Pengacara, Dayah Bakar berkongsi pengalaman pertama kali menaiki Electric Train Service (ETS) berdua bersama anak kecilnya, Fahri.
Menurut Dayah, idea ini datang secara tiba-tiba kerana memikirkan jalan raya yang sesak sempena hari perayaan.
Pengalaman pertama Dayah dan Fahri ke Gemas menggunakan ETS .
Baca artikel menarik:
Bilal Dapat Duit Raya Lebih RM14,000. Neelofa Anggap Rezeki “Tak Meminta, Ada Rezeki Alhamdulillah”
“Lawanya Vie Zaara” Kecantikan Anak Sulung Dato’ Sri Eizlan Yusof Curi Tumpuan
“Idea ni tiba-tiba muncul bila fikir traffic jamm di Hari Raya”
“Sejujurnya, saya tak nak expect apa-apa, saya just nak enjoy the journey with Fahri, and we really did .”
“It was so random, beli tiket 4 jam sebelum , well , that’s the best part of it ! Perjalanan dalam 2jam 30 minit, timing punctual , tempat duduk selesa , staff pun menyenangkan . Kos pula for us both RM 51.50 .”
Tambahnya lagi, untuk mengelakkan anak kecil terasa bosan dia sudah menyiapkan beberapa kelengkapan seperti buku, mainan dan makanan untuk Fahri.
“Rezeki saya , dapat duduk sebelah kakak yang baik, siap bagi duit raya dekat Fahri. Tq Kak Ida ! ( yg juga staff @ktmbofficial )”
“Saya dah siapkan toys, buku sticker , foods for Fahri tapi 10 minit naik train , terus lelap 😂 Good job berbi !”
“So, adakah Dayah and Fahri akan repeat naik ETS? Yes yes yes !”
View this post on Instagram
Rata-rata warga maya berkongsi pengalaman masing-masing menggunakan ETS.
ETS memang sangat selesa, masa study dulu saya kerap naik dari Tampin-Sg Petani, lagi lagi bila cuti raya✨
Kredit: Dayah Bakar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI