulut dengan hidung. Time ni gak dah on antibiotik. Masa ni berdoa moga kuman dalam paru-paru hilang..Sebab bila batuk buang kahak ada kemerahan… masa ni pun tawakal je la..
Pengalaman pakai C-PAP oksigen ni.. Allahuakbar.. Rimas memang rimas tapi sabar je.. pastu kan bila tertidur pakai oksigen ni rasa macam ada dua orang je.. mcm split person dgn diri sendiri.. emosi..
Rasa mcm aku hidup lagi ke.. aku pakai benda ni ke? aku ke yang sedut oksigen ni.. bukan orang lain tadi ke.. Bila nurse nampak kita meracau.. dia datang tepuk.. Jangan meracau…fokus nak sihat ya.. Terus zikir je sambil tengok keadaan sekeliling..
Alhamdulillah.. pakai oksigen full face tu cuma dua hari je.. da boleh pakai oksigen yang mcm ambil gas jek.. masih lagi di wad pemantauan depan mata doktor.. masa ni tau tidur je.. bangun pun nurse kejut tuk makan.. Pas makan tidur balik.. Rasa mcm penat berlari 100 meter.. tak tau penat apa.. nak video call anak2 pun memang tak terdaya.. pendek kata kat hospital terpaksa lupakan orang tersayang.. demi anak dalam perut dan diri sendiri..
Setelah didapati diri dah mula menunjukkan perubahan yang baik.. Doktor tukar lak kita ke ruangan sebelah.. masih juga di pantau depan mata doktor.. masa ni kita minta la buka tiub kencing.. dengan pampers.. nak cuba berjalan ke tandas sendiri.. Alhamdulillah di izinkan.. tapi kena tau control nafas.. sbb masih bergantung pada oksigen.. serius cakap.. kalau bukak oksigen tu memula ok.. kalau da lama ke toilet mcm mengelupur cari oksigen.. so buat apa kena cepat.. end up.. bila rasa nak mandi.. minta nurse tolong mandikan.. nurse pun seronok siram2 kita atas katil.. Masa dia siram tu.. Allahuakbar nikmatnya air ni Ya Allah… setelah seminggu tak mandi..
Lalui hari seterusnya dengan oksigen paras 8.. diturunkan kepada 5. masa ni tidur pakai oksigen pun terbuka.. Allahu.. Nasib la ok.. tak mencungap.. Masa ni dah tukar oksigen hidung je.. so senang la nak makan kalau pakai oksigen pun.. Antibiotok pun dah off masa ni.. Dan baru tersedar yang dah duk hospital selama 12 hari..
Hari ke 11 ni dah main emosi rindu anak2 dan suami.. Pagi tanya doktor bila boleh balik.. Doktor cakap tunggu result darah nadi.. Darah nadi ni setiap hari ya akan di ambil.. Sakit dia.. Allah je yang tau.. Lebih rela la amik darah lain.. Nak ke x nak kena je serah tangan setiap hari.. Ubat lak time ni just air garam dengan ubat cair kahak je.. oksigen di turunkan paras 2 je..
Hari ke 12. .
Bangun pagi tengok oksigen dah off.. Alhamdulillah.. Kita belajar bernafas sendiri lak.. Nafas memang pendek la citer dia.. kena selalu exercises paru2 pakai alat dia.. Batuk still ada tapi tidak la keras masa awal kena sakit tu.. Masa ni memang da meronta nak balik.. rindu betul dah kat anak2.. Video call pun boleh nangis tgok anak2.. Tanya doktor.. tanya nurse.. bila boleh balik.. semua jawab tak pasti bila boleh balik.. kecewanya… tapi sabar jugak…
Hari 13..
Bangun pagi nangis.. nak balik.. puas doktor dgn nurse pujuk.. tapi nak buat macam mana memang dah betul emosi rindu anak2.. Dekat dua mggu tak peluk cium anak.. emosi umi terganggu betul.. doktor cakap tggu result darah petang.. sampai ke petang doktor x muncul kembali..
Masa ni ubat cuma tinggal cair kahak je.. so memang yakin la boleh balik..tapi nurse cakap kalau part ibu mengandung ni tidak semudah itu untuk balik.. kena pantau sampai doktor puas ati.. paling lama duk spital dekat sebulan..
Last Day…
Pelik.. Tak de doktor amik darah nadi.. cuma makan ubat cair kahak je.. tanya lagi doktor bila leh balik.. doktor still cakap tak pasti.. kita terus macam.. ok la.. nak buat macam mana kan.. tak boleh balik.. sambung je aktiviti biasa.. makan tidur dan layan movie.. pastu masa makan tengah hari ada satu nurse ni nama Kak Senah.. nurse yang sambut kita memula sampai ke wad pemantau doktor.. dia ni happy go lucky.. mulut bising tapi baik.. dia la yang tepuk kita masa meracau pakai oksigen.. dia yang cakap akak nak kau sihat.. fokus nak sihat.. jangan fikir yang lain.. fikir anak dalam perut kau.. Akak tak nak kau balik jadi mayat.. masa ni terdiam.. insyallah kak.. owang kuat.. alhamdulillah last day dia masih jumpa kita yang betul drop awal masuk wad, sihat walafiat dah..
