Seorang bayi yang berusia 2 bulan maut akibat tercekik pisang yang disuap oleh ibunya di Jakarta, Indonesia. Menurut ibunya Yuni (27 tahun), dia tidak tahu bahawa bayi berusia 2 bulan tidak boleh diberikan makanan pepejal. 

Bayi 2 Bulan Meninggal Akibat Tercekik Pisang Yang Disuap Oleh Ibunya

Dia menyuap dua anak kembarnya dengan dua sudu pisang setiap seorang. Pada keesokan harinya, dia mendapati salah seorang anak kembarnya tidak sedarkan diri dan segera membawa bayinya ke klinik berhampiran di Jakarta.

Pihak klinik yang menerima kes tersebut terus menghubungi pihak polis untuk melaporkan kematian mangsa dan polis menahan si ibu bagi tujuan soal siasat.

IKLAN

Menurut polis, pihaknya tidak menemui sebarang kesan penderaan pada mayat mangsa dan hasil bedah siasat mereka menemui potongan buah pisang di kerongkong bayi tersebut.

Bayi 2 Bulan Meninggal Akibat Tercekik Pisang Yang Disuap Oleh Ibunya

Jurucakap polis, Erick Sitepu berkata kejadian tersebut berlaku pada pukul 8 malam di mana si ibu memberikan anak kembarnya makan buah pisang menggunakan sudu bayi sebelum menidurkna mereka.

IKLAN

Yuni memaklumkan kepada pihak polis bahawa dia tidak tahu bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh diberikan makanan pepejal kerana sistem penghadaman mereka masih belum berkembang sepenuhnya.

Menurut si ibu “Anak kembar yang seorang lagi selamat, tetapi kembar yang pertama telah meninggal dunia. Mungkin sudah ditakdirkan begitu?”

IKLAN

“Saya hanya memberikan mereka dua sudu pisang yang dipotong kecil dan bukanya saya paksa mereka makan sebiji pisang” tambahnya lagi.

Polis kini sedang melakukan siasatan lanjut sama ada kejadian tersebut memang disengajakan ataupun tidak disengajakan.

Sumber:  KidSpot, WOB

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI