Berita

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam: Ini Senarai 7 Negeri, Ada Yang Terima Sebulan Gaji!

Share

Tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Setiap kali tiba musim perayaan ini, antara khabar yang paling ditunggu-tunggu khususnya dalam kalangan penjawat awam ialah pengumuman bantuan khas atau ‘duit raya’ daripada kerajaan.

Tahun ini juga tidak terkecuali apabila beberapa kerajaan negeri mula mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam bagi membantu meringankan beban kewangan kakitangan awam menjelang sambutan Syawal.

Pengumuman ini sememangnya memberi kelegaan kepada ramai pihak, terutamanya ketika kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan yang diberikan bukan sahaja membantu membuat persiapan raya, malah menjadi tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berkhidmat kepada negeri dan rakyat.

SENARAI NEGERI TERIMA ‘DUIT RAYA’ BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM

.
Berikut adalah senarai beberapa negeri yang telah mengumumkan bantuan khas penjawat awam sempena Aidilfitri 2026 berserta butiran jumlah dan tarikh pembayaran.

1. Selangor – Sebulan Gaji atau Minimum RM1,000

Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri (IKSA) 2026 berjumlah RM66.25 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata bantuan tersebut melibatkan bayaran sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri.

Bayaran dijadualkan disalurkan mulai 19 Mac, manakala gaji penjawat awam negeri diawalkan dari 16 Mac kepada 13 Mac bagi membantu persiapan Aidilfitri.

Selain itu:

  • Pemimpin masyarakat menerima sebulan elaun atau minimum RM500

  • Petugas masjid dan guru rakyat menerima RM500

  • Penjawat awam Persekutuan bergaji RM3,000 ke bawah yang berkhidmat di Selangor menerima RM300

2. Pahang – RM1,000 Seorang

Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 8,000 penjawat awam negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bantuan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri bagi membantu persiapan menyambut hari raya.

3. Negeri Sembilan – RM300 Kepada Penjawat Awam Persekutuan

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bonus Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM300 kepada kira-kira 50,000 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, inisiatif tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada penjawat awam yang menyokong usaha pembangunan negeri.

4. Pulau Pinang – Setengah Bulan Gaji atau Minimum RM1,000

Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata bayaran tersebut akan dikreditkan selewat-lewatnya pada 16 Mac.

Selain penjawat awam negeri, bantuan RM300 turut diberikan kepada:

  • Penyelia dan guru KAFA

  • Guru sekolah agama rakyat

  • Petugas sekolah agama bantuan kerajaan

  • Guru tahfiz, pondok dan tadika Islam

  • Sekolah persendirian Cina di Pulau Pinang

Secara keseluruhan, bantuan ini melibatkan 7,317 penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM8.49 juta.

5. Johor – Sebulan Gaji

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026 sebanyak sebulan gaji

kepada 18,455 penjawat awam negeri.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi

, memaklumkan bayaran tersebut akan dibuat pada hari berikutnya selepas pengumuman atau mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing.

Penerima bantuan ini melibatkan:

  • 11,271 penjawat awam negeri

  • 6,192 warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT)

  • 992 kakitangan badan berkanun negeri

6. Perak – RM1,500 Seorang

Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada semua penjawat awam negeri sempena Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata bantuan itu akan diagihkan pada 16 Mac dan dijangka memberi manfaat kepada 11,261 penjawat awam negeri.

Penerima termasuk:

  • Ahli ex-officio

  • Guru lantikan negeri

  • Ketua daerah

  • Pegawai kontrak perkhidmatan

  • Kakitangan skim jangka pendek seperti MySTEP

Selain itu, guru KAFA dan pengerusi jawatankuasa pembangunan kampung tradisional akan menerima RM500

7. Negeri Lain & Penjawat Awam Persekutuan – RM500

Bagaimana pun bagi tiga Wilayah Persekutuan dan negeri lain seperti Kedah, Melaka, Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu serta Perlis, penjawat awam turut menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) daripada kerajaan Persekutuan.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam, bantuan tersebut melibatkan:

  • RM500 kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak

  • RM250 kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan tidak berpencen

Bayaran akan dibuat pada 13 Mac bagi membantu penerima membuat persiapan Aidilfitri.

Kepentingan Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Penjawat Awam

Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam bukan sekadar bantuan kewangan semata-mata. Ia juga merupakan simbol penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa dan pengorbanan kakitangan awam yang bekerja keras sepanjang tahun.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan seperti ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan kewangan, khususnya bagi mereka yang mempunyai tanggungan keluarga.

Selain itu, inisiatif ini juga mampu meningkatkan moral dan motivasi penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

Penjawat Awam Senyum Lebar Menjelang Syawal

Secara keseluruhannya, pengumuman Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam oleh beberapa negeri ini pastinya menjadi berita gembira buat ribuan kakitangan kerajaan.

Dengan adanya bantuan ini, persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri dapat dilakukan dengan lebih mudah dan terancang. Pada masa sama, ia juga menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Bagi ramai penjawat awam, bantuan ini bukan sekadar duit raya, tetapi juga satu bentuk penghargaan yang cukup bermakna menjelang sambutan Aidilfitri.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Published by
Nor Yusoff