Perjalanan panjang ada ketikanya memberi pengalaman seram bagi sesetengah individu. Pelbagai kisah mistik selalu diceritakan. Namun sebagai hambaNya, kita perlu yakin Allah sebaik-baik pelindung.
Seperti kisah satu keluarga ini, persinggahan di R&R bagi merehatkan diri setelah penat melalui perjalanan panjang di lebuh raya memberi pengalaman yang tak dilupakan tambah lagi ia berlaku pada bayi.
Menurut Tuan Syahmi di Tiktok baru-baru ini, kejadian ini berlaku ketika mereka sedang beratur untuk drive thru di sebuah restoran fast food.
Disebabkan terlalu lama menunggu, dia turun sekejap daripada kereta untuk membasuh botol susu anaknya dengan air panas.
Sisa basuhan itu dibuang ke kawasan bawah pokok berdekatan. Namun selepas itu, secara tiba-tiba anak meraung tanpa henti dan badan menggelepar.
Ads
Tanpa menunggu lama, mereka terus menggerakkan kereta dan pergi tinggalkan kawasan tersebut untuk mencari yang tempat lebih terang. Walaupun sudah membacakan surah-surah pendek, si anak masih lagi menangis tak ubah seperti sedang disampuk sesuatu.
Ads
Akhirnya setelah dipasangkan bacaan rukyah daripada Youtube, barulah keadaan kembali tenang dan anak terus diam.
Ads
Daripada kejadian tersebut, ayah ini ini berpesan agar jangan sembarangan membuang sesuatu di merata tempat kerana kita tidak tahu kesannya serta dikhuatiri akan terkena kepada ‘benda’ tidak sepatutnya.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes-kes Infuenza yang semakin meningkat cukup membimbangkan. Hinggakan katil-katil di hospital penuh dengan pesakit positif Influenza. Lebih membimbangkan ia cukup mudah terdedah kepada kanak-kanak.
Pastinya keadaan ini merisaukan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kalau ada yang mula demam dan selesema perlu segera dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Bagi Maryam Elyas atau mesra dipanggik CikYam, dua kali anak sulungnya disahkan positif Influenza membuatkan dia lebih bersedia dengan cara yang disarankan oleh doktor sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan ia berjangkit kepada anak yang lain di dalam rumah.
CikYam ada pengalaman dua kali jaga anak diserang demam influenza A. Masa anak kena influenza A tahun 2017, masa tu dia belum ada adik lagi. So takde la bimbang jangkit kat adik. Bila tetiba dia sah influenza A kali kedua baru-baru ni, dia dah ada adik. Bila doktor kata anak boleh discaj walaupun dia masih demam, CikYam risau betul kalau demam tu berjangkit kat adik dia. Tapi alhamdulillah Salma sembuh dengan elok dan adik dia pun takde terjangkit. Sihat semuanya.
Musim virus influenza A sekarang ni kan? Rata-rata hospital dan klinik penuh dengan orang demam. Tak kira dewasa, warga emas atau kanak-kanak. Bayi pun ramai yang demam. CikYam nak share tip elak jangkitan influenza A bila pesakit kuarantin di rumah. Moga bermanfaat untuk mak ayah di luar sana.
1 Januari 2020 hari tu, anak CikYam yang sulung demam. Tapi demam dia on off. Siang nampak cam sihat. Malam layu je dia. Malam kedua, suhu badan dia panas menggila sampai menggigil. CikYam letak kain basah kat dahi, sekejap je kain tu kering sebab panas badan dia. Tapi dia nak berselimut sebab dia kata dia sejuk.
Esoknya pagi-pagi pegi klinik. Hajat hati CikYam nak cek darah sebab nak tahu ada influenza atau tak. Allahu, tak nak peristiwa tahun 2017 berulang lagi iaitu anak dijangkiti influenza A sampai lembik. Berdebar dup dap dup dap tunggu result cek darah. Dan debaran tu ada betulnya. Anak CikYam sah positif influenza A untuk kali kedua.
