Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Di Tepi Jalan Raya, Masih Bertali Pusat & Mempunyai Uri

Share

Bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di tepi jalan di hadapan kawasan tempat letak kenderaan di bawah sebuah pangsapuri di Kajang.

Bayi yang masih mempunyai uri dan tali pusat itu ditinggalkan dalam keadaan terbaring tanpa sebarang pakaian atau nota.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima maklumat daripada seorang lelaki berusia 51 tahun berhubung penemuan bayi itu, jam 7.07 pagi, pada Selasa.

Bayi Dalam Keadaan Tenat

“Bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan awal dan disahkan berada dalam keadaan tenat.

Meninggal Dunia Ketika Rawatan

“Namun setelah rawatan diberikan, jam 10.35 pagi pihak hospital telah mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia.

“Mayat bayi itu telah diserahkan kepada Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Jelasnya, jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Kredit: Astro Awani

l

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN