Bayi 8 Bulan Maut Dikelar Ibu Sendiri. 3 Anak Yang Lain Parah Akibat Masalah Kemurungan

Share

Seorang bayi lelaki berusia 8 bulan maut, manakala dua kakak dan seorang abangnya cedera parah dipercayai dikelar ibu kandung sendiri di Pulau Mantanani, Kota Belud.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Jerry terbunuh dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari di kuarters sebuah resort di pulau itu, manakala Jehan, 5, Melati, 7, serta Nurul Hanisa, 8, yang cedera parah dihantar ke hospital di Kota Belud untuk menerima rawatan.

Kredit: mynewshub.tv

Ibu kanak-kanak itu yang berusia dalam lingkungan 30-an itu disyaki cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri, dan beliau yang telah ditahan polis kini menerima rawatan di hospital.

Kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh bapa mangsa berumur 54 tahun dan ia dipercayai berpunca daripada gejala kemurungan dialami suspek.

Kredit: msn.com

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber: Bernama

IKLAN