Pejam celik, pejam celik dah empat bulan lebih usia anak kepada pelakon popular, Ummi Nazeera dan Dr Izzar, Ayra Aneesah. Rasa macam baru lagi Ummi lahirkannya.
Ummi ternyata gembira melihat Ayra membesar dengan sihat. Perasaannya itu dikongsi oleh Ummi melalui instagramnya ketika pergi melakukan rutin pemeriksaan kesihatan untuk Ayra.
Kecoh di laman sosial semalam apabila pengacara popular, Fara Fauzana memuat naik video rakaman antara dia dan anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.
Dalam rakaman yang menarik dan lucu itu, Fara yang lebih dikenali dengan nama Fafau, mengajukan soalan kepada Aafiyah sekiranya Fafau sepadan jika disatukan dengan penyanyi tersohor, Anuar Zain.
“Aafiyah rasa, auntie Fara dengan uncle Anuar Zain sesuai, sedondon dan secocok tak?
“Kalau auntie Fara dengan Anuar Zain sesuai, goyang kepala,” tanya Fara kepada Aafiyah.
Pada rakaman itu, selepas cubaan pertama gagal mendapatkan jawapan yang diinginkan, akhirnya kali kedua Aafiyah kebetulan menggoyangkan kepalanya sedikit sebagai tanda setuju.
Ramai ibu bapa baru mungkin tak tahu, tapi hakikatnya sendawakan bayi selepas menyusu bukan sekadar pilihan, sebaliknya ia satu keperluan.
Ini bukan nak menakutkan, tapi nak elak perkara serius yang boleh berlaku bila angin dalam perut bayi tak dikeluarkan.
Menurut Lactation Educator, Ms. Elpeni Ramli dari Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, amalan sendawakan bayi perlu dilakukan setiap kali selepas menyusu, tak kira bayi menyusu badan atau botol.
Kenapa Perlu Sendawakan Bayi?
Bila bayi menyusu, sama ada direct feeding atau guna botol, mereka juga akan tertelan udara. Udara ini terkumpul dalam perut dan boleh menyebabkan:
– Perut bayi kembung
– Muntah atau gumoh
– Batuk secara tiba-tiba
– Sukar tidur atau meragam
– Risiko tinggi ‘aspiration’ (susu masuk saluran pernafasan)
– Dan paling ditakuti, SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)
Kalau bayi baring terus selepas menyusu tanpa disendawakan, susu boleh naik semula ke kerongkong dan masuk ke paru-paru, menyebabkan tersedak atau lemas semasa tidur. Menyesal kemudian memang tak guna, jadi lebih baik elakkan daripada awal.
Tiga Teknik Sendawakan Bayi
Menurut perkongsian Ms. Elpeni Ramli, tiga teknik asas ini mak ayah perlu kuasai untuk membuatkan anak rasa lebih lega.
1. Posisi duduk
Pegang rahang bayi dan bongkokkan badan bayi ke depan. Kemudian tepuk dan gosok perlahan-lahan di belakang bayi hingga bayi mengeluarkan bunyi burp.
2. Posisi bahu
Lapik kain di bahu kemudian letakkan bayi di atas bahu dan tepuk belakang bayi perlahan. Gosokkan belakang bayi dengan mesra hingga mengeluarkan bunyi burp.
3. Posisi baring
Selain duduk dan berbaring, anda boleh juga meniarapkan bayi di atas lutut kemudian ampu muka bayi dan perut di atas lutut. Kemudian gerakkan perlahan-lahan hingga bayi mengeluarkan bunyi burp.
Tip Tambahan Untuk Mak Ayah
🔹 Kalau bayi tak sendawa lepas lima minit, boleh cuba tukar posisi. Kadang-kadang sendawa keluar lambat.
🔹 Jangan paksa sendawa sampai bayi tak selesa.
🔹 Amalkan setiap kali lepas menyusu, siang atau malam. Konsisten itu penting.
Apa Jadi Kalau Tak Sendawakan Bayi?
Kalau bayi tidak disendawakan, risiko tersedak susu sangat tinggi sebab bayi akan terjeluak selepas ibu meletakkan anak pada posisi baring lepas menyusu tanpa sendawakan bayi tersebut.
Bila bayi menyusu (susu badan atau botol), bayi akan tertelen udara sekali. Kalau angin ini tak dikeluarkan melalui sendawa, beberapa risiko boleh berlaku:
1. Perut kembung & tak selesa
Angin yang terperangkap boleh buat bayi rasa perut penuh, keras, dan tegang. Akibatnya bayi mudah meragam dan tidak nyenyak tidur.
2. Kerap muntah atau terjeluak
Udara dalam perut akan menolak semula susu ke atas dan ini boleh menjaskan pertambahan berat badan malah risiko tersedak juga lebih tinggi.
3. Batuk mendadak atau tersedak semasa tidur
Susu yang keluar balik boleh termasuk ke saluran pernafasan bila bayi baring dan menyebabkan
batuk tanpa sebab waktu tidur, tersedak tiba-tiba atau sesak nafas.
4. Masalah penghadaman jangka panjang
Bayi yang selalu tak sendawa mudah alami,
* Kolik (menangis tak henti-henti lebih 3 jam sehari)
* Sembelit atau cirit-birit tak tentu masa
* Ketidakselesaan setiap kali selepas menyusu
5. **Risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)
Ini paling menakutkan. Bila bayi tidur dengan susu/angin yang tersekat di saluran pernafasan, risiko lemas dan kematian mengejut meningkat. SIDS boleh berlaku tanpa sebarang tanda awal.
Jangan anggap sendawa ini remeh kerana ia amat penting untuk memberi kelegaan dan menyelamatkan pelbagai risiko tidak wajar pada bayi. Hanya ambil masa dua hingga lima minit, tapi kesannya boleh selamatkan nyawa bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes HMFD meningkat di Pulau Pinang. Premis penjagaan kanak-kanak & ibu bapa diminta berwaspada untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit ini.
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memaklumkan Terdapat peningkatan ketara bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD) di negeri itu dengan pertambahan sebanyak 48% kes kes tersebut tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Exco Pertaniah & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin berkata, sebanyak 1,555 kes dicatatkan JKNPP sepanjang tahun ini sehingga Khamis lalu berbanding 1, 050 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Katanya, penyalit itu mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tumpuan mereka seperti pusat asuhan kanak-kanak.
“Bagi tahun 2018, sehingga kini sebanyak 53 taska, tadika, tabika, prasekolah melaporkan kluster HMFD di premis mereka, peningkatan sebanyak 381% berbanding 11 kluster pada tempoh yang sama pada tahun 2018,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Penyakit tangan, kuku dan mulut adalah disebabkan oleh jangkitan virus khasnya dari jensi Coxsackie A16 dan Enterovirus (EV71) yang merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit.
Kebiasaan jangkitan adalah dengan ringan dengan gejala dema diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki dan lidah.
Walau pun hampir keseluruhan pesakit yang menghidap HMFD pulih tanpa rawatan dalam masa 7 hari hingga 10 hari, namun jangkitan daripada EV71 berisiko menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.
Sehubungan itu, Afif mengingatkan orang ramai terutamanya pengusaha premis penjagaan kanak-kanak dan ibu bapa memastikan kebersihan premis dan peralatan yang digunakan kanak-kanak.
“Saringan perlu dibuat di premis berkenaan bagi memastikan kanak-kanak yang hadir tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan HMFD.
“Mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit tersebut dinasihatkan tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawan,” katanya.
Selain itu, ibu bapa dan orang ramai digalakkan melaporkan kluster HMFD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan,” katanya.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.