Tidak perlukan permainan yang menguji minda atau kelengkapan yang mahal untuk merangsang anak kecil kita sebaliknya dengan hanya menggunakan barangan di sekeliling yang ada di rumah sahaja sudah memadai. Asalkan kita sebagai mak ayah tahu cara merangsang anak-anak kecil.

Barangan dan kelengkapan di rumah yang dikongsikan oleh Lin Talib ini boleh mak ayah cuba di rumah. Semuanya mudah sahaja dengan menggunakan tepung, pasir dan sebagainya. Semua ini bukan hanya merangsang deria anak bahkan merangsang sensori pada permukaan yang disentuhnya. Jom kita cuba!

Barang Rumah Banyak Fungsinya, Boleh Rangsang Sensori Anak, DIY Lagi Senang!


PERMAINAN SENSORI SENTUH DIY

Perasan tak ada tekstur yang anak kita boleh pegang dan pijak dan ada juga jenis tekstur yang dia tak boleh langsung sentuh. Kadang sampai dia nangis nangis tantrum mengamuk siap. OPS! Ibu bapa semua bertenang. Mungkin dia ada masalah sensori sentuhan?

Jadi jom kita buat permainan sensori sentuhan untuk anak kita.

Anda boleh sediakan satu board khas yang berdinding supaya bahan-bahan tak terkeluar dari board tersebut. Boleh guna kadbod je senang. Boleh buat untuk permainan atas meja, dan buat lagi satu board di dalam kotak untuk sensori sentuhan untuk kaki.

Barang Rumah Banyak Fungsinya, Boleh Rangsang Sensori Anak, DIY Lagi Senang!(Rujuk Gambar)

IKLAN

Untuk menarik perhatian anak, anda boleh gunakan pasir yang berwarna warni.

Jenis aktiviti:

Barang Rumah Banyak Fungsinya, Boleh Rangsang Sensori Anak, DIY Lagi Senang!

1. Menulis di pasir guna jari.
Ini sangat sesuai untuk anak-anak yang ada masalah disleksia. Ajar mereka menulis huruf atau perkataan di pasir supaya mereka jelas konsep huruf.

IKLAN

Selain itu, ia membantu sensori sentuhan jari mereka serta membantu fokus anak. Amatlah digalakkan ketika buat ni anak dalam keadaan mencangkung, bersila atau duduk macam jepun di atas lantai. Ini untuk membantu sendi-sendi nya diberi tekanan berat badan untuk membantu fokusnya. ( Serius susah explain dalam tulisan harap anda faham )

Alternatif: boleh juga guna tepung untuk jimat sebab susah juga nak cari pasir tengah bandar.

Barang Rumah Banyak Fungsinya, Boleh Rangsang Sensori Anak, DIY Lagi Senang!

2. Cari mainan dalam pasir/batu/kapas
Ni pun bagus. Anak akan ‘terpaksa’ masukkan tangan demi mainannya. Lakukan secara berperingkat. Mula2 mungkin dalam kapas, lepas tu esok dalam batu, lusa dalam pasir, lepas tu dalam air likat/slime. Air slime ni boleh buat dengan bancuhan air campur tepung jagung.

IKLAN

Barang Rumah Banyak Fungsinya, Boleh Rangsang Sensori Anak, DIY Lagi Senang!

3. Map sensori. (Rujuk gambar terakhir)
Map sensori ni untuk kaki. Lebih seronok jika anda bermain bersama anak diiringi lagu-lagu supaya mereka tidak fikir sangat tentang sensori di kaki mereka.

Sentiasa beri positive encouragement supaya anak yakin untuk melalui aktiviti-aktiviti tersebut. Amaran! Aktiviti di atas semuanya bersifat sepah dan ya sangat sepah.

Namun, aktiviti di atas membantu dari sudut motor kasar, motor halus, perhatian, fokus, sensori dan yang paling penting self worth bila anda berikan reward selepas mereka berjaya jalani aktiviti tersebut.

Barang Rumah Banyak Fungsinya, Boleh Rangsang Sensori Anak, DIY Lagi Senang!

Next post kita akan bincangkan tentang jenis-jenis reward yang sesuai terutamanya rakyat marhaen

Ps: Rumah sepah boleh kemas, anak yang terlepas pembelajaran tidak boleh diganti masanya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI