Walau sudah punya dua orang cahaya mata lelaki, namun impian untuk memiliki anak perempuan tetap menjadi misi buat pengacara, Fiza Frizzy dan suaminya.
Berkongsi kisah throwback kelahiran anak ketiganya yang merupakan seorang perempuan, akui Fiza, banyak usaha yang dilakukan untuk memiliki zuriat perempuan.
Menerusi Instagramnya, Fiza berkongsi kisah perjalanannya untuk memiliki, Fatma Zahra yang dinantikan sekian lama dalam keluarga kecil mereka.
“Punya la payah nak dapat babygirl ni, segala petua, Chinese calendar, makanan and minuman follow, tapi baru la sekarang merasa.
“Lepas ada 2 anak lelaki, 1 keguguran dan doa daripada kawan kawan. Sesiapa je yang upload story pi Makkah, Fiza dengan tak malunya minta kirimkan doa untuk dapat babygirl,” begitu kongsi Fiza.
Ads
Bahkan selepas dapat tahu dia mengandungkan bayi perempuan, dia dan suami mengalirkan airmata kerana begitu terharu.
Pun begitu, lain ragamnya berbanding anak lelaki, anak perempuannya, Fatima cukup dengan pelbagai ragam termasuklah asyik melekat 24 jam.
“Alhamdulillah, bila scan dapat tahu pregnant babygirl, Fiza VC husband and dua dua nangis tak keluar suara bersyukur sangat sangat. Inilah hasilnya Fatma Zahra Binti Mohd Fazli.
“Tapi, ada babygirl ni orang cakap senang jaga. Kenapa anak aku ni mulut bising? Asal letak je meragam? Kalau mandi tu suka tendang segala benda? Kuat menangis? Geram ye babygirl ni, memang tak sempat buat kerja. Masuk toilet pun ku angkut juga dukung.
Ads
“Yang ni, part pi beli groceries pun angkut juga si kecik. Selalu lepas hantar anak sulung pi play school, Fiza ada masa pendek je beli groceries.
“Agak agak kalau terserempak dengan Fiza tengah bawa anak pi mana mana tu, ingatlah, bukan Fiza nak hurung sangat semua anak tapi anak anak ku macam magnet dengan mama nya,” katanya lagi berkongsi cerita.
Menerusi entri yang sama juga, Fiza dilihat turut membawa ke mana sahaja anak perempuannya itu termasuklah mengendong ke pasaraya untuk membeli barangan rumah.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut setia Fiza turut meninggalkan pelbagai reaksi malah turut berkongsi pelbagai kisah anak perempuan yang hampir sama dengan Fiza.
Sedang negara dan barisan hadapan yang kebanyakkan terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertungkus lumus membendung penularan virus Covid-19, tak dilupakan rakyat yang masih memerlukan khidmat kesihatan dari hospital dan juga klinik-klinik kerajaan.
Antaranya yang sentiasa memerlukan pemantauan seperti ibu-ibu mengandung dan juga bayi yang baru dilahirkan.
Dalam satu perkongsian oleh KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook miliknya menunjukkan salah satu inisiatif yang telah dibuat oleh kakitangan KKM di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang telah membuat pemeriksaan jaundis secara pandu lalu bagi tujuan mempercepat dan memudahkan urusan di samping menggalakkan penjarakan sosial (social distancing) buat ibu-ibu yang hadir untuk tujuan tersebut.
Menurut Dr Noor Hisham lagi, Klinik Jaundis pandu lalu ini juga bertujuan mengelakkan berlakunya kesesakan di klinik. Ia secara tidak langsung mempercepatkan dan mengurangkan masa menunggu setiap ibu bapa bersama bayi yang perlu dirawat.
Pada 29 Mac 2020, Dr Chua Bee Sim dan pasukan dari Klinik Paediatrik HRPB telah menyaring 63 bayi dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari menggunakan fasiliti di Klinik Kesihatan Greentown.
Daripada jumlah tersebut, hanya 11 bayi yang memerlukan venesection manakala 3 bayi perlu ditahan bagi proses fotorerapi.
Jelas Dr Noor Hisham lagi, pasukan Paediatrik akan sentiasa cuba sedaya upaya melancarkan proses seumpama ini dan meneruskan usaha menambah baik perkhidmata mereka walaupun setelah berakhir COVID-19 nanti.
Tahniah dan Terima Kasih KKM
Sudah semestinya usaha yang dibuat oleh KKM ini membuatkan orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai bayi dapat menarik nafas lega. Pasti rasa lebih selamat untuk membawa bayi yang masih kecil untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan atau hospital.
Sebagai rakyat Malaysia, terima kasih kami ucapkan kepada warga KKM yang sentiasa berdedikasi dan penuh komitmen dalam menjalankan tugas untuk rakyat. Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Jadi seharusnya kita semua kekal berada di rumah agar warga KKM yang berada di barisan hadapan dapat memberikan perhatian buat yang telah dijangkiti. Yang lain-lain Please Stay At Home!
Ajal sekeluarga! Itu yang berlaku pada satu keluarga termasuk pembantu rumah apabila maut terkena renjatan elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Pulogadung, Jakarta Timur.
Lapor Kompas.com, mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia 37 dan 29 tahun, bayi mereka berusia 11 bulan dan pembantu rumah berumur 59 tahun.
Isteri memandikan bayi guna pemanas air
Ketua Polis Pulogadung, David Richardo berkata, kejadian itu bermula ketika si isteri memandikan bayi mereka di dalam bilik air menggunakan alat pemanas air.
“Dipercayai ketika memandikan anaknya, berlaku aliran elektrik mengenai ibu dan anak tersebut.
“Si isteri menjerit menyebabkan suaminya bergegas ke bilik air namun dia juga terkena renjatan elektrik.
Kredit: AGENSI
“Kemudian, pembantu rumah yang terdengar jeritan itu juga pergi bilik air untuk melihat apa yang berlaku sebelum dia turut terkena renjatan,” katanya.
Kejadian disedari oleh seorang lagi pembantu rumah
Insiden itu menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disedari oleh seorang lagi pembantu rumah keluarga tersebut.
Pembantu rumah itu kemudiannya menghubungi ambulans dan polis sebelum kesemuanya disahkan sudah meninggal dunia.
Dalam pada itu, David memaklumkan siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian sekeluarga tersebut.
Katanya, polis akan menyiasat jika benar berlaku renjatan elektrik yang menyebabkan kematian mereka.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad selamat melahirkan cahaya mata keenam pada pagi tadi secara pembedahan di Glenegles Hospital Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsi sendiri olehnya menerusi laman Instagram beberapa jam yang lalu.
“He’s Here”
“Assalammualaikum Semua, Alhamdulillah Di Pagi Jumaat yang penuh barakoh hari ini pada tarikh #12052023 pada pukul 8.30 pagi tadi Saya telah melahirkan anak lelaki saya dalam keadaan pembedahan”
Menurutnya lagi, bayi lelaki tersebut selamat dilahirkan seberat 2.71kg ketika usia kandungan 38 minggu.
“Syukur Kepada Allah SWT semuanya berjalan dengan baik, bayi lelaki saya di lahirKan 38 minggu lebih dengan seberat 2.71kg dan tingginya 34cm.
“Syukur Ya Rabbi 🥹🙏🏻 Mummy Becca ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang banyak menitipkan DOA untuk mummy dan baby ,Terima Kasih Allah sahaja yang dapat membalasnya”
“Terima Kasih kepada suami tercinta dari awal pregnant sampai la hari ini bersalin sentiasa setia bersama menemani MUMMYBECCA🙏🏻🤍🥹😘 thank you papa 😘”
“Thank you Juga Buat IBU ku ,DOA Mu tiada Hijab,tembus ke langit,thank you Datang Ma,Dan Sentiasa MenDOAkan Anak anak Mu🤍🫠”
“Thank you to All My Siblings yang DOA Dan WhatsApp 🤍 Thank You Juga Buat Staff @beccahq Surprise kan mummy and baby Bilik Cantik 😉☺️🥰🤍 mummy loveeee sgt Tq 🙏🏻”
Rata-rata rakan selebriti dan warga net mengucapkan tahniah buat Datin Rebecca atas kelahiran cahaya mata yang sangat comel.
Sebelum ini Datin Rebecca mendedahkan dirinya pernah diberi pilihan oleh doktor sama ada mahu meneruskan kandungan atau pun tidak kerana berdepan dengan risiko hamil anak keenam.
Beliau berkata, kandungan berkenaan dimaklumkan berisiko tinggi kerana sebelum ini kesemua cahaya mata dilahirkan menerusi pembedahan dan mungkin turut membahayakan dirinya.
Anak Hebat Bermula Dari Rumah: Kisah Izmi & Hakim, Dua Pemanah Cilik yang Menginspirasikan
Setiap anak membawa potensi luar biasa yang menunggu untuk digilap —...