Keibubapaan

Sebak: Bantuan Awal Sekolah Lambat, Ibu Terpaksa Batal Beli Buku Sekolah Anak

Share

Musim Sekolah Datang Bersama Tekanan Kewangan

Bantuan awal sekolah lambat menjadi antara faktor yang menambah tekanan kepada kebanyakan ibu ayah setiap kali musim persekolahan bermula. Dalam diam, ramai yang sudah mula ulang-alik ke sekolah, beratur panjang membeli buku, serta mengumpul satu persatu kelengkapan anak-anak.

Waktu inilah duit terasa keluar tanpa henti  baju PJ, yuran PIBG, buku latihan. Itu belum termasuk kasut, beg sekolah dan keperluan lain yang perlu disediakan dalam tempoh singkat.

Lebih terasa apabila anak ramai. Seorang anak mungkin masih boleh ditarik nafas, tetapi bila dua, tiga atau empat, setiap sen yang keluar datang bersama rasa berat di dada. Bukan kerana tidak rela berbelanja, tetapi kerana hati ibu ayah sentiasa mendahulukan anak walaupun diri sendiri terpaksa berkira.

Luahan Ibu Yang Terpaksa Batal Beli Buku Sekolah

Seperti yang tular di Threads baru-baru ini, satu perkongsian jujur seorang ibu berjaya menyentuh emosi ramai kerana ceritanya terlalu dekat dengan realiti kehidupan sebenar, terutama apabila bantuan awal sekolah lambat diterima.

“Tadi pagi jam 9 aku dah Q beli buku sekolah, depan aku terpaksa cancel dulu untuk sorang anak sebab tak cukup duit. Total 3 anak dah RM500 lebih untuk buku termasuk baju sukan, itu pun dia dah kurangkan buku tulis guna yang ada.”

“Suami aku tolong bayarkan dulu sebab tak akan nak cancel, kesian sebab anak-anak dia semua ikut. Sebak pulak rasa, tu belum termasuk baju-baju sekolah lainnya.

Luahan ringkas itu sudah cukup membuatkan ramai ibu ayah terdiam. RM500 lebih hanya untuk buku dan baju sukan, itupun masih berjimat dengan menggunakan apa yang sedia ada.

Anak-Anak Gembira, Ibu Ayah Simpan Sebak

Gambar hiasan AI

Tiada keluhan berlebihan dalam perkongsian itu. Hanya rasa sebak yang datang sendiri apabila menyedari tanggungjawab sebagai ibu bapa memang tidak pernah murah.

“Seronok budak-budak tu tadi, dapat buku dan baju sukan baru. Masa nak balik tu dorang masih kat jalan besar tengah jalan kaki slow-slow.”

Anak-anak hanya tahu mereka gembira menyambut sesi persekolahan. Mereka tidak tahu berapa banyak yang ibu ayah kira, timbang dan tahan di dalam hati demi memastikan senyuman itu tidak hilang.

Simpati Yang Hadir Tanpa Dirancang

Dalam kepenatan dan emosi yang bercampur baur, ibu ini sempat memerhati seorang lagi ibu bersama anak-anaknya berjalan perlahan di tepi jalan.

“Aku stop tanya, ‘Akak nak jom balik dengan saya sekali, akak duduk jalan berapa?’”

“Dia cakap, ‘Jalan 5*, kereta rosak, tu jalan kaki.’”

“Oh dekat je tu, jom balik sekali.”

Saat itu, perasaan yang hadir bukan sekadar simpati, tetapi rasa seolah-olah melihat bayangan diri sendiri pada masa lalu.

“Bila nampak akak tu dengan anak-anak, macam nampak aku dulu-dulu dengan anak. Nak pergi mana-mana jalan kaki, naik bas.”

Gambar AI

Bukan Riak, Cuma Luahan Hati

Perkongsian ini bukan tentang menunjuk kebaikan atau mencari pujian. Ia hanyalah luahan hati seorang ibu yang memahami betapa kerasnya hidup dan betapa kuatnya ibu bapa bertahan demi anak-anak.

“Saje nak story, bukan niat nak riak ke. Hanya ingin meluahkan.”

Hakikatnya, ramai ibu ayah di luar sana sedang melalui situasi yang sama apabila bantuan awal sekolah lambat  menahan risau, menelan sebak dan tetap senyum di hadapan anak-anak.

Makna Sebenar Menjadi Ibu Bapa

Anak-anak hanya tahu mereka dapat buku baru, baju sekolah baru dan rasa gembira menyambut hari pertama persekolahan. Mereka tidak tahu berapa banyak pengorbanan berlaku di belakang tabir.

Dan mungkin, itulah makna sebenar menjadi ibu bapa.

Menanggung dalam diam, demi memastikan anak-anak terus melangkah ke sekolah dengan hati yang ringan, walaupun dada sendiri sarat dengan beban.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAH 11 JANUARI

Untuk makluman, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 akan diagihkan pada 11 Januari 2026.BAP bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Published by
Nor Yusoff