Fakta menarik buat ibu menyusu. Sebenarnya ibu yang menyusu anda tak perlu takut pun badan naik kerana dengan hanya menyusukan anak sahaja sebanyak 300-700 kalori terbakar.

Macam tak percaya kan tapi itulah hakikatnya. Sebab itu ada ibu menyusu badannya slim walaupun anak dah lebih dua. Lagi satu mereka tak perlu fikir nak kurus dengan makan apa-apa produk kerana lemak-lemak dah terbakar pun masa menyusu.

Perkongsian dari Sam Abdul Rahman mengenai perjuangan seorang ibu menyusukan anak tak sia-sia dan sangat berbaloi.

Bakar Kalori Semasa Menyusu Macam Berlari Dalam Tempoh 30 Minit. Sebab Tu Ibu Menyusu SlimHampir 300-700 kalori terbakar sahaja apabila menyusukan anak (macam berlari atas treadmill 30-45 minit kelajuan antara 9-12mph) …untung bf mom

Kita yang acah acah fit pun, tak mampu nak main treadmill hari hari tapi BF mom tenang je bakar kalori hari-hari. Melainkan BF mom yang melantak lapar tak jadi la. Hehehe

Menjadi Bf mom ni memang jadual agak hectic, memenatkan, belum masuk mental… mental doe kadang tu nak bf kadang sampai 6-10x sehari.. tu belum kira lagi kalau baby dah start meragam tengah malam.

Kalau yang masih dalam pantang, memang satu KESEMPATAN.. nak makan clean ‘maklum la singgang, rebus.. berapa kalori la sangat’

IKLAN

Ditambah dengan tenaga yang dibakar usaha menyusukan baby cute tu.. perghhh

Memang boleh turun berat badan asal tau nak manfaatkan konsep pembakaran lemak time breestfeeding ni.

Kerana nak perah susu 100ml sahaja memerlukan 66 kalori… tu kalau dah dapat 1-2 botol (200ml setiap sebotol) dah berapa kalori guna?

Bakar Kalori Semasa Menyusu Macam Berlari Dalam Tempoh 30 Minit. Sebab Tu Ibu Menyusu Slim

IKLAN

Kalau kata contoh keperluan kalori minimima (bmr) anda : 1500 kalori max (2000)

Dengan Bf ni.. kalori max anda boleh ditambah dengan 300-700 lagi.. (kira jua berapa ml susu keluar la).. katakan nak selamat.. tambah lagi 300 kalori daripada 2000..

2000 + 300 = 2300

Tapi anda makan hanya 1800..nak buat defisit 500

IKLAN

Dalam masa 15 hari anda akan kehilangan 1Kg

So buat defisit ni.. jangan lebih lebih.. takut susu terjejas pula

So target mudah 1 bulan 2kg.. then cukuplah

So husband.. supportlah wife menyusukan baby demi kebaikan tumbesaran baby dan kelangsingan para isteri! Bila tengok isteri penat dari start melahirkan anak sampai bf..kadang tak cukup tdo.. mata lebam.. then masih fikir pasal family..buat rasa sebenarnya terharu..jua.. thanks mommy ‘amru Nabilah Abdul Wahab

Hidup bf mom!

Sumber: Sam Abdul Rahman 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI