Ads

Bayi 2 Bulan Dilarikan Monyet, Ditemui Maut Dalam Tong Air

Gambar Hiasan AI

Hati mana yang tidak luluh apabila anak kecil yang baru berusia dua bulan pergi dengan cara begitu tragis. Kejadian mengejutkan ini berlaku di sebuah perkampungan Suraipur, Uttar Pradesh, India apabila seekor monyet liar bertindak menceroboh rumah dan melarikan bayi sebelum ditemui maut di dalam tong air di atas bumbung.

Detik Cemas Saat Ibu Mandi

Menurut laporan Sinar Harian, bayi yang baru pulih selepas menerima rawatan di pusat trauma di Lucknow diletakkan di pekarangan rumah untuk berehat. Ketika itu, ibunya sedang mandi tanpa menyedari bahaya yang mendekati.

Bayi 2 Bulan Dilarikan Monyet, Ditemui Maut Dalam Tong Air

Ads

Dalam sekelip mata, sekumpulan monyet liar menceroboh masuk dan melarikan bayi berusia dua bulan itu. Insiden tersebut disedari jiran yang kemudian memaklumkan kepada keluarga mangsa. Pencarian penuh panik berakhir dengan tragedi apabila si kecil ditemui tidak bernyawa, dipercayai mati lemas selepas dicampakkan ke dalam tong air di atas bumbung rumah.

Pemergian Yang Meruntun Jiwa

Bayi malang itu dikebumikan segera pada hari kejadian tanpa laporan awal kepada pihak berkuasa. Namun, berita pemergiannya tersebar keesokan hari, sekali gus membawa kepada siasatan polis serta prosedur post mortem. Hasil penemuan awal menyokong dakwaan keluarga bahawa bayi tersebut benar-benar menjadi mangsa serangan monyet liar, malah insiden sama dilaporkan pernah berlaku di kawasan lain sekitar Uttar Pradesh.

Ads

Peringatan Buat Semua Ibu Ayah

Peristiwa menyayat hati ini menjadi peringatan besar kepada semua ibu bapa. Walau berada di rumah sendiri, keselamatan bayi tetap perlu diberi perhatian penuh kerana bahaya boleh datang tanpa dijangka.

Ads

Antara langkah pencegahan yang boleh dipraktikkan:

  • Pastikan pintu dan tingkap berkunci terutama bagi rumah berdekatan hutan atau kawasan yang menjadi habitat haiwan liar.

  • Gunakan jeriji atau jaring keselamatan pada tingkap dan ruang terbuka rumah.

  • Awasi anak kecil setiap masa, walaupun hanya ditinggalkan sebentar.

  • Peka dengan persekitaran – jika kawasan kerap diganggu haiwan, elakkan meletakkan bayi di luar rumah tanpa pengawasan.

Buat semua ibu bapa, walaupun kejadian ini tidak berlaku di negara kita, namun ia masih boleh dijadikan kisah ini sebagai iktibar. Bahawa keselamatan bayi perlu menjadi keutamaan setiap masa.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Bayi Ditinggalkan di Masjid, Wajah Comel Raih Perhatian Ramai!

Kisah bayi ditinggalkan di masjid Aceh pada hari raya menyentuh hati ramai apabila ditemui tanpa identiti dan kelengkapan asas.