Kak senah minta nombor.. Sebab saja nak share.. Pastu kita cakap dengan kak senah.. tolong ar tgok kan file kita.. ok ke tak.. bila leh balik.. dia cakap ok nanti dia tanya doktor sekali..Dia pun kuar.. kita sambung tidur..
Tup tup dapat whatsapp.. dik.. kau dah boleh keluar dik.. tak sempat kita nak amik gambar.. Masa tu dah nak melompat atas katil.. tapi tahan.. sbb takut la tak betul kan.. x lama pastu MA call.. dia cakap standby kak.. dah boleh balik.. siapa ambil.. nombor plat kereta semua bagi sy.. Ya Allah… Masa tu Allah je tau.. satu perasaan rindu tu macam mana.. Berdebar nak jumpa suami dengan anak2..
Call suami suruh bawak gun sanitizer.. suh datang tepat jam 5..Pukul 5 Laki sampai.. bagitau nurse.. nurse amik surat dgn wheel chair..hantar kita sampai parking.. Mekasih misi.. anak2 dah menjerit nangis tgok umi dia.. tapi umi dia kena sembur abis abisaan dulu sebelum masuk keta.. Alhamdulillah.. Dapat pulang dengan sihat..
Cuma kita alami post covid la.. orang cakap kesan selepas kena Covid19 . Nafas pendek..
Batuk still ada lagi cuma tak keras. Penat.. kalau buat kerja skit penat.. Ada yang kata lepas 3 bulan baru ok..
Tak apa la.. kita redha je.. cukup lah Allah bagi peluang kedua untuk bersama anak2, suami dan keluarga..Semoga menjadi kenangan dalam hidup sendiri..
Kepada yang baca.. kalau anda di takdirkan terkena wabak ini.. sabar.. tabah dan redha..
Lawan selagi boleh.. fokus nak sihat.. jangan ikut emosi wabak ni..Insyallah.. Boleh..
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi khabar gembira apabila isterinya Syafiqah Aina kini sedang hamil anak kedua mereka.
Lain sangat pembawakan ‘hero’
Menerusi perkongsian video di Instagram, Hafiz yang juga pengasas jenama Aaina Beauty dan Aaina Clinic berkata isterinya mengalami beberapa simptom hamil yang agak teruk bagi kehamilan kali ini.
Malah, Hafiz turut memaklumkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi yang sudah diberi nama sebagai Rayqal.
“Lain sangat Pembawakan hero dalam perut tu. Sian mummy. Alhamdulilah hero yang kuat
“Lately ini, Kalau saya nak manja/duduk dengan Ainaa. Isteri saya akan muntah teruk, dia tak boleh tengok saya rapat dengan dia. Pening saya.” kongsi Hafiz.
Dari dulu, kalau isteri pregnant. Saya promise dekat dia, saya takkan pernah skip untuk teman dia pergi checkup.
Bawa semangat anak
Bagaimanapun, Hafiz terpaksa meninggalkan Aina buat seketika kerana terlibat komitmen kerjayanya dan bertemu dengan usahawan-usahawan di bawah syarikat mereka. Di kesempatan itu, usahawan ini turut berharap agar Aina akan terus kuat mengharungi fasa kehamilan.
“Harini saya bergerak tour 1 Malaysia jumpa & train usahawan Ainaa. Ini rutin setiap tahun & saya kena ada untuk mereka, ini tanggungjawab. Mungkin puasa nanti pun saya berada di Indonesia.
“Kalau terjumpa sahabat yang memerlukan, saya akan turun untuk bantuan juga. Saya bawa semangat anak saya.
“InsyaAllah, busy macam mana pun saya usaha untuk balik sekejap teman isteri checkup. Saya tahu, bukan senang mummy nak lalui fasa pregnant ini.
“InsyaAllah, isteri Abang kuat. Abang kerja dulu ya sayang 2-3 minggu ni. Raisya & Rayqal. Jaga mummy baik baik” katanya.
Untuk rekod, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017 dan hasil perkahwinan ketika ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa, 4 tahun.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Hanis Zalikha mendedahkan beliau bakal berpantang lagi pada hari raya kali ini. Beliau dijangka akan melahirkan anak keduanya pada bulan Ramadhan atau Hari Raya.
Rakan-rakanya datang dengan membawa juadah raya untuk meraikan baby shower Hanis Zalikha. Yang menariknya baby shower tersebut bertemakan hari raya.
Mereka juga turut mengenakan baju raya bersempena baby shower tersebut. Mungkin untuk memberikan rasa suasana hari raya dan memeriahkan majlis. Gambar juadah raya yang dibawa rakan-rakanya dimuatnaik di Instagram.
Happy breakfast, Potluck baby shower tema Raya haha siapa selalu beranak time puasa/Raya pasti memahami
Terima kasih kawan-kawan yang melayan weekend lepas, datang bawa juadah Raya untuk sahabat mereka yang insyaAllah bakal berpantang (lagi) time Raya
Hanis Zalikha yang mendirikan rumah tangga Bersama Hairul Azreen dikurniakan seorang cahaya mata yang kini popular di Instagram iaitu Yusuf Iskandar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...