Memang ramai ibu bapa panik bila anak influenza A. Pengalaman dua kali anak kena influenza A, jadikan CikYam lebih rasional. Cool, relax. Haha. Nak tahu apa kena buat bila anak sah kena influenza A? Ini dia CikYam share.
Bila anak demam dan selepas doktor di klinik sahkan anak positif influenza A, sila terus dapatkan surat daripada doktor klinik untuk terus refer ke hospital. Masa kena influenza A tahun 2017 dulu, doktor hospital sarankan kena warded. Sebabnya anak CikYam memang dah lembik, demam suhu tinggi tak turun turun, tak nak makan, susu pun kurang berselera, batuk teruk, berkahak, selesema dan dia muntah. Lapan hari tau dia warded kat KPJ Selangor.
Masa kena tahun 2020 ni, anak CikYam sehari je kat hospital. Lepas tu doktor suruh habiskan ubat influenza dan ubat lain di rumah. Tapi WAJIB KUANRANTIN. Doktor bagi balik rumah sebab anak CikYam makan OK, susu OK, masih aktif walau demam, suhu badan OK bila makan ubat demam, selesema tak teruk, batuk tak berkahak sangat. Jadi, parents, korang kena tahu tak semua kes inflenza A perlu warded tapi semua kes influenza wajib kena kuarantin. Walau anak nampak sihat, please jangan bawak keluar rumah jenjalan macam orang sihat. Sila duduk rumah.
1. BAGI AIR MASAK SEKERAP MUNGKIN
Budak yang demam influenza A kena kerap minum air. Biar suhu badan dia cepat turun dan tekak dia sentiasa basah. Jangan la sampai kering tekak tu. Budak ni kadang bila dia demam, dia tak nak minum. Kalau dia tak demam pun kadang air masak dia tak ingat nak minum, kan? So, korang sebagai mak ayah ni kena sentiasa readykan air masak dan bagi dia minum.
2. KENA BAGI MAKAN, CARI APA MAKANAN YANG DIA SUKA
Selera makan budak ni ikut apa makanan yang di suka. Masa anak CikYam kena influenza A teruk tahun 2017 dulu, memang dia tak lalu makan. Tapi CikYam cuba cari apa je makanan yang dia suka. Nasi memang dia tak nak. Bubur dia OK sikit. Last-last try bagi mihun sup dengan fish ball yang dihiris-hiris barulah dia nak makan.
Kalau tak makan, mana nak datang tenaga dia. So walaupun diorang ni susah nak makan, please bawak bersabar. Pujuk dan try cari apa dia nak makan. Masa tu umur anak CikYam 2 tahun lebih. Dia belum boleh bagitahu apa dia nak makan. Kitalah kena try n error cari apa agaknya yang dia suka makan.
Lagipun time demam kena makan ubat. So elok bagi ubat selepas makan. Kenalah pastikan anak kita makan walau sikit. Kalau dia tak nak susu, tu lagi susah. Kena cuba tackle selera dia untuk makan dan minum susu walau sikit.
3. ASING TEMPAT TIDUR
Masa anak CikYam kena influenza A tahun 2017, dia belum ada adik. So takdelah risau sangat. Bila dia kena tahun ni, dia dah ada adik. Memang agak susah la bila dia kena kuarantin kat rumah sebab adik dia ada. Nak suruh pakai mask pun, bebudak manalah nak pakai. Apa yang CikYam buat adalah, agak hadkan diorang ni main bersama. Memang susah, tapi try la.
Time tidur, adik tidur dengan papa. Yang demam ni tidur dengan CikYam. Jangan bagi dua beradik ni tidur bersama. CikYam bimbang kalau kakak batuk-batuk dan terjangkit virus tu kat si adik. So the best way, yang CikYam boleh buat adalah asingkan tempat tidur.
5. JANGAN KONGSI SUDU, CAWAN
Budak biasanya suka kongsi minum. Anak CikYam kat rumah minum air masak dalam botol air yang ada straw tu. So selalunya diorang ni share je botol air tu. Bila kakak ni sah influenza, CikYam buat 2 botol asing. Botol hijau adik punya, botol oren kakak punya. Jangan share. Time suap makanan pun kena asing. Tak boleh suap sekali makan macam biasa. Bimbang berjangkit.
Setakat ni, inilah amalan yang CikYam buat sepanjang jaga anak demam influenza A. Alhamdulillah tak berjangkit dengan adiknya walaupun duduk serumah.
Untuk mak ayah yang ada anak terkena Influenza A ini boleh cuba cara kuarantin seperti yang CikYam lakukan ini. Jangan lupa juga untuk ambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh doktor bagi mengelakkan diri dari terkena jangkitan virus Influenza ini. Semoga penularan penyakit ini bakal berakhir tak lama lagi dan kita semua dilindungi, Aminn!
Biarpun dah masuk trimester ketiga kehamilan, atas rasa simpati, tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri untuk turun padang membantu mangsa banjir.
Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya yang mana dia bersyukur diberi kesempatan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir walaupun keadaan diri yang tengah sarat hamil 7 bulan.
Ernie turut ditemani suaminya, Syamel dan beberapa pihak lain lagi pergi ke beberapa lokasi yang terjejas di sekitar Shah Alam, Selangor.
“Terima kasih kerana izinkan saya ikut kamu, shurami! Pengalaman naik lori semalam best sampai bayi dalam perut pun bergerak-gerak gembira.
“Syukur Allah SWT permudahkan urusan kami semalam. Semoga ada kesempatan lagi untuk turut sama membantu. Amin,” tulis Ernie.
Menerusi hantaran berbeza yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, pasangan itu telah menyediakan makan malam untuk 300 orang, bekalan keperluan dan makanan kering untuk mangsa banjir.
Ernie juga turut luahkan rasa sedih dengan keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan tanpa dijangka sama sekali dan mendoakan agar semua mangsa terus reda dan dipermudahkan urusan.
Kredit: IG Ernie Zakri
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) mengenai pembukaan taska kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa (hari ini).
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, antara aspek penting yang diberi penekanan dalam SOP tersebut adalah keselamatan kanak-kanak ketika berada di taska.
“Selasa akan dibentangkan SOP secara diperhalusi kepada MKN. Apa kita lihat sekarang ini, apabila dibuka kelonggaran kepada dalam sektor ekonomi, ramai ibu bapa menyatakan mereka memerlukan perkhidmatan taska.
“Apa yang penting adalah keselamatan di taska dan kita juga telah memperbaiki ayat contohnya penggunaan isolasi ditukarkan kepada keutamaan kepada anak barisan hadapan terutamanya warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kalau boleh duduk di rumah lebih baik tapi kalau tak ada orang jaga, kita akan khaskan taska di hospital. Kalau taska di hospital tak cukup ruang atau tak ada taska di hospital tertentu, maka kita nasihatkan pengusaha taska untuk memberi keutamaan kepada warga KKM
“Dan SOP supaya pergaulan antara kanak-kanak itu tak terbuka… bererti guru taska kekal dengan satu kumpulan, manakala kumpulan lain dihadkan pergaulan mereka,” katanya pada sidang media harian KKM pada Isnin.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga berkata KKM sedang melihat bagaimana mereka boleh meningkatkan taska di hospital-hospital KKM.
“Setakat ini di hospital KKM, kita ada 112 taska dan sekarang kita mohon untuk tingkatkan lagi taska di semua hospital kita iaitu 146 hospital.
“Kalau boleh, bila kita dah tingkatkan taska untuk barisan depan staf KKM, kita jangka taska dapat laksanakan dua shif,” ujarnya.
Bagaimanapun tambah Dr Noor Hisham, tarikh taska akan dibenarkan beroperasi masih belum ditetapkan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama MKN.
Isu guru sekolah rendah didakwa janji kahwin murid Tahun 6 ketika umur 18 tahun buat ramai ibu ayah takut dan marah. Dakwaan tular ini cetus kebimbangan tentang keselamatan anak di sekolah.