Jika anda ke panggung wayang pasti anda dapat melihat beberapa pasangan yang membawa bayi ke panggung wayang. Membawa bayi ke tempat tersebut seolah-olah menjadi trend tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada bayi mereka.
Menerusi laman facebook Baby Language mendedahkan risiko jika membawa bayi yang berusia bawah 2 tahun ke panggung wayang.
Trend ibubapa bawa bayi ke panggung wayang: Anda sedar atau tidak, ia merbahaya? Screenshot pertama ialah balasan mesej dari GSC cinema Malaysia kepada saya sendiri. Dua screenshot terakhir adalah pengakuan pekerja panggung wayang luar negara.
**media[76090,76091,76092]**
Ads
Keduanya mengesahkan hal yang sama: panggung wayang BUKAN tempat buat anak di bawah 2 tahun.
Faktanya, pendedahan lama (anggaran lebih 2- 8 jam) kepada bunyi melebihi 85db-90db sangat berisiko buat pendengaran ORANG DEWASA apatah lagi buat anak kecil. (sumber: hearinglosthelp.com).
Ads
Untuk rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik ialah 110db. Bunyi wayang? Owhh…sangatlah banyak tingginya dari itu.
Ok pasti ada yang akan berkata, 'Saya biasa je bawa baby gi wayang.Ok je tak de apa' Soalannya, menonton wayang ini aktiviti 'dambaan' siapa? Ibubapa bayi atau bayi?
Tiada manfaat khusus aktiviti menonton wayang kepada anak kecil di bawah 2 tahun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka. Taman permainan, taman rekreasi, 'outdoor nature theme park', pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberi anak peluang mengunakan keseluruhan derianya untuk 'berada' di dalam situasi itu, YA ini aktiviti yang berhak mereka dapatkan.
Ads
Duduk menonton wayang? Ini untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.
Jika anda benar-benar perlukan 'me time' untuk menonton wayang, tinggalkanlah anak kecil anda sementara waktu kepada penjaga yang di percayai. Ini lebih baik dan selesa bukan saja buat anda, tetapi kepada orang lain juga.
Suka bawa si kecil berkelah di pantai atau mandi kolam tapi kenapa gayanya macam fobia air? Ada ke cara untuk mengatasi ketakutan tersebut?
Wujudnya masalah fobia air
Anak anda suka dengan masa mandi dan gemar bermain air. Tetapi setibanya di pantai, mereka langsung tidak mahu mencelup kaki ke dalam air laut.
Ketika si manja masih kecil, amat mudah membawa mereka ke pantai atau mandi kolam. Tetapi apabila meningkat usia, mereka seperti seolah-olah takut dengan air.
Jika anda berdepan dengan senario di atas, percayalah anda tidak keseorangan. Bahkan terdapat ramai ibu bapa lain turut mengalami situasi yang sama.
Tetapi kenapa ya?
Ia sesuatu keadaan yang biasa untuk wujud rasa takut atau fobia air dalam kalangan kanak-kanak.
Sudah tentu, keadaan ini mengakibatkan ada ibu bapa berasa kecewa dan runsing memikirkan cara untuk mengatasi ketakutan itu.
Punca fobia air
Ketidakmatangan perkembangan pada kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya ketakutan dengan air pada si manja.
Berbeza dengan bayi, mereka masih tidak mempunyai kesedaran atau kewaspadaan terhadap air sebagai sesuatu yang menakutkan.
Malahan mereka akan berasa gembira dengan percikan air ketika dalam tab mandi, tasik, lautan atau kolam renang.
Tetapi saat anak anda semakin membesar, ia perkara yang normal jika mereka mula berasa takut dengan air.
Tahap perkembangan untuk kanak-kanak dalam usia tadika untuk mengalami fobia air adalah biasa. Ini sebabnya:
Sesetengah kanak-kanak mungkin akan dapat melawan ketakutan yang dialami dengan mudah berbanding mereka yang lain.
Namun sekiranya anak anda mempunyai pengalaman yang menakutkan dengan air, ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk mengatasi ketakutan dan fobia berkaitan air tersebut.
Cara mengatasi ketakutan dan fobia air
Perkara paling penting yang perlu ada pada ibu bapa adalah untuk sentiasa bersabar kerana rasa takut terhadap air itu normal.
Mungkin anda tidak tahu apakah perkara yang menjadi pencetus ketakutan dalam diri anak anda.
Ia berkemungkinan wujud apabila melihat anak patung kesayangannya tenggelam ke dasar kolam atau apabila melihat individu lain terjun ke dalam kolam.
Berikut 5 perkara yang boleh anda cuba dan perlu diingat sewaktu membantu mengatasi ketakutan si manja terhadap air:
Jangan memaksa
Pastikan anak tahu bahawa ia sesuatu yang normal untuk berasa takut. Biarkan anak membiasakan diri dengan air laut atau kolam secara beransur-ansur. Usah memaksa.
Sesetengah anak memerlukan masa untuk berasa yakin dan selesa.
Jika si kecil mengikuti kelas berenang, pastikan jurulatih memahami keadaan mereka dan tidak memaksanya untuk mengikuti sesi pembelajaran sehingga dia benar-benar bersedia.
Peralatan lengkap dan menyeronokkan
Berikan si manja goggle dan pelampung dengan warna kegemarannya serta pakaian jaket keselamatan.
Sesetengah kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan selesa apabila diberikan peralatan yang lengkap. Ini boleh membantu mengatasi ketakutan terhadap air.
Walaupun anda memberikan si manja dengan pakaian keselamatan, tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu memantau anak-anak, okay?
Menguji air
Jika waktu mandi biasa, langkah mencuci dan mengeringkan badan dilakukan dengan segera, apa kata ketika mandi laut atau kolam, berikan masa berendam yang lebih lama.
Ini boleh membantu mereka untuk berasa lebih selesa dan mempraktikkan apa yang gemar dilakukannya di dalam tab mandi seperti merendam wajah ke dalam air.
Jangan kedekut untuk memberikan pujian setiap kali mereka melakukan sesuatu dengan yakin.
Sertai mereka
Anak anda mungkin akan lebih berasa yakin dan mampu mengurangkan fobia air apabila anda turut menyertainya mandi di laut atau kolam.
Anak mungkin takut untuk mandi secara sendirian, tetapi ia sekurang-kurangnya membuatkan mereka sedar bahawa penting untuk dia berasa selamat di dalam air walau di mana pun dia berada.
Berbincang
Ia sesuatu yang baik jika anda boleh memahami punca yang menyebabkan wujudnya ketakutan terhadap air.
Ini kerana, jika anda mengetahui apa yang sedang mereka lalui, mungkin lebih mudah untuk anda membantu mengatasi ketakutan tersebut dan membuatkan anak berasa lebih selesa bermain dengan air.
Perlahan-lahan…
Sebagai ibu bapa, anda perlu menghormati bahawa ketakutan yang dialami si manja bukan sesuatu yang dibuat-buat dan elakkan daripada memaksa mereka untuk melupakan rasa takut itu.
Dengan sabar, perlahan-lahan, dedahkan anak dengan air. Walaupun hasilnya mungkin kecil, tetapi lama-kelamaan, dia pasti akan berjaya mengatasi ketakutan itu.
Paling penting, jangan merendah-rendahkan atau mengejek rasa takut yang dialami mereka, okay?
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Melihat perkongsian pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha di Instagramnya mengenai kedua anaknya, terasa seakan tidak puas. Mana tidaknya, aksi kedua-dua beradik ini sememangnya comel malah keletah kedua-duanya, baik Yusof mahupun Alisa sering menghiburkan.
Terbaru menerusi Instastory, Hanis turut berkongsi gelagat anak sulungnya, Yusof Iskandar ketika menjalani sesi pembelajaran atas talian di rumah (PdPR) yang begitu tekun belajar malah adakalanya cukup mencuit hati.
Kata Hanis melalui beberapa perkongsiannya, biarpun terpaksa belajar di rumah namun katanya dia dapat melihat secara dekat bagaimana gelagat Yusof ketika belajar. Dan apabila Yusof memasuki sesi pembelajaran sebenar di sekolah kelak, dia sudah tahu bagaimana pembelajaran anak kecilnya itu.
“Nanti dah masuk school, Mommy dah tak dapat tengok dah Yusof belajar macam mana.
” Belajar elok-elok ya sayang,” kongsi Hanis lagi.
Bukan hanya tekun, bahkan Yusof juga kusyuk mendengar arahan dan agak teliti ketika melakukan tugasan yang diberikan oleh guru kelasnya.
