Perbuatan memberi bayi bawah 6 bulan minum air masak melebihi keperluannya boleh menyebabkan si kecil kena sawan tanpa demam!
Sebenarnya ramai ibu bapa yang mengamalkan pemberian air masak kepada bayi dengan alasan si kecil masih haus atau hendak membilas mulutnya selepas minum susu formula.
Tanpa mengetahui tindakan tersebut boleh mengundang bahaya kepada nyawa bayi sendiri. Dr Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Kanak-Kanak yang menjumpai kes pesakit bayi yang mengalami sawan tanpa demam akibat telah diberikan air masak berlebihan daripada keperluannya berkongsi pengalaman tersebut sebagai peringatan kepada para ibu bapa.
Apa Itu Water Intoxication?
Water intoxication bila baby usia kurang daripada 6 bulan diberi air melebihi keperluannya (70 – 80%). Kepekatan Sodium dalam darah jadi cair. Baby boleh dapat sawan tanpa demam.
Sharing case :
Saya jumpa kes ada satu baby Indian yang umurnya hampir 7 bulan, yang sawan tanpa demam. Cerita sebenar neneknya telah berikan air masak dalam 15 – 30 ml setiap kali selepas minum susu FM.
Gambar hiasan
Jika dalam sehari baby dapat dalam 120 – 180 ml air masak daripada lahir atas alasan baby minum FM bukan susu ibu. Jadi FM ni panas katanya dan perlu dibilas dengan air masak.
Ads
Baby selalu dapat najis yang cair dan bila nak mulakan makanan, baby reject. Maka baby belum start complementary food lagi.
Then suatu hari baby admitted di GH kerana sawan tanpa demam dan lumbar puncture juga telah dibuat di mana semua result adalah normal. Hanya yang tak normal adalah kandungan garam dalam darahnya yang hanya 125 semasa admission date dan improving to 130 selepas 24 jam masuk ward.
Explanation :
Ads
Water intoxication berlaku bila baby diberikan air melebihi keperluan tubuhnya. Tubuh manusia mengandungi 70 hingga 80% air dan susu ibu atau FM (formula milk) mempunyai kandungan air dalam 85%.
Gambar hiasan
Maka jika bayi kurang daripada 6 bulan, diberikan tambahan air masak selepas minum susu akan menyebabkan kepekatan garam Sodium (Na) dalam darahnya mencari cair (diluted).
Cuba kalian buat experiment daging ayam disimpan dalam larutan yang cair. Sel-sel daging akan jadi segah (kembang) bukan?
Ads
Bila sel-sel berada dalam medium yang cair, sel kembang dan ini kita panggil edema dalam bahasa medikal.
Bila sel-sel otak bayi terdedah kepada darah yang cair (means garam galian menjadi diluted), ia akan mengembang dan akan sawan.
Masih ada ibu yang belum tahu langkah sebenar nak kenalkan telur kepada bayi. Sebenarnya, menu telur boleh mula diberikan kepada si manja berusia 8 bulan ke atas, asalkan dilakukan secara berperingkat dan dengan cara yang betul.
Telur antara makanan super untuk bayi kerana ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, zat besi, kolin, vitamin D dan lemak sihat. Ini semua ini penting untuk perkembangan otak dan tubuh si kecil. Namun, kerana bimbang risiko alergi, ramai ibu bapa memilih untuk menangguhkannya. Sebenarnya, kalau diperkenalkan dengan langkah yang selamat, telur boleh jadi makanan harian yang sangat bermanfaat untuk bayi.
Berikut dikongsikan 9 langkah penting untuk kenalkan telur kepada bayi secara selamat dan berperingkat:
Kuning telur lebih selamat kerana tidak mengandungi protein yang boleh mencetuskan alergi. Sebaliknya, putih telur mengandungi empat jenis protein utama yang boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah bayi. Jadi, