Bapa Kesal Tubuh Anak Penuh Luka & Ada 8 Kesan Gigitan Masa Ambil Dari Taska

Share

Bagi ibu bapa yang bekerja, setiap kali menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska hanya satu yang diharapkan iaitu anak dalam keadaan baik sepanjang jagaan dan sentiasa sihat serta dijauhkan daripada apa-apa kejadian tak diingini.

Namun menerusi perkongsian seorang bapa, Bakti Zakaria, hati ibu bapa mana yang tidak sedih saat melihat anak yang sepatutnya dijaga dengan baik mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan ketika mahu mengambilnya.

Menurut bapa ini, dia hanya perasan keadaan anak ketika mahu mengambil pada waktu petang di sebuah taska di Selangor.

Anak baru 10 bulan, Staff ada 3 orang termasuk pengurus tapi pengurus jarang ada. Budak ada dekat 20 orang. Bila tanya masa nak masuk taska tu kemain cakap 1 cikgu 3 baby je dia jaga.

Dah lah waktu kecederaan tak beritahu. Boleh tahu pun waktu balik. Kalau ambil anak lambat hari itu tentu anak kena tahan sakit lagi lama. Tak bertanggungjawab langsung.

Lebih mengejutkan lagi apabila terdapat banyak kesan gigitan di bahagian pipi dan tangan. Malah, terdapat juga kesan jatuh pada kanak-kanak berusia 10 bulan itu.

8 kesan gigitan. Di pipi kanan kesan macam jatuh, pipi kiri kesan kena gigit. Telinga tak pasti kena gigit atau kena benda lain tapi berdarah. Di belakang telinga bahagian kepala ada kesan gigit juga. Tangan kanan 4 kesan gigit, tangan kiri 1 kesan gigit.

Dah buat laporan polis, tunggu keputusan JKM

Berasa tidak puas hati anaknya diperlakukan seperti itu, si bapa kemudian meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak taska, namun mereka memberi alasan bahawa rakaman CCTV terbabit tidak dapat dilihat kerana bil internet tidak dibayar selama dua bulan.

Lepas tu bila berlaku kecederaan pada budak, nak tengok CCTV kata tak bayar internet dah 2 bulan.

Ni bukan jaga dengan baik. Ni biarkan seperti haiwan yang duduk dalam sangkar lepas je nak jadi apa. Ini nyawa manusia, bukan boleh buat apa sahaja.

Walau bagaimanapun, Bakti sudah melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis dan kini sedang menunggu keputusan daripada Jabatan Kebajikan Masyakarat.

Kredit: Bakti Zakaria

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

IKLAN