
Bila bayi mencecah usia 6 bulan, ibu pasti teruja inilah masanya untuk memperkenalkan makanan pejal pertama kepada si comel. Tapi, pada masa yang sama, pasti ada juga rasa risau: “Boleh ke dia telan?” “Apa yang sesuai diberi?” “Kena letak garam ke?”
Tenang ibu, Majalah Pa&Ma kongsikan panduan lengkap untuk membantu anda mulakan fasa penting ini dengan penuh yakin dan penuh kasih sayang.
Menurut pakar pediatrik dan saranan WHO, bayi bersedia untuk makanan pejal apabila:
✅ Mereka sudah boleh duduk dengan sokongan.
✅ Mula menunjukkan minat terhadap makanan.
✅ Refleks menjelir lidah berkurangan.
Sistem penghadaman bayi juga mula matang pada usia ini, dan mereka memerlukan lebih nutrien terutamanya zat besi yang tidak lagi mencukupi hanya melalui susu ibu atau susu formula.
👶 Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa – Ini penting untuk kesan sebarang alahan. Cuba satu jenis makanan selama 3 hari sebelum tukar.
🥄 Tekstur makanan perlulah halus & lembut – Pada peringkat awal, makanan perlu dilenyek atau dikisar. Selepas beberapa minggu, boleh perkenalkan tekstur kasar sedikit.
❌ Elakkan garam, gula & perasa tambahan – Biarkan bayi kenali rasa asli makanan.
💧 Sediakan air masak dalam jumlah kecil – Air bukan untuk menggantikan susu, tapi membantu penghadaman dan membiasakan bayi dengan rasa air.
| Waktu | Jenis Makanan |
|---|---|
| Pagi | Susu ibu/susu formula |
| Tengah Hari | 1-2 sudu puri (contoh: puri lobak merah) |
| Petang | Susu ibu/susu formula |
| Malam | Susu ibu/susu formula |
Nota: Usah risau jika bayi makan sikit pada awalnya, ini normal. Fokus utama masih susu sebagai sumber nutrisi utama.
Bahan:
1 batang lobak merah (bersaiz sederhana)
Air secukupnya
Cara penyediaan:
Kupas dan potong lobak merah kecil-kecil.
Kukus hingga empuk (sekitar 10-15 minit).
Kisar bersama sedikit air hingga halus.
Tapis jika perlu, dan sejukkan sebelum suap.
Bahan:
½ biji pisang masak
Cara penyediaan:
Lenyekkan pisang menggunakan garpu hingga lumat.
Siap dihidang! (Tak perlu masak kerana pisang lembut & mudah hadam)
Bahan:
1 sudu besar beras
2 ketul kecil labu manis
Air secukupnya
Cara penyediaan:
Masak beras dan labu bersama air hingga menjadi bubur.
Kisar atau lenyek hingga tekstur sesuai.
Hidangkan bila suam.
💡 Gunakan bekas silikon untuk simpan puri lebih awal. Mudah untuk defrost dan cepat suap bila bayi lapar.
💡 Elakkan campuran makanan sejuk beku dan segar dalam satu hidangan.
💡 Pastikan semua peralatan bersih dan steril, terutama sudu dan mangkuk bayi.
Rujukan: KKM, WHO & pakar nutrisi kanak-kanak