Bab ingat tarikh penting, orang perempuan yang selalu alert. Tak kiralah sebelum berkahwin, dah berkahwin atau ada anak pun.

Mungkin ni satu kelebihan buat wanita walaupun dah bergelar ibu. Tapi kadang-kadang ada suami yang memang lupa kerana pada anggapannya banyak lagi perkara nak difikirkan.

Baru 3 Tahun Kahwin, Anak Dah Masuk Dua. Lepas 10 Tahun Dapat 6 Atau 7 Anak Syatilla Terima

Menerusi perkongsian Syatilla, dia ada berkongsikan 8 Februari adalah tarikh keramat buatnya dan suami, Shaheizy Sam.

IKLAN

“Hari ini 8 Februari, 3 tahun lepas kami dapat laki,” tulis Syatilla di Instagramnya.

“Alhamdulillah, masih terlalu jauh perjalanan kami dua orang. Sampai ke syurga sayang, Insya-Allah.

“Tahun ni anak nak masuk 2 orang dah, bayangkan kalau 10 tahun kahwin, mungkin anak dah 6-7 orang. Maklumlah suami rajin memberi, isteri pulak menerima,” seloroh Syatilla.

IKLAN

Baru 3 Tahun Kahwin, Anak Dah Masuk Dua. Lepas 10 Tahun Dapat 6 Atau 7 Anak Syatilla Terima

Syatilla turut berdoa semoga Allah merahmati keluarga kecil mereka dan memanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat.

IKLAN

“Awak terbaik untuk saya, I love you awakku. Happy 3rd anniversary love,” tulis Syatilla pada sekeping gambar perkahwinan mereka.

Baru 3 Tahun Kahwin, Anak Dah Masuk Dua. Lepas 10 Tahun Dapat 6 Atau 7 Anak Syatilla Terima

Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sah menjadi suami isteri pada 8 Februari 2016, dan pada 9 Mei 2017 menyambut cahaya mata sulung yang diberi nama Syeriv Samheizy.

Sumber: ig samtilla

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI