Battle 2 Beradik, Atu Dan Sharif Zero Ajak Anak-Anak Game. Gamat Dalam Pa&Ma Playdate!

Share

Pa&Ma Playdate merupakan program realiti TV berbentuk ‘infotainment’ yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak serta penjagaan kesihatan.

Untuk episod ketiga yang telah bersiaran pada 01 April 2023 yang lalu telah memaparkan keluarga Atu Zero meluangkan masa bersama Sharif Zero serta isteri dan anak mereka. Gamat sungguh dua beradik ni, biarpun hanya meluangkan masa di rumah Atu tetapi mereka tetap seronok melakukan aktiviti bersama-sama.

Atu dan Sharif sempat bermain game yang memerlukan anak-anak mereka untuk meneka nama permainan yang ada. Antaranya seperti ceper, gasing dan banyak lagi.

Selain itu, mereka juga berlawan permainan karom. Seronok sungguh dengan sorakan isteri masing-masing. Atu berkongsi tentang aktiviti yang dibuat bersama anak-anak, dia tidak membenarkan penggunaan gajet kecuali Sabtu dan Ahad. Setiap hari Atu akan luangkan masa untuk bermain dengan anak-anaknya.

Juga berborak tentang topik Old vs New bersama Sharif, kedua-dua mereka bersetuju untuk memperkenalkan permainan lama kepada anak-anak supaya mereka cakna dan ibu ayah juga perlu tahu tentang game baru yang diminati generasi sekarang.

Menurut Atu, dia lebih tegas berbanding isterinya terutamanya tentang gajet. Namun menurut isterinya, anak-anak sanggup menunggu Atu pulang dari kerja setiap hari biarpun lewat hanya semata-mata untuk bermain dan ketawa bersama.

Kali ini, keunikan Mitsubishi XPANDER sebagai kereta keluarga diketengahkan dengan penggunaan stereng yang mudah laras sesuai mengikut keselesaan pemandu. Selain itu, display yang ada membantu pemandu untuk memarkir kenderaan dengan lebih mudah. Terbaik!

Siapakah selebriti untuk episod akan datang? Jangan lupa untuk saksikan program Pa&Ma Playate, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA.

Jom, tonton bersama-sama Pa&Ma Playdate!

IKLAN