Ads

Bayi 30 Bulan Alami Pendarahan Hidung, Lintah Ditemui Dalam Rongga Hidung

Kadangkala, apa yang kita anggap sebagai perkara biasa ketika anak bermain di alam semula jadi, sebenarnya boleh membawa risiko yang tidak disangka.

Pada 31 Disember lalu, Hospital Obstetrik dan Pediatrik Wilayah Quang Ngai, Vietnam mendedahkan satu kes yang mengejutkan apabila doktor berjaya mengeluarkan seekor lintah hidup sepanjang kira-kira 3 sentimeter dari hidung seorang bayi lelaki berusia 30 bulan melalui prosedur endoskopik.

Walaupun jauh dari negara kita, kes macam ni memang relevan untuk jadi peringatan buat ibu ayah, lantaran persekitaran sawah, sungai dan air semula jadi tu sebenarnya tak jauh bezanya dengan apa yang ada di sekeliling kita.

Bayi 30 Bulan Alami Pendarahan Hidung, Lintah Ditemui Dalam Rongga Hidung

Sebelum itu, pada 30 Disember, bayi berkenaan  dikenali sebagai N.Đ.D dari komune Dang Thuy Tram  dimasukkan ke hospital selepas mengalami hidung berair berterusan serta pendarahan hidung yang berulang. Keadaan tersebut berlarutan dan semakin membimbangkan ibu bapanya.

Ads

Menurut ahli keluarga, kira-kira seminggu sebelum kejadian, bayi tersebut pernah mengikut ibu bapanya ke kawasan sawah dan turut berenang di sungai. Selepas itu, beberapa tanda luar biasa mula muncul  bayi kerap menggosok hidung, mengalami kesukaran bernafas ketika tidur, dan hidungnya kerap berdarah. Simptom menjadi lebih ketara setiap kali selepas mandi.

Hasil pemeriksaan klinikal bersama endoskopi hidung menemukan punca sebenar: seekor lintah hidup sedang menjadi parasit di dalam rongga hidung bayi tersebut. Doktor kemudiannya melakukan intervensi endoskopik dan berjaya mengeluarkan lintah berkenaan. Selepas prosedur itu, keadaan bayi kembali stabil dan pendarahan hidung berhenti sepenuhnya.

Bayi 30 Bulan Alami Pendarahan Hidung, Lintah Ditemui Dalam Rongga Hidung

Ads

Perkara Ini Perlu Jadi Pengajaran Buat Ibu Bapa

Menurut Dr. Tran Thi Kim Tuyen, pakar dalam bidang Pembedahan Pergigian dan Maksilofasial merangkap Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, ibu bapa perlu lebih berhati-hati dengan aktiviti anak-anak, khususnya melibatkan sumber air semula jadi.

Antara langkah pencegahan yang disarankan:
• Elakkan kanak-kanak mandi atau bermain di sungai, kolam dan tasik, terutamanya di kawasan pergunungan atau luar bandar.
• Jangan benarkan anak minum air sungai secara terus. Air perlu direbus dan disejukkan terlebih dahulu.
• Pantau simptom yang kelihatan remeh tetapi berpanjangan seperti pendarahan hidung berulang, hidung tersumbat sebelah, lelehan hidung berbau busuk, atau kesukaran bernafas tanpa sebab yang jelas.

Ads

Sekiranya tanda-tanda ini muncul, ibu bapa disarankan segera membawa anak ke kemudahan perubatan yang mempunyai kepakaran Telinga, Hidung dan Tekak untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan tepat pada masanya.

Kesedaran Awal, Nyawa Anak Taruhannya

Walaupun kejadian ini tidak berlaku di negara kita, ia wajar dijadikan peringatan buat semua ibu bapa. Alam semula jadi memang indah untuk diterokai, tetapi bagi kanak-kanak kecil, sistem pertahanan badan mereka masih lemah dan mudah terdedah kepada risiko yang tidak kelihatan dengan mata kasar.

Kadang-kadang, bahaya bukan datang dalam bentuk yang kita jangka  dan tugas kita sebagai ibu bapa bukan sekadar membenarkan anak bermain, tetapi memastikan mereka bermain dengan selamat.

Sumber: Vietnam news

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Tragedi Penuntut UniSZA: Luahan Anak Tadika Meruntun Jiwa

Kemalangan maut guru tadika meragut nyawa Syakirah Hanan Mazli, meninggalkan kesan mendalam apabila luahan “Hana sayang teacher” menyentuh hati ramai.