Penularan wabak Novel Coronovirus kini semakin meruncing. Setiap hari jumlah individu yang dijangkiti semakin meningkat, malah jumlah kematian juga menunjukkan angka yang membimbangkan terutamanya di negara China.
Menerusi laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 9 Februari 2020, 12 tengah hari sebanyak 40,160 kes dicatatkan di seluruh dunia yang melibatkan 25 negara dengan jumlah kematian 906.
Malaysia turut mendapat tempias dengan mencatatkan sebanyak 17 kes positif virus ini dengan 18 kes masih menunggu keputusan dari makmal. Namun dua daripada kes yang ada di Malaysia sudah disahkan pulih sepenuhnya.
Walaubagaimanapun langkah berjaga-jaga perlu diteruskan supaya penularan wabak ini dapat dibendung daripada terus menjangkiti rakyat di negara kita. Prihatin dengan situasi penularan wabak Novel Coronavirus (2019-NCoV) yang boleh menjangkiti orang sekitar melalui cecair saluran pernafasan dan juga melalui udara, seorang lelaki Mustaqim Kumar Abdullah Sooria membersihkan Kawasan-kawasan permainan yang ada di sekitar Kawasan Bukit Jelutong U8, Shah Alam.
Ads
Gambar-gambar lelaki ini fokus sedang membersihkan taman permainan di sekitar Kawasan Bukit Jelutong itu tular di media sosial. Usaha murni lelaki ini mendapat pujian ramai namun dia kesal kerana ada segelitir orang ramai yang mentertawakan usahanya itu.
Ads
Buat secara sukarela supaya kanak-kanak tak dijangkiti virus
Menurut Mustaqim, apa yang dibuat adalah secara sukarela dengan niat untuk membantu masyarakat di Kawasan tersebut supaya tidak memandang rendah dengan virus tersebut. Dengan berbuat demikian dia berharap agar kanak-kanak yang tinggal di Kawasan tersebut tidak dijangkiti virus berkenaan yang sedang menyerang puluhan ribu orang di seluruh dunia.
Usaha Murni dapat pujian warga net
Meskipun ditertawakan, usaha Mustaqim mendapat pujian warga net. Ramai yang memuji keprihatinan lelaki ini dan mendoakan yang terbaik atas usaha yang dibuat olehnya.
Ads
Apa yang dilakukan oleh Mustaqim ini memang wajar dapat pujian dan seharusnya orang ramai turut Bersama-sama berganding bahu dalam membendung penularan wabak virus yang merbahaya itu. Sekurang-kurangnya usaha yang dilakukan ini dapat membantu mengurangkan risiko penularan virus tersebut.
Adakah anak yang mempunyai alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka? Ini 12 tanda anak alergi makanan yang ibu bapa perlu tahu. Jom periksa si manja sekarang!
Memahami masalah alergi protein telur
Alahan telur atau alergi protein telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur.
Badan akan memberi tindak balas seumpama telur adalah bahan berbahaya.
Situasi ini akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini akan merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia.
Keadaan ini pada akhirnya akan mengembangkan tanda anak alergi makanan seperti alahan telur.
Faktor risiko wujudnya alergi protein telur
Jika anda atau pasangan mempunyai alahan ini, maka berkemungkinan besar si manja juga akan mengalami keadaan yang sama.
Terdapat beberapa faktor boleh meningkatkan risiko untuk mengembangkan alahan ini, seperti:
Dermatitis atopik
Kanak-kanak dengan kulit jenis ini adalah lebih berisiko dan cenderung untuk mengalami alahan makanan berbanding mereka yang tidak mempunyai masalah kulit.
Sejarah keluarga
Anda berisiko tinggi untuk mengalami alergi makanan jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa menghidap asma, alahan makanan atau jenis alahan lain seperti ekzema.
Usia
Keadaan alahan ini adalah 1 yang biasa dalam kalangan kanak-kanak. Seiring pertambahan usia, sistem pencernaan akan menjadi matang dan reaksi alahan semakin kurang berlaku.
Mengenali puncanya
Reaksi berlebihan sistem imun adalah punca kepada alergi makanan. Alahan telur berlaku kerana sistem pertahanan badan keliru dan menganggap protein telur sebagai berbahaya.
Jadi, jika anda atau anak bersentuhan dengan protein telur, sel sistem antibodi badan akan mengesan dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk melepaskan histamin dan bahan kimia lain. Ia sekali gus menyebabkan wujudnya tanda dan simptom alahan.
Sama ada putih atau kuning telur, kedua-duanya mengandungi protein yang boleh mengakibatkan alergi. Tetapi biasanya alahan kepada putih telur paling biasa untuk berlaku.
Bagi bayi yang menyusu juga cenderung mengalami alahan kepada protein telur ini jika ibu yang menyusu badan memakan telur.
12 tanda bayi alergi makanan
Tanda dan gejala alergi protein telur pada bayi dan kanak-kanak boleh jadi sama seperti penyakit konvensional. Simptom mungkin akan kelihatan selepas beberapa minit hingga sejam.
1.Kegatalan kulit
Wujud benjolan, tompokan atau ruam merah yang menyebabkan rasa gatal yang ringan hingga kronik. Komplikasi keadaan ini boleh menyebabkan ekzema.
2.Bengkak bibir
Anda mungkin akan menyedari bengkak pada bibir dan juga lidah si kecil.
3.Mata merah
Anak dengan alergi makanan mungkin akan mengalami mata yang merah disertai dengan rasa gatal, bengkak serta pengeluaran air mata secara berlebihan.
4.Hidung tersumbat
Adakalanya, alahan ini juga boleh menyebabkan hidung menjadi tersumbat. Selain itu akan wujud hingus, kemerahan dan kegatalan pada bahagian hidung.
5.Bengkak pada tekak
Keadaan ini mungkin sukar untuk dilihat, tetapi boleh dikenal pasti apabila anak menunjukkan rasa tidak selesa atau kesukaran untuk menelan.
6.Sakit perut
Anak yang mengalami alergi makanan mungkin akan berdepan dengan situasi kesakitan pada perut atau mengalami cirit-birit.
7.Muntah dan loya
Sesetengah kanak-kanak dan bayi akan kelihatan tidak selesa kerana rasa mual yang berterusan. Keadaan ini cenderung menyebabkan mereka muntah.
8.Sesak nafas
Jika si manja mengalami alahan makanan, mereka akan berdehit dan bernafas dengan cepat. Sekiranya berterusan, masalah asma mungkin boleh terjadi.
9.Denyutan jantung
Anak yang diserang alergi protein telur akan berdepan situasi denyutan jantung yang lemah, sekali gus menyebabkan rasa pening kepada mereka.
10.Kegelisahan
Anak anda mungkin akan diserang gangguan kegelisahan dan secara tiba-tiba mereka mungkin akan pengsan.
11.Demam
Alahan makanan yang dialami boleh menyebabkan si manja mengalami peningkatan suhu badan. Keadaan ini sering disertai dengan simptom lain yang dinyatakan di atas.
12.Anafilaksis
Dalam tindak balas alahan yang melampau, anak anda mungkin akan mengalami kejutan anafilaksis. Ia adalah 1 keadaan yang boleh mengancam nyawa.
Terdapat beberapa gejala yang mungkin berlaku:
Kesakitan kronik pada abdomen sehingga berlaku kekejangan otot
Pembengkakan otot tekak yang menyekat saluran udara dan menyukarkan pernafasan
Peningkatan kadar denyutan jantung dan nadi
Peningkatan nadi mendadak secara tiba-tiba diikuti dengan penurunan tekanan darah drastik. Ia boleh menyebabkan anak mengalami pening kerana kekurangan darah yang dipam ke otak dan boleh menyebabkan mereka tidak sedarkan diri
Anafilaksis boleh menyebabkan kematian dan memerlukan pemerhatian perubatan yang segera!
Pemeriksaan doktor
Anda harus memahami alahan telur adalah berbeza dengan kepekaan (sensitiviti) atau intoleransi.
Walaupun tindak balas yang berlaku hampir sama tetapi dalam hal berkaitan kepekaan makanan kesannya lebih perlahan dan lebih ringan.
Namun yang pasti, alergi atau kepekaan makanan berkait rapat dengan sistem imun. Manakala intoleransi makanan pula berhubung dengan sistem gastrousus.
Jika wujud keraguan atau kebimbangan tentang keadaan anak, sebaiknya lakukan pemeriksaan untuk menentukan keadaan tepat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses membesarkan anak bukan mudah kerana semua ibu bapa akan melalui proses ‘tiada pengalaman’ untuk menguruskan anak pertama. Kadang-kadang kita sendiri tak faham apa yang anak cuba lakukan, apa yang anak cuba katakan. Kadang-kadang segala daya telah dilakukan namun tantrum si kecil masih tak reda.
Namun masanya akan pantas berlalu apabila dia mula mencecah umur yang pandai uruskan diri. Tiada lagi tangisan anak kecil, tiada lagi yang datang nak bermanja, minta di dodoi, minta buatkan susu.. kerana…
TAK SELAMANYA ANAK ITU KECIL…
Anak-anak kecil yang banyak kerenah akan semakin besar dan menjadi dewasa.
Ibu bapa yang sudah dewasa akan menjadi bertambah tua dan lemah tenaga.
Masa anak-anak kita kecil dan banyak kerenah akan berlalu dengan cepat dan pasti.
Namun, masa ibu bapa bertambah tua dan lemah dan tidak berupaya tidak tahu sampai bila.
Oleh itu bersabarlah semasa anak-anak kecil kita masih belum bijak mengawal perlakuan dan berfikir.
Jika dia salah, betulkanlah dengan sabar dan menghormati perasaannya. Dia ada hormat diri, janganlah diruntuhkan dengan idea-idea bongkak yang datang dari ego yang bermaharajalela.
Suatu hari, anak yang dulunya kecil akan lebih besar daripada kita dan lebih bijak serta berupaya daripada kita. Kita akan berlapang dada bila anak-anak ini penuh dengan kasih sayang yang tebal kepada ibu bapanya. Mereka akan menyuap kita dan membersihkan lampin serta tempat tidur kita.
Ya, kita bukan buat baik supaya anak buat baik balik kepada kita. Namun, Allah mentadbir alam ini dengan hukum yang tidak memilih kasih. Diantaranya, hukum TANAM DAN TUAI. Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.
Kita tanam kasih, maka kasihlah yang kita tuai. Dan ia datang kembali kepada kita berlipat kali ganda tidak semestinya daripada anak-anak kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu-ibu pertama kali hamil pastinya tidak ada pengalaman menghadapi situasi kelahiran. Saat yang paling sakit yang perlu ditempuhi adalah sakit kontraksi. Ada yang perlu bertahan berbelas jam menunggu kelahiran. Jadi bagaimana untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi? Ikuti perkongsian doktor ini.
CONTRACTION PAIN!!
Waktu saya pregnant dulu. Benda yang paling saya takut adalah Episiotomy. Sebab dari sekolah duk dengar cerita pasal kene gunting apa semua. Then kena jahit.
Huii seram oi!
9bulan pregnant, itu yang paling saya gerun. Sampaikan tiba hari nak bersalin, rupanya.. episiotomy tu tak rasa apa pun! Yang teruk saya rasa adalah contraction pain. 😹👻.
Mak saya sampai sekarang gelakkan saya sebab saya punya response to contraction pain tu sangat dramatic. (Blame the indian blood in me 😜, pain threshold rendah ya ampun).
Lepas bersalin saya rasa macam nak marah sebab takde siapa tekankan pada saya tentang sakitnya dan seksanya contraction pain tu. Sebabkan pengalaman pertama tu mengajar saya. (Have to say i learnt the hard way).
Sampai waktu nak melahirkan anak kedua. Saya dah lebih bersedia untuk hadapi contraction pain tu. Saya dah tahu apa perlu buat untuk kawal diri dan kawal sakit.
Dan sekarang, saya bertugas di department OnG. Hampir semua patients saya, saya maklumkan siap-siap tentang sakit contraction tu. Supaya diaorang tak terkejut macam saya dulu.
Saya inform siap-siap apa yang mereka perlu anticipate dan apa yang mereka boleh buat untuk bantu kurangkan sikit rasa sakit tu.
So, pregnant mommies out there,
1) bersiaplah untuk proses bersalin tu. siapkan fizikal dan siapkan mental. Contraction pain SANGAT SAKIT! 2) waktu sakit, jangan panic. Cari tangan orang yang paling hampir. Pegang tangan dia dan tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan sambil tutup mulut.
InsyaAllaah. Boleh tu.
Suami/Ahli keluarga perlu jadi sangat membantu time isteri nak bersalin. Urut belakang dia, urut kaki dia. Coach breathing technique pada dia. Sebab time sakit tu kita panic kadang sampai tak boleh fikir macamana nak tarik nafas. Suami kena tolong coach.
Pegang tangan dia. Bagi isteri genggam tangan tu. Dia perlu tahu yang dia tak sorang-sorang dalam battle tu. 🙂 Bagi dia assurance yang sakit tu sekejap je lagi. Remind dia “Baby dah nak turun dah. Sikit je lagi, Sayang.”
Dia perlukan semangat macamtu. Dia perlu tahu yang sakit tu dah nak berakhir. InsyaAllah, jasa jasa orang waktu kita nak bersalin tu takkan dilupakan. Hatta orang tu tolong setakat urut jari kelingking pun dia akan ingat.
Sebab time sakit tu kita memang rasa helpless dan in need of support sangat. Semoga bermanfaat apa yang dikongsikan ni. Sampai sini dulu coretan Nisa Ali.
Next boleh cerita pasal cara nak elak luka besar pulak. Ehehe. InsyaAllah.
Credit : Anisah Ali
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Talasemia ketika hamil boleh meningkatkan risiko anemia dan komplikasi kepada ibu serta bayi. Ketahui 4 risiko penting dan langkah penjagaan yang perlu diambil sepanjang kehamilan.