Seorang bayi yang berusia lapan bulan di Bengaluru, India, meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas mengunyah wayar pengecas mudah alih.
Gulf News melaporkan, insiden itu berlaku di kampung Siddarada, Karwar taluk di daerah Uttara Kannada di Karnataka pada Rabu.
Mendiang Sanidhya Kalgutkar adalah anak perempuan Santhosh Kalgutkar dan Sanjana Kalgutkar.
Menurut polis, pengecas mudah alih dibiarkan dalam keadaan disambungkan ke soket dengan suis itu tidak dimatikan.
Bayi yang memegang wayar pengecas mula mengunyah pin wayar pengecas mudah alih dan terkena renjatan elektrik.
Ads
Ahli keluarga yang menyedari insiden itu dengan segera membawa Sanidhya ke hospital daerah.
Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.
Bapanya, Santhosh Kalgutak yang bekerja sebagai pekerja kontrak dengan Syarikat Bekalan Elektrik Hubballi (Hescom) rebah di tempat kerja selepas mengetahui kejadian itu.
Dia dimasukkan ke hospital, manakala mayat bayi perempuan itu dipindahkan ke bilik mayat.
Ads
Difahamkan, Sanidhya adalah anak ketiga pasangan itu.
Susulan kematiannya, polis mendaftarkan satu kes dan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan selebriti dan usahawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, menegur anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, dengan cara yang cukup lembut dan berhemah. Walaupun tegurannya ringkas, namun ia meninggalkan kesan mendalam kepada ramai yang menontonnya, contoh terbaik amalan gentle parenting dalam mendidik anak.
Dalam video yang dimuat naik semula di TikTok, Fazura dan Fatima dilihat sedang menikmati kek pelangi yang disediakan oleh personaliti masakan terkenal, Cef Zam dan pasukannya. Ketika itu, Fazura menegur anak kecilnya dengan lembut agar mengucapkan terima kasih dengan lebih sopan kepada Cef Zam atas hidangan yang diberikan.
“Are you happy? Say thank you properly.”
(“Kamu gembira? Ucap terima kasih dengan betul.”)
Nada suaranya lembut tetapi tegas, menunjukkan cara seorang ibu mendidik dengan kasih sayang tanpa perlu meninggikan suara. Malah, Fazura turut menyebut dengan tenang:
“Fatima, listen to me. Say thank you properly. Tengok dekat kamera tu.”
Fatima yang mendengar arahan ibunya dengan baik terus mengikut dengan penuh tertib tanda bahawa teguran lembut itu berkesan dan dihormati.
Video berkenaan segera mendapat perhatian ramai. Ruangan komen dibanjiri pujian terhadap cara Fazura mendidik anaknya dengan penuh kelembutan dan rasa hormat. Ramai yang kagum melihat bagaimana Fazura menegur tanpa marah, tetapi mesejnya tetap sampai dan difahami oleh anak.
Antara komen yang mencuri perhatian, “Inilah contoh ibu yang mendidik dengan kasih. Tegur lembut tapi anak tetap hormat.”
Kaedah ini dikenali sebagai gentle parenting iaitu pendekatan keibubapaan yang menekankan komunikasi positif, empati dan kasih sayang dalam mendidik anak. Ia membantu anak belajar menghormati orang lain dan memahami nilai kebaikan dengan hati yang terbuka.
Gentle parenting bukan bermaksud ibu bapa perlu memanjakan anak, sebaliknya mendidik mereka dengan kesabaran dan empati. Pakar psikologi kanak-kanak menjelaskan bahawa anak yang dibesarkan dalam suasana penuh kasih lebih mudah mengawal emosi, berdisiplin, dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Nada suara ibu bapa menjadi cerminan utama buat anak kecil. Cara kita bercakap dengan mereka hari ini akan membentuk cara mereka bercakap dengan dunia esok hari.
Ini bukan kali pertama Fazura menarik perhatian ramai dengan cara didikannya. Sebelum ini, beliau pernah menegur Fatima agar makan dengan beradab ketika berada di restoran, menunjukkan betapa konsistennya beliau dalam menerapkan nilai sopan santun sejak kecil.
Cara Fazura ini menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa muda — bahawa kelembutan bukan tanda lemah, tetapi kekuatan dalam membentuk jiwa anak yang penuh kasih dan hormat.
✨ Majalah Pa&Ma – Kerana setiap teguran lembut adalah bahasa kasih seorang ibu, dan setiap ucapan terima kasih adalah tanda anak yang tahu menghargai.
Sumber: TikTok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila fikir sekali macam mana pasangan suami isteri yang ada anak ramai boleh uruskan keperluan keluarga dengan baik. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni yang agak mencabar dan semuanya memerlukan komitmen tinggi.
Bagaimanapun kisah seorang ibu yang dikurniakan anak seramai 10 orang berusia antara 18 hingga setahun sangat mengagumkan walaupun dalam keadaan sekarang ini ramai yang berkira-kira untuk menambah anak.
Bagi Puan Nurshaleena binti Mohammad Nor, 40, anak ramai ini ibarat hadiah yang paling mahal dalam hidupnya dan suami. Ini kerana di awal perkahwinan dia dan suami terpaksa menunggu dua tahun untuk mendapat zuriat.
“Selepas dua tahun menunggu dan dikurniakan anak sulung pada tahun 2002, rezeki anak tak putus pula walaupun dah cuba merancang sehinggalah yang ke-10 dilahirkan 2019. Walaupun anak ramai, saya dan suami syukur semuanya dipermudahkan bermula sejak lahir hinggalah anak-anak besar.
“Alhamdulillah untuk 10 anak ni pun semuanya dilahirkan secara normal. Beza setiap anak ada yang setahun seorang, dua tahun seorang dan tiga tahun seorang. Bermula dengan yang sulung usianya 18, 17, 14, 11, 10, 8, 7, 5, 3 dan setahun,” ujarnya.
Ada jadual uruskan rumah tangga & anak
Kongsi Shaleena lagi, setakat ini keadaan masih terkawal walaupun sedikit penat. Cuma sebagai ibu yang mempunyai anak ramai, perlu buat jadual awal untuk menguruskan anak dan rumah tangga. Ni antara tip yang diamalkan sejak anak kecil lagi sehingga sekarang.
“Jadual ni penting untuk kita tahu apa perlu dilakukan dulu dan barulah tak mudah rasa stres dan nak marah anak.
“Macam saya setiap hari dah biasa tidur lambat sikit. Sebab lepas semua anak tidur baru akan uruskan kain baju, kemas rumah, menyapu dan sebagainya. Cara ni memang dah dipraktikkan dari dulu lagi supaya bila bangun keesokan harinya, urusan rumah tangga dah selesai.
“Jadi bila hari siang saya boleh fokus kepada nak memasak dan luangkan masa dengan anak-anak. Sebab ada antara anak-anak yang usia 10 hingga 17 tahun ni mereka suka bercerita.
“Saya ibu, sayalah kawan untuk anak-anak. Contoh saya suka cari masa untuk bacakan cerita seram untuk mereka.. Jadi mereka akan duduk rapat untuk dengar cerita dan ini salah satu bonding selain bawa keluar berjalan-jalan. Bagi anak-anak yang kecil pula, bila ajak main saya dan suami akan main sama-sama dengan mereka,” katanya.
Anak-anak jadi bestfriend
Sementara itu, bercerita mengenai anak-anak ramai ni, Shaleena akui dia dan suami sangat-sangat seronok walaupun pelbagai tanggapan dan soalan sering di tanya apabila membawa anak-anak keluar.
Soalan yang paling biasa orang akan tanya, “betul ke ni semua anak-anak akak?”. Sebab nampak mak masih muda lagi. Bukan itu saja bila jalan beramai-ramai, pasti akan ada mata yang memandang.
Tapi semua itu saya dan suami dah lali kerana yang penting kami gembira. Saya akui bila anak-anak dah besar, mereka ni dah jadi kawan rapat. Bila keluar ke mana-mana, anak-anak yang besar ni masing-masing akan jaga setiap adik-adiknya.
Contohnya kalau pergi mall, abang dan kakak yang besar ada adik-adik yang mereka jaga.. Contohnya kakak jaga yang adik nombor 7, abang jaga yang nombor 8, yang nombor 3 jaga nombor 6, ibu jaga baby.. Yang selebihnya ayah jaga. Tiap kali naik lif org akan kira anak akak ada berapa.
“Mereka dah faham dan tak perlu disuruh pun. Kita tengok pun senang hati sebab anak yang kecil semua ada bodyguard.
“Walaupun 10 anak ada 10 karenah, semua tu momen yang akan dikenang sampai bila-bila,” katanya yang mempunyai 8 anak perempuan dan dua lelaki.
Setiap anak bergilir buat kerja rumah
Sebagai ibu, mengajar anak-anak berdikari antara proses pembelajaran untuk masa depan mereka.
Setiap anak akan ada kerja rumah yang perlu mereka lakukan tapi tak dikhaskan dengan tujuan supaya mereka rasa enjoy buat kerja rumah.
Contohnya.. Hari ni no 1 basuh pinggan, no 2 buang sampah no 3 menyapu.. Esok tukar pulak no 1 menyapu no 3 buang sampah no 2 basuh pinggan dan seterusnya macam tu. Kalau nak kemas rumah sikit-sikit akak ajak sama-sama sampai yang umur 3 tahun tu pun tolong sama.
Difahamkan anak-anak Puan Shaleena ini juga mempunyai bakat dalam lakonan dan mereka adalah pelakon remaja dan kanak-kanak serta banyak membintangi drama tempatan yang popular.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahnik anak pada hari ke-7 sebagaimana dianjurkan sunah, Anzalna terus bahagia dengan kehadiran anak sulung. Nama pun sudah diberi!
Anzalna dan suami, Hanif Zaki mentahnikkan bayi sulung mereka dalam satu majlis yang dihadiri kedua-dua belah keluarga. Dalam posting Instagram, Anzalna turut mengumumkan nama bayi lelakinya iaitu Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif.
Katanya, Eidrees ialah nama pilihan kerana ia adalah nama nabi. Pangkal nama Eid pula ialah sempena kelahiran Eidrees beberapa hari sebelum kehadiran Eidulfitr (Aidilfitri).
Aktres ini dalam posting berikutnya berkongsi beberapa foto bersama Eidrees dan keluarga. Dia percaya Allah adalah sebaik-baik perancang. Kalau dulu bermain dengan anak orang lain, Anzalna mengakui tidak percaya kini sudah ada anak sendiri.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.