Aksi Yusof yang memadam tulisan yang salah dilihat begitu teliti dan bersungguh.
“Alaa padam yang tak kemas. Cair hatiku,” seloroh Hanis lagi.
Gelagat comel persis daddy
Pun begitu, gelagat Yusof ketika membuat pelbagai aktiviti kelas malah gayanya yang teruja selepas latihan yang diberikan oleh guru kelasnya itu membuatkan seluruh pengikut Hanis terhibur.
Kata Hanis anak sulungnya itu juga memintanya untuk berada dekat dengannya ketika aktiviti dilakukan. Sempatlah Hanis merakam segala gelagat Yusof dalam pelbagai aksi.
” Dia suruh kita duduk dekat sikit, nak tunjuk dia punya step lah tu,” kongsinya lagi.
Namun paling comel, kapsyen Hanis pada gelagat Yusof yang berbangga selepas tugasannya diselesaikan dengan pantas saling tak tumpah seperti gelagat bapanya, Hairul Azreen.
Sesi pembelajaran Yusuf di rumah sebelum ini mencuri tumpuan apabila berpeluang belajar di sebuah bilik yang cukup besar dan selesa bahkan wargamaya menyifatkannya seperti sebuah perpustakaan. Ruang yang cukup selesa, cantik dan dipersempahkan dengan gaya interior yang cukup menarik.
Terdahulu, Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 dan kini mereka mempunyai dua orang cahaya mata, Yusof Iskandar dan Alisa Aishah yang sentiasa membuat pengikut Hanis di instagram terhibur.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @haniszalikha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari sebelum kejadian anak bongsu terjatuh melalui tingkap dari tingkat tiga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Kuala Lumpur, bapa kepada bayi perempuan berumur 11 bulan ada bermimpi orang ramai mengunjungi rumahnya dalam keadaan menangis.
Tertanya-tanya di sebalik mimpi itu
Menurut ibu mangsa, Norasikin Juliar, 37, suaminya bagaimanapun tidak mengetahui punca kunjungan tersebut namun tidak menyangka itu mungkin petanda kehilangan anak mereka.
Katanya, suami, Khairul Faizal Abd Rahim, 37 amat terkesan dengan kehilangan anak bongsu mereka, Nur Aira Batrisya dan masih belum mampu menerima kenyataan tersebut.
“Suami ralat kerana ketika kejadian, dia sedang tidur akibat penat bekerja dan menyalahkan dirinya tidak bermain dengan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui media di rumahnya pada Ahad.
Pada 3 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan seorang bayi perempuan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di PPR Sri Aman.
Beliau berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 6 petang dan mangsa ketika itu sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bersebelahan dengan tingkap dalam bilik rumah itu.
Suami masih lagi bersedih
Mengulas lanjut ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, suaminya belum bersedia untuk berjumpa orang ramai dan hanya pulang pada waktu malam setelah semua orang tidur.
“Kekuatan saya dan dia tidak sama kerana saya pernah melalui pengalaman kehilangan ibu dan nenek.
“Saya juga bersyukur mendapat sokongan daripada adik-adik dan jiran, berbeza dengan suami yang lebih suka berdiam diri.
“Saya berhasrat menghantar suami ke sesi kaunseling untuk memulihkan semangatnya,” katanya.
“Janganlah hukum anak-anak saya”
Norasikin juga merayu masyarakat tidak menghukum anak-anaknya atas kejadian yang menimpa adik bongsu mereka.
“Anak-anak saya sudah cukup terseksa dengan kematian Aira, namun masih ada masyarakat yang menganggap mereka cuai,” ujarnya.
Menurut Norasikin, dia tidak menyalahkan anak-anaknya yang lain kerana kejadian itu adalah ketentuan ALLAH SWT dan mereka sekeluarga hanya memperbanyakkan doa.
“Aira dah seronok berjumpa keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tidak mahu anak-anak rasa bersalah dengan perkara ini,” katanya.
Dalam perkembangan sama, dia turut menerima kunjungan daripada Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau Hoe Chai yang menyerahkan sumbangan barangan asas dan bantuan jeriji tingkap.
Dominic meluahkan rasa kecewa selepas mendapat tahu perumahan berkenaan tidak dilengkapi dengan jeriji tingkap.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...