Salam takziah buat aktor Sharnaaz Ahmad atas pemergian bapa tercinta, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh Sharnaaz menerusi laman Instagram miliknya, mengundang rasa simpati ramai.
“Hero saya baru sahaja meninggal dunia dengan aman pada pukul 1.40 pagi
“Dia tidak pernah berputus asa berjuang, tetapi jantungnya berhenti berdetak. Dia akan selamanya menjadi hero dan juara saya!
Ads
“I love you papa. Al-Fatihah papa. Terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat kepada kami semua.”
“I am half as strong as you, half as good father as you.. Now teach me to be a great one like you from heaven,” titipnya pilu.
Sharnaaz turut memberi tahu, solat jenazah akan dilakukan di Masjid Syed Eyusof, Georgetown selepas solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama, George Town.
Ads
Terdahulu, pelakon Polis Evo 3 itu memuat naik foto bapanya yang ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Ads
Rakan selebriti dan warga maya merakamkan ucapan takziah buat Sharnaaz dan berharap beliau dikurniakan ketabahan dan segala urusan mereka sekeluarga dipermudah.
Malaysia sedang menjadi negara menua disebabkan kadar kesuburan itu semakin menurun. Ini jelas membuktikan apabila Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia merekodkan penurunan ketara kepada 1.7 anak pada 2023 berbanding 4.0 anak pada 1980,.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Abdul Shukur Abdullah, penurunan kadar kesuburan pada masa ini berkait rapat dengan perubahan gaya hidup termasuk peningkatan kos sara hidup, kecenderungan berkahwin lewat dan aspirasi keluarga moden yang memilih saiz keluarga kecil.
Katanya lagi, faktor seperti peningkatan penyertaan wanita dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja turut mempengaruhi keputusan berkaitan pembentukan keluarga.
Di samping itu, keinginan untuk memiliki saiz keluarga lebih kecil disebabkan pertimbangan kewangan, komitmen kerjaya dan keutamaan peribadi turut menyumbang kepada penurunan TFR.
“Masalah kesihatan reproduktif dan ketidaksuburan juga menjadi antara penyebab yang perlu diberi perhatian dalam menangani isu ini secara menyeluruh,” katanya.
Teks ucapan beliau dibaca Pengarah Bahagian Penyelidikan, Kependudukan dan Keluarga LPPKN Adzmel Mahmod pada majlis perasmian Seminar Kependudukan Negeri Perlis 2025 sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia di sini hari ini.
Perasmian seminar bertemakan ‘Penduduk Perlis: Kecil Negeri, Luas Aspirasi’ itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan dan Alam Sekitar negeri Wan Badariah Wan Saad.
Abdul Shukur berkata antara langkah kerajaan menangani isu itu adalah dengan melaksanakan advokasi berkaitan kesuburan melalui Program Bantuan Intrauterine Insemination (IUI) dan Advokasi Infertiliti (BuAI) sepanjang tahun ini bagi meningkatkan kelahiran di samping memberikan kesedaran berkaitan faktor kesuburan.
Sementara itu, beliau berkata Perlis antara negeri menunjukkan penurunan TFR yang kini mencapai kadar 1.7 pada 2023 selain turut menurun daripada segi bilangan kelahiran hidup sebanyak 3,878 pada tahun sama berbanding 4,392 kelahiran pada 2016.
“Sehubungan dengan itu, adalah tepat pada masanya seminar ini diadakan bagi membincangkan langkah dan dasar yang perlu diambil untuk memperlahankan penurunan kadar kesuburan dan menyiapkan Perlis dalam menghadapi arus pantas perubahan demografi.
“Ia berlaku dengan menyediakan pelan perancangan dan pelaksanaan program melalui tiga teras utama iaitu kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia,” katanya.
Pengumuman ini cenderung harus ditangani segera untuk Malaysia lantaranya impaknya besar dan merangkumi pelbagai aspek yang menjadikan jumlah warga emas akan melebihi golongan muda. Antara kesannya termasuk beban ekonomi meningkat – Lebih ramai warga emas memerlukan pencen, bantuan kesihatan, dan penjagaan, manakala golongan muda yang bekerja semakin berkurang untuk menyokong ekonomi dan membayar cukai.
1.Kekurangan tenaga kerja : Kadar kesuburan rendah bermakna generasi muda yang masuk ke pasaran kerja akan berkurang, boleh menjejaskan produktiviti negara.
2.Tekanan kepada sistem kesihatan : Permintaan rawatan untuk penyakit berkaitan usia seperti kencing manis, darah tinggi, dan dementia akan meningkat.
3. Perubahan struktur masyarakat dan keluarga : Kurang anak bermaksud lebih sedikit ahli keluarga yang mampu menjaga ibu bapa atau datuk nenek, sekali gus meningkatkan risiko warga emas terpaksa bergantung kepada pusat penjagaan atau hidup bersendirian.
4. Pertumbuhan ekonomi perlahan : Dengan bilangan penduduk produktif yang sedikit, peluang inovasi, pelaburan, dan pembangunan mungkin terhad.
Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya, tak sangka apa yang diamalkan oleh ibu dan ayahnya yang sering menyimpan duit syiling dalam tabung menjadi ikutan Qaiser Rifqi Martin, pelajar Tahun Satu di sebuah sekolah di Kota Kinabalu.
