Bapa Saudara Sumbat Anak Kecil Dalam Mesin Basuh. Niat Nak Bergurau Bertukar Jadi Detik Cemas!

Share

Tular kejadian anak kecil disumbat dalam mesin basuh layan diri di Laundrybar Bukit Sentosa oleh bapa saudaranya tanpa disedari ibu kanak-kanak berkenaan. Niat bergurau bertukar menjadi detik cemas apabila pintu mesin basuh terkunci secara automatik selepas ditutup menyebabkan cermin pintu tersebut terpaksa dipecahkan untuk menyelamatkan mangsa. 

Sebelum ini, dobi layan diri pernah tular selepas kejadian kucing disumbat ke dalam mesin pengering pakaian sehingga mati. Kejadian anak disumbat di dalam mesin basuh ini dikongsikan oleh Encik Hazmal Hassan, pemilik dobi di laman facebook Bukit Sentosa/Beruntung resident.

Video yang berdurasi 2 minit 46 saat lebih tersebut tular dan mendapat kecaman netizen yang menganggap penjaga kanak-kanak tersebut cuai. Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh pemilik dobi berkenaan.

GURAU BEWOK

Kejadian : Sumbat anak dalam washer
Tarikh : 2/10/18
Masa : sekitar 12am

1. Tekejut berok ambo, mujo budok tuh tok mati
2. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada staf Restoren Salam dan mereka yg tolong pecahkan kaca washer tuh. Tindakan & keputusan yang betoi
3. Kami tak kisah dengan kerosakan tersebut
4. Kepada keluarga anak tuh, kami maafkan kekilafan tersebut, dan ambil la ini sebagai pengajaran yang paling berharga buat family

Tujuan POST
1. Bukan niat kami nak aibkan sapo2 dlm post ni
2. Utk ingatan semua, jangan sekali2 bergurau macam nih, SAFETY FIRST
3. Kami juga ingin merayu kepada semua customer kami agar jaga la kemudahan yang kami sediakan ni

Salam WASH WASH
Hazmal Hazmal Hassan www.wasap.my/60199883284
Nazir Mohamad Nazir Abd Razak www.wasap.my/60192799224

Laundrybar @ HVS Resources
11, Jalan Orkid 1G/2, Seksyen BS1
Bandar Bukit Sentosa
(Sebelah Jom Makan)

Kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan dengan bantuan staf Restoran Salam selepas memecahkan cermin pintu mesin basuh tersebut. Kanak-kanak tersebut dalam keadaan baik, walaupun mesin telah rosak dan pemilik terpaksa menanggung kerugian RM3,000 tetapi mereka berlapang dada asalkan kanak-kanak itu selamat.

Susulan kejadian itu, pemilik membuat satu laporan polis agar tindakan segera serta siasatan dapat dijalankan berikutan kejadian itu boleh mengancam nyawa kanak-kanak berkenaan.

Perkara seperti ini patut dijadikan pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati dan sentiasa awasi anak-anak, elakkan daripada bergurau perkara yang boleh membahayakan nyawa. Bukan sahaja harta benda yang rosak malah boleh membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut. 

Sumber: Hazmal

IKLAN