Memikirkan sesi persekolahan tahun hadapan yang jatuh pada bulan yang sama ketika bakal memasuki musim perayaan, mak ayah pastinya mula memikirkan pelbagai altenatif untuk menambahkan pendapatan.
Menyedari hal itu, atas rasa tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan telah memperuntukkan Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM150 kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa sebagai persediaan untuk kelengkapan sekolah.
Perkhabaran gembira itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 sebentar tadi.
“Bagi tahun 2023, bantuan awal persekolahan dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 untuk semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya.
“Sebagai contoh, jika keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak RM450,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, bantuan ini akan disalurkan pada Januari 2023 dengan harapan dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah.
Biarpun masih tidak mencukupi namun sedikit sebanyak ia membantu meringankan sedikit beban untuk ibu bapa menyediakan pakaian dan kelengkapan sekolah tahun hadapan.
Bukan itu sahaja, bahkan paling menarik kerajaan juga turut bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024.
Ads
Dalam ucapannya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut berkata, cadangan lanjutan itu untuk sememangnya meringankan beban kewangan ibu bapa dalam memberikan pendidikan awal kepada anak-anak.
Dalam pada itu katanya lagi, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM188 juta bagi Program Pendidikan Awal di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
“Ia termasuk 10 buah taska dengan tiga projek baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan; Limbang, Sarawak dan Pasir Puteh, Kelantan,” katanya lagi.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Beberapa hari lalu tular gambar bayi dan ibu yang terlibat dalam kemalangan akibat daripada kain yang dipakai mangsa tersangkut pada rantai motor suaminya.
Demi menyelamatkan bayinya yang baru beberapa hari lahir, mangsa sanggup menghempaskan diri agar si kecil tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu. Tiada siapa yang inginkan kemalangan berlaku lebih-lebih lagi melibatkan anak kecil. Namun kecuaian kecil boleh membawa padah.
Kisah ini dikongsi oleh pemilik facebook Maha Rani dan rata-rata wargaNet bersimpati dengan kedaan ibu yang masih berpantang. Beberapa keping gambar juga memperlihatkan mangsa masih dalam keadaan berpantang melalui cara pemakaian iaitu berstokin dan berbengkung.
Dalam perjalanan ke Koperasi Redang Punggur, saya sempat membantu mangsa jatuh motor kerana kain isterinya tersangkut pada rantai motor.
Isterinya sedang mengendung anak kecil dan isterinya masih dalam pantang. Kejadian berlaku di hadapan SMK Sultan Abdullah Chenderong, Balai Labu Kubung. Nasib baik kedua anak mereka tidak mengalami kecederaan. Mangsa nak pergi klinik nak buat rawatan selepas bersalin.
Alhamdulillah semua selamat kecuali ibu dalam mengerang kesakitan mungkin terhempas. Itulah kasih ibu sanggup dirinya terhempas demi memastikan anak kecilnya selamat. Masya Allah!!
Kita baru sahaja menerima berita yang mengejutkan ramai pihak apabila pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh sudah berpisah talak satu semalam di Mahkamah Syariah Daerah Gombak semalam.
Rata-rata sedih mendengar keputusan tersebut, malah ramai yang memuji sikap pasangan ini yang tidak menceritakan tentang masalah rumahtangga kepada umum walaupun mereka selebriti kesayangan ramai.
Ini antara sikap Mizz Nina sebagai isteri dan ibu yang boleh dicontohi ramai. Perwatakanya yang lemah lembut, tutur kata yang baik pasti membuatkan ramai yang senang denganya. Ikuti perkongsian daripada Puan Suryani Yaakob ini.
Betapa banyak sikap baik Mizz Nina yang matang dan elok dibuat contoh.
Membaca berita ini, buat saya sedih sekali. Tapi pada masa yang sama tetap hormat yang sama datang pada Mizz Nina. Malah lebih lagi.
Kebanyakan perempuan bila bercerai, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap secara terbuka.
Tapi Mizz Nina tetap seperti yang saya tulis sebelumnya. Kekal tenang, matang dan baik hati.
Tetap berterima kasih pada bekas suami. Tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.
Dalam post yang lain tetap punya percaya pada kuasa yang Esa. Setiap satu ujian sentiasa ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Indeed.
May you grow strong.
Kami mendoakan agar Mizz Nina, Noh Salleh dan baby Musa sentiasa dalam rahmat-Nya.
Anak ekzema dan alahan protein susu lembu, Zahirah Macwilson beri semula susu badan. Anak kedua Zahirah dan Aiman Hakim, Inara Raisa mengalami ekzema dan alahan protein susu lembu.
Anak Ekzema & Alahan Protein Susu Lembu, Zahirah Macwilson Beri Semula Susu Badan
Inara telah dimasukkan wad di hospital beberapa hari lalu. Maka disebab itulah Zahirah telah berhenti memberikan susu formula kepada Inara bagi mengelakkan masalah itu daripada terus berulang.
Berikut perkongsian Zahirah di laman Instagramnya.
Alhamdulillah, Inara semakin baik, kami telah dibenarkan pulang malam tadi.
Terima kasih kepada semua atas doa, nasihat dan kata-kata baik.
Saya akan berehat seketika dari mencuba susu formula dan memberi tumpuan semula kepada perjalanan penyusuan susu ibu demi kesihatan bayi perempuan kami kerana dia mengalami ekzema ringan & CMPA (Alergi Protein Susu Lembu). Seluruh badannya terjejas dan matanya bengkak.
Saya sedang cuba meningkatkan bekalan susu dengan penyusuan langsung yang berterusan, mengepam, minum banyak air, makan, berehat dan semua perkara yang boleh membantu meningkatkan bekalan susu.
Jika ada sesiapa yang sedang menghadapi cabaran yang sama, anda tidak bersendirian! Dan ia bukanlah mudah!
Sebarang cadangan untuk meningkatkan bekalan susu, saya amat menghargai dan sudi berkongsi dengan anda semua.
Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi CMPA, dapatkan nasihat daripada pakar pediatrik/doktor mengenai formula yang sesuai digunakan. Pilihan lain termasuk; berasaskan soya, beras, dan berasaskan asid amino.
Untuk info, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.