Tular kisah Qaiser apabila wang saku yang diberi sebanyak RM2 oleh ibunya untuk bekalan ke sekolah bertambah menimbulkan rasa hairan ibunya Hasmi Shamsuddin.
“ Semasa hari kedua persekolahan, saya terkejut dia bawa duit balik ke rumah. Sekolah sesi pagi dia tak baa duit sebab saya bekalkan makanan dari rumah.
“ Sesi petang saya tak dapat nak bekalkan dia makanan sebab saya bekerja. Pada hari itu saya bagi belanja RM2, dia bawa balik RM4.
“Saya terkejut juga dia bawa duit balik rumah. Ingat dia ambil duit kawan-kawan. Bila tanya kenapa duit banyak, dia kata tangkap belalang lepas tu jual pada kawan,” ujar Hasmi kepada sebuah akhbar.
Menurut Hasmi juga dia melihat kecenderungan Qaiser dalam menabung sejak awal tahun lalu ketika umurnya 6 tahun.
“Saya dan suami memang ada tabung untuk duit syiling. Semua duit syiling akan masuk dalam tabung, kalau ada duit syiling anak-anak sekali join masukkan dalam tabung.
“Apa yang saya lihat Qaiser ni mula rajin menabung sejak saya belikan dia tabung yang dia minat. Kebetulan ada tabung BoboiBoy yang dia suka saya belikan, sejak tu dia rajin menabung,” ujar Hasmi.
Tambah Hasmi lagi, apabila ditanya apa yang akan dibeli dengan duit yang disimpan, menurutnya dia hanya menabung hanya untuk menyimpan.
“Bila saya tanya ada nak beli apa-apa ke dengan duit yang disimpan, dia tak jawab cuma kata nak simpan saja. Memang kalau duit saya dan atok nenek dia bagi dia akan simpan dalam tabung.”
Menurut Hasmi, Qaiser yang merupakan anak pertamanya cukup teruja untuk ke sekolah dan bangun seawall pukul 5.30 pagi untuk bersiap. Tambahnya juga ini merupakan pengalaman pertama berhadapan dengan ragam anak yang baru memulakan persekolahan.
Mengakui sengaja berkongsi kisah tentang Qaiser dilaman Facebook untuk dijadikan kenangan pada masa depan.
“Sebelum ini saya tak ada pengalaman dengan ragam anak masuk tahun satu. Dia tak menangis ke sekolah, Alhamdullilah mula sekolah dia senang bangun dan teruja nak pergi sekolah baru.
“Saya post di Facebook pun sebab nak jadikan kenangan dan untuk abah dia tengok post saya bila balik belayar nanti. Line di laut tak kuat. Nak call pun tak dapat. Saya abadikan cerita ragam anak sekolah tu di FB untuk ayahnya baca.
Selain Qaiser, Hasmi mempunyai seorang lagi cahaya mata berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup dengan suami, Martin Tamrin yang merupakan seorang kelasi kapal.
Perkongsian Hasmi yang mendapat hampir empat ribu perkongsian tentang sikap Qaiser yang suka menabung itu mendapat pujian warga net. Ramai yang memuji walaupun masih kecil Qaiser sudah ada nilai keusahawanan yang tinggi dan pandai cari duit.
Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, mengalami sesak nafas secara mengejut. Situasi yang berlaku tanpa sebarang tanda awal itu nyata meresahkan Wawa, apatah lagi apabila beliau mengesyaki ia mungkin berkait dengan penyakit ain.
Menurut Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, dia memohon maaf sekiranya bisnes kek batik yang diusahakan Hayla yang baru berusia sembilan tahun membuatkan banyak pihak berasa iri hati.
“Kesian anak mama xde kahak pun tapi sesak nafas . Dia kata susah nak bernafas, wawa pun tak pasti adakah ini yg di namakan ‘ain’ ? NauzubillahMinzalik. Wawa minta maaf dan ampun sgt2 kalau kehadiran kek batik hayla membuat sesetgh pihak kurang senang.”
Wawa yang baru sahaja pulih daripada serangan gastrik, tidak menyangka diuji pula dengan keadaan kesihatan anaknya yang tiba-tiba sesak nafas. Malah sempat juga bertanya amalan untuk menghidarkan penyakit ain.
“Alhamdulillah wawa da pulih selepas kena gastrik teruk kelmaren tapi hayla pulak ganti sesak nafas. Korang ada tak amalan untuk menghindarkan ain?”
Dalam pada itu, Wawa cuba jelaskan yang jadi public figure atau business owner bukan semata-mata tentang glamor atau suka-suka kongsi hidup peribadi. Ada tanggungjawab besar di sebaliknya iaitu kena jadi wajah hadapan kepada jenama sendiri. Dalam konteks perniagaan sekarang, media sosial bukan lagi pilihan, tapi satu keperluan.
“Jangan ckp jangan posting apa2 .. sebagai bisnes owner kami la muka hadapan yg kena promot the bisnes. Kalau di beri pilihan tak posting apa2 wawa nak ! Xperlu ada socmed pun tak pe. Tapi apakan daya.. Siapa lagi nak promot jualan kita kalau bukan kita sendiri.”