Anak kerap sakit akan tak ada selera nak makan. Berat pun akan turun. Emak pun huhuhu jadinya. Berat baru nak naik, tapi dah demam balik. Macam mana nak buat? Memang tak boleh nak halang sakit ni tapi ada cara nak mencegahnya.
Daripada terus bergantung pada ubat semata-mata, baiklah cuba cara semulajadi yang mungkin boleh diamalkan jika anak mula menunjukkan tanda tak sihat.
Apa yang dikongsikan oleh Aini Amirah Kassim mungkin boleh dimanfaatkan oleh ibu. Boleh cuba mana yang sesuai untuk anak.
Ni saya beri sedikit tip ye untuk bantu cepatkan anak sihat.
TIP BANTU KURANGKAN DEMAM , SELSEMA DAN BATUK
✔ Jika anak minum susu formula, kurangkan kepekatan susu
Ads
✔ Berikan air masak suam untuk membantu anak bernafas dengan lebih baik sekiranya selsema dan sukar bernafas
✔ Banyak beri anak air masak/light drink
✔ Buat bone broth. Sup ayam yang ada tulang + bawang putih halia banyak + cuka
✔ Berhentikan sementara pengambilan makanan berasaskan gandum dan tenusu (fm, cheese, coklat) serta kentang. Ini penggalak mukus/kahak
Ads
✔ Banyakkan sayur hijau.
✔ Hentikan makanan/minuman bergula, berperisa dan berperwarna.
✔ Elak bawa anak berhampiran orang merokok dan ke kawasan orang ramai yang tak terjamin kebersihannya.
Ads
✔ Potongkan bawang merah dan letakkan di sekitar rumah dan kawasan anak. Bawang merah berfungsi sebagai penyerap virus yang berkesan.
✔ Gunakan lemon dalam mandian. Mandikan anak dengan air suam + lemon. Lemon bertindak sebagai antiviral untuk mengurangkan kahak dan menurunkan suhu badan.
Sesudah anak sihat, digalakkan untuk berpada dengan makanan yang bergula, masin, berperwarna dan berperisa.
Serta makanan berasaskan gandum (yang bergluten) seperti biskut, roti dan lain-lain. Boleh beri pada anak, tetapi kurangkan. Makanan ini boleh lemahkan antibodi anak, maka anak kerap sakit.
Hidup suami isteri haruslah saling bantu membantu dan banyak bertolak ansur dalam segala hal. Lebih-lebih lagi hal melibatkan urusan rumah tangga dan anak-anak. Adakalanya isteri kita penat seharian uruskan anak-anak tetapi suami buat tak faham. Para suami, belajarlah untuk fahami isteri.
Perkongsian bapa ini, Firdaus Shakirin di facebooknya ini banyak benarnya. Suami haruslah lebih faham apa yang cuba disampaikan isteri kita.
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia kata penat, dia bukan tak larat, bukan tak ada tenaga, bukan merungut tapi ‘penat’ yang dikatakan itu adalah sebagai isyarat untuk memohon bantuan dan pertolongan daripada suaminya. Nak suaminya ringankan bebanan dia atau tolong dia apa yang patut.
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia mengadu perihal adik beradik kita, mak kita, apa yang diorang kata kat dia atau buat kat dia, dia bukan nak kita marah adik beradik kita, marah mak kita sendiri tapi dia nak kita faham, kalau dia tak nak duduk lama dirumah mertuanya itu kenapa. Kalau dia kurang berbicara dalam group keluarga itu kenapa…kalau dia kurang mesra dengan keluarga kita itu kenapa. Dia nak kita faham yang dia dah cuba buat macam yang kita nak, tapi diorang masih menganggap dia sebagai orang luar…orang asing…
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia mengungkit setiap duit yang dia keluarkan, setiap pertolongan yang dia hulurkan, itu bukan bermakna dia tak ikhlas buat semua tu. Dia sekadar nak mengingatkan bahawa pertolongannya itu bukanlah satu tanggungjawab. Jangan menyalahgunakan pertolongan itu untuk kepentingan diri dan jangan terlalu selesa bila ditolong.
Isteri cuma nak kita tahu yang…
Bila dia tegur kita, bila dia marah kita, bila dia nasihat kita dan bila dia berleter kepada kita, itu bukanlah tandanya yang kita ni jahat sangat, teruk sangat, buruk sangat…tapi dia nak kita perbaiki diri kita, perangai kita sebab dia tahu, kita mampu jadi lebih baik daripada apa yang kita jadi sekarang ni. Dia masih berharap kepada kita dan harapannya agar kita berubah ke arah yang lebih baik sebagai seorang suami dan juga ayah…
Itu ja yang isteri nak kita tahu sebab musabab disebalik setiap apa yang dia lakukan, tindakan yang dia ambil dan keputusan yang dia buat.
Itu ja…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebaik-baik nama yang ingin diberikan kepada anak adalah yang ringkas tetapi mempunyai pengertian yang elok. Tidak perlulah berjela panjang, sekadar mahu sedap didengar tetapi tidak membawa sebarang maksud. Paling ditakuti, kita tersalah pilih nama yang mempunyai maksud yang tidak baik.
Menurut perkongsian dari Ustaz Nik Nizam Nasir dari Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Kelantan, tentang pemilihan nama untuk anak, memadailah hanya satu atau paling panjang pun, dua patah perkataan. Di dalam perkongsiannya, turut dikongsikan adab pemberian nama kepada anak.
Ikuti perkongsian berguna ini, semoga membantu kita ketika memilih nama terbaik untuk anak yang akan dilahirkan.
Panduan Memberi Nama Anak Dalam Islam
Kebetulan ada seorang pelangan dtg ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak.
Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yg buruk atau erti yg tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dlm soheh Bukhari yg nabi pernah tukar seorang perempuan nama asiah (dgn huruf Ain) kepada Jamilah. Tapi kalau dah nama tu ertinya baik dah tak payoh la nak tukar².
Adalah dinasihatkan sblm letak nama anak tu pk² lah dulu. Nama ni tak perlu la panjang².. Memadaila satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan. Yg hebatnya ada org yg sampai 3,4,5 perkataan tapiiiiii bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil man jee… Naya anak tu nak tulis nama dia.. Nak nak bila isi borang.. Tak cukup kotak pulak nak buh huruf..
Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yg nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis yg lain kata pada hari pertama. Oleh kerana terdapat 2 hadis yg bertentangan maka Imam an-nawawi merumuskan bahawa bagi org yg tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapii.. Kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut.
Nama ni sbnrnya penting krn nabi bersabda kamu akn diseru pada hari kiamat dgn nama kamu dan bapak kamu. Maka perelokkanlah nama nama kamu.
Antara nama² elok yg boleh kita beri nama ialah sprt nama nabi², dan nama asma ul Husna. Cuma kalau nama asma ulhusna tu jgn lupa la letak nama abdul kat depan tu. Dlm hadis nabi ada bersabda : Sebaik2 nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.
Ada org tanya sy, ada ka apa apa fadhilat letak nama Muhammad dihadapan? Org Melayu ni sangat sinonim nak buh nama Muhammad kat depan supaya kononnya dpt syafaat di akhirat kelak. Sy kata takdak fadhilat apa apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagalaa amalan, rajin2 la berselawaT dan buatla sprt mana yg nabi ajar. Itu baru betul.. Nak dpt syafaat ni memang takdak kaitan dgn nama pun.
Soalan kedua boleh ka kita letak nama anak dgn nama malaikat? Kan nak nampak hebat buh ja nama anak Nik Mikhail..
Mengikut Ulamak Syafieyah nak buh nama anak dgn nama para malaikat ni hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasuklah Imam Malik sendiri.
Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni : 1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki. 2. Letak nama dlm isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya mcm Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yg ertinya org jual kuih. 3. Nama Zaleha, zaleha ni sbnrnya takdak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat. 4. Nama yg dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, sy ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabt lain panggil nama dia Abg zani. Zani tu sendiri adalah membawa erti yg tidak elok . 5. Ada juga nama yg membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti jamaluddin dan jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama. Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti kadir dan qadir. Kalau kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yg Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf. 6. Tak payah la letak nama sprt Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari org akn letak nama kelantani. 7. Ada juga nama yg nama di idafatkan seperti khairul atau syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat blkg tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL. 8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia muhammad alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati² lah ye.
Kalau boleh cari la nama yg baik untuk kita letak nama anak anak, kerana itu juga adalah،merupakan doa buat mereka. Sekian dulu.
Nik Nizam Nasir Pej Agama Jajahan Tumpat.
Sekiranya anda di dalam proses memilih nama untuk anak yang bakal dilahirkan, bolehlah jadikan perkongsian dari Ustaz Nizam ini sebagai panduan. Carilah nama dengan pengertian yang indah dan mudah untuk disebut serta diingati. Semoga tip yang disenaraikan ini dapat membantu anda dan pasangan dalam membuat pilihan nama anak yang terbaik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini gajet sudah menjadi keperluan kepada setiap lapisan umur. walaupun ramai yang tahu gajet tidak baik untuk diberikan kepada si kecil, namun masalah ini seakan tiada jalan penyelesaiannya.
Memang tidak digalakkan sama sekali memberikan anak-anak yang berusia dua tahun ke bawah menggunakan gajet. Malah untuk anak yang lebih besar pula ibu bapa seharusnya mengehadkan penggunaan supaya tidak memberi kesan kepada mata dan juga sikap si kecil.
Apa yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang kisah seorang kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh yang teruk kerana pendedahan kepada gajet mungkin boleh dijadikan iktibar kepada semua ibu bapa.
Menurutnya juga ada satu formula yang telah disarankan oleh American Optometric Association yang mudah untuk dilakukan bagi mengelakkan kerosakkan pada mata anak malah juga mata orang dewasa yang sering menghadap gajet.
Ikuti perkongsiannya:
Sejak baca kisah tragis yang berlaku pada adik Xiao Man, saya tak berani dah nak biarkan anak saya duk menghadap smartphone lama-lama.
Dah lah umur adik tu lebih kurang sebaya je dengan umur anak saya.
Mak ayah adik Xiao Man ni sebenarnya jenis yang tak berapa strict pasal penggunaan gajet. Masa umur setahun lagi dia dah dibiarkan bermain dengan handphone.
Pada awalnya parent adik Xiao Man ni senang hati sangat sangat. Ye lah, anak tu senyap je dan tak banyak ragam bila dapat gajet.
Tu yang kadang dibiarkan je walau sampai berjam-jam lamanya.
Cuma bila adik Xiao Man mencecah umur 2 tahun, perangai dia dah mula berubah jadi pelik.
Dia asyik duk kecil-kecilkan mata bila pandang sesuatu. Dahi pun selalu berkerut-kerut.
Akhirnya pada suatu hari, mak ayah dia bawaklah jumpa doktor mata sebab dah tak tahan risau sangat tengok keadaan macam tu.
Bila diperiksa, rupanya kedua-dua belah mata Xiao Man dah rosak dan dia disahkan mengalami rabun jauh yang amat teruk!
Tambah menyedihkan, doktor jugak beritahu yang damage tu irreversible.
Sebab tu kita ni kena berjaga-jaga betul kalau si kecil kita tu jenis yang susah nak berenggang dengan gajet.
Perhatikan kalau-kalau mata anak kita tu selalu jadi merah-merah, duk terkelip-kelip je dan kemudian gosok sana sini tak berhenti boleh jadi mata dia dah terlampau kering (dry eyes).
Kalau kita tak hiraukan, sikit masa lagi dia akan mula mengamuk dan mengadu sakit kepala kesan daripada Eye Strain.
American Optometric Association sebenarnya ada recommend satu formula mudah ni untuk elakkan damage pada mata anak kita.
Namanya formula 20/20/20.
Formula ni simple je tapi efeknya sangat besar pada kesihatan mata si comel kita tu.
Tolong #share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ye. Mata anak kita tu kalau dah rosak, dia akan tanggung akibatnya seumur hidup dia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.