Anak selesema akan disusuli dengan sakit tekak dan batuk-batuk dengan kerap. Sebenarnya tak perlukan ubat pun nak pulihkan sakit tekak anak. Sebagai salah satu usaha adalah dengan perkongsian doktor kita ini. Cuba dulu dan lihat hasilnya.

Dr Ezairy M Sallih, doktor telinga, hidung dan tekak (ENT) kongsikan cara semulajadi redakan sakit tekak anak. Mama papa pun boleh amalkan cara ni. Berkesan!

Batuk Tak Henti-Henti, Berkahak Dan Sakit Tekak, Doktor Sarankan Anak Kumur Air Garam

BAGAIMANA AIR SUAM DAN AIR GARAM MAMPU REDAKAN SAKIT TEKAK?

Ramai ibu bapa masih belum tahu bahawa apabila anak kita kerap mengalami masalah sakit tekak dan batuk-batuk, kita boleh beri mereka kumur dengan air garam. Walaupun mereka tertelan sedikit, tiada masalah yang kita perlu risau.

Ambil air suam campur dengan setengah sudu garam. Ramai pesakit saya dah cuba, berhasil. Boleh lakukan di rumah sahaja.

Batuk Tak Henti-Henti, Berkahak Dan Sakit Tekak, Doktor Sarankan Anak Kumur Air Garam

Ads

Kalau di hospital, kami akan beri gargle, throat spray atau lozenges. Semua ini dapat membantu meredakan sakit. Untuk rawatan spesifik, perlu kepada pemeriksaan. Jumpalah doktor anda. Kami akan bantu.

Saya beri contoh langkah paling mudah. Anda boleh lakukan di rumah sahaja. Jadikan amalan harian juga lebih baik. Bukan sahaja mampu menjaga kebersihan di dalam mulut tetapi dapat mencegah masalah lebih serius berlaku.

Persoalannya, benarkah hanya berkumur dengan air suam dan air garam mampu untuk meredakan masalah sakit tekak?

Untuk pengetahuan anda semua, sel-sel badan kita memerlukan suhu yang normal serta optimum untuk berfungsi dengan sempurna.

Ads

Oleh kerana tekak dan bahagian kerongkong kita mudah terdedah kepada persekitaran luar melalui rongga mulut, biasanya terdapat penurunan suhu yang berlaku. Keadaan ini akan mengakibatkan metabolisme yang rendah dan dengan itu akan menurunkan lagi imuniti dalam kerongkong.

Batuk Tak Henti-Henti, Berkahak Dan Sakit Tekak, Doktor Sarankan Anak Kumur Air Garam

Apabila kita melakukan kumuran air suam dan hangat, tekak kita akan mengalami kenaikan suhu kepada tahap yang optimum yang kemudiannya akan memberi kelegaan kepada tekak. Oleh itu, pengambilan air suam juga sudah tentunya membantu untuk mencegah jangkitan tekak yang lebih serius.

Ads

Air suam dan hangat juga akan menyebabkan pengembangan pada salur darah, suatu proses fisiologi yang meningkatkan bekalan darah ke bahagian tekak. Dengan itu, ia akan meningkatkan bekalan oksigen, nutrien dan menyingkirkan metabolit-metabolit yang menyebabkan tindak balas sakit kepada pesakit.

Batuk Tak Henti-Henti, Berkahak Dan Sakit Tekak, Doktor Sarankan Anak Kumur Air Garam

Kesan ini berlaku untuk jangka masa pendek terutama jika tekak dipenuhi dengan lendir. Ini adalah sebab yang tepat mengapa air hangat dengan garam lebih baik untuk melakukan kumuran atau gargling.

Garam boleh membantu menghilangkan lendir dari tekak dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan air suam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Kredit: Dr Ezairy M Sallih

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI