Cuaca dan suhu yang panas sepanjang masa membuatkan ketidakselesaan dalam pelbagai hal. Anak kecil kerap menangis kerana terlalu panas, ibu pula adakalanya merasa keletihan hanya disebabkan melakukan kerja rumah dalam keadaan tidak selesa.

Malah waktu tidur si kecil juga kerap terganggu kerana tidak selesa dan panas. Tidak kurang juga impaknya kepada anak-anak kecil yang masih belajar. Daya fokus mereka juga akan berkurangan hanya disebabkan rasa kurang selesa ketika di rumah. Dengan bacaan suhu antara 31 hingga 34 celcius menjadikan keadaan sekeliling makin tidak selesa.

Semua ini hanya disebabkan aliran pengudaraan yang kurang baik di dalam rumah. Sepatutnya suasana dalam rumah perlu menjadi selesa untuk kita menjalani kehidupan yang lebih aman dan bahagia. Pengudaraan yang baik, bersih, bebas daripada pencemaran dan asap luar sudah tentu memberikan kehidupan yang berkualiti kepada seluruh isi rumah.

Ada beberapa perkara yang mampu membuatkan kehidupan kita bertambah sihat. Kita nampak setiap perkara mudah namun sebenarnya aktiviti bersifat remeh dapat memberi kelebihan kepada kehidupan lebih baik. Apa aktiviti yang boleh disarankan?

Banyak Kelebihan Bonding Dengan Anak-Anak, Cipta Momen Indah Dengan Famili!

Riadah Pagi Hari

Melakukan aktiviti riadah biarpun terlihat agak remeh namun hakikatnya amat baik bagi membina keluarga bahagia. Malah bonding dengan anak-anak juga menjadi semakin rapat. Tidak perlu dilakukan dalam tempoh yang lama, hanya ambil masa di pagi hari pada setiap hujung minggu untuk membawa anak berjogging di taman. Percayalah pengudaraan lebih bersih menjadikan anak lebih sihat malah ikatan keluarga semakin bertambah erat.

Banyak Kelebihan Bonding Dengan Anak-Anak, Cipta Momen Indah Dengan Famili!

Aktiviti Indoor Buat Bonding Lebih Erat

IKLAN

Jika tidak gemarkan aktiviti luar, cuba buat aktiviti bersama anak-anak di dalam rumah sahaja. Namun pengudaraan haruslah bersih. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan seperti bermain puzzle, permainan interaksi dan sebagainya bersama anak-anak. Manakala ibu pula boleh mengajak anak-anak untuk memasak bersama-sama atau menghasilkan seni kraf. Namun pastikan semua aktiviti ini dilakukan dalam keadaan selesa. Pastikan pasang perhawa dingin!

Baca Buku Dengan Anak

Cipta momen lebih indah dengan membacakan buku untuk anak-anak kecil pada waktu malam. Tak perlu lama cukup hanya 15 hingga 30 minit sahaja setiap hari. Pasang penghawa dingin ketika aktiviti membaca ini, anak makin selesa malah sedar tak sedar anak akan terlelap dengan sendirinya kelak.

Banyak Kelebihan Bonding Dengan Anak-Anak, Cipta Momen Indah Dengan Famili!

Masa Berkualiti Dengan Saudara Mara

IKLAN

Sesekali jemputlah saudara mara untuk majlis makan-makan di rumah. Tidak perlu jemput dalam jumlah yang ramai sebaliknya hanya adakan majlis yang kecil untuk mengeratkan silaturahim keluarga. Cara ini juga mendidik anak kecil kita untuk bergaul dengan lebih rapat. Isikan masa berkualiti bersama-sama dengan bertanyakan khabar ahli keluarga. Pastikan rumah anda selesa dengan penghawa dingin daripada Panasonic X Premium Series.

Banyak Kelebihan Bonding Dengan Anak-Anak, Cipta Momen Indah Dengan Famili!

Sihat Dengan Tidur Yang Mencukupi Dan Selesa

Salah satu hal untuk menjamin kesihatan yang berpanjangan adalah mendapatkan waktu tidur yang cukup untuk anak-anak kecil. Bukan anak sahaja bahkan kita sebagai ibu dan bapa juga haruslah memastikan waktu tidur ini setiap hari cukup dan berkualiti dalam suasana bilik tidur yang selesa.

Pastikan waktu tidur berkualiti tanpa gangguan. Salah satunya adalah dengan pemasangan pendingin hawa yang baik dan berkualiti. Panasonic X Premium Series antara produk terbaik yang wajib anda miliki di rumah.

IKLAN

Banyak Kelebihan Bonding Dengan Anak-Anak, Cipta Momen Indah Dengan Famili!

Pilih Pendingin Hawa Panasonic

Jenama Panasonic merupakan jenama yang sentiasa tidak ketinggalan dengan setiap ciri-ciri hebatnya. Dengan Nanoe Technology yang diaplikasikannya membuatkan udara di dalam rumah lebih segar dan bersih. Malah teknologi Nanoe ini juga mempunyai 7 kelebihan yang ibu bapa perlu tahu. Antaranya adalah bersifat membersih segala kotoran yang berlegar di ruang udara di dalam rumah.

Bukan itu sahaja malah teknologinya mampu membersih dan menghalang bakteria dan virus yang berterbangan di dalam rumah. Dengan adanya sistem Nanoe yang hebat ini ia membuatkan bebas daripada anasir yang berbahaya dalam udara kepada anak-anak. Bukan itu sahaja malah kulit juga menjadi semakin lembap kerana bebas daripada pendedahan cahaya matahari yang melampau di luar rumah.

Paling menarik, rangkaian siri Panasonic juga terdiri daripada produk yang canggih dan lengkap dengan teknologi. Paling memberangsangkan adalah teknologi Inverter yang bersifat Econavi dan menjimatkan kos. Jadi dapatlah ibu ayah berjimat ketika membayar bil setiap bulan.

Bukan itu sahaja malah Panasonic X Premium Series yang lengkap dengan Nanoe Technology juga didatangkan dengan Adaptor Network dengan sambungan tanpa wayar. Ia membolehkan anda mengawal pendingin hawa ini di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang diinginkan. Hebat!

Sebagai pengguna yang bijak, dapatkan lebih informasi mengenai rangkaian jenama Panasonic ini di website www.panasonic.com/my atau juga Facebook, Instagram & Youtube.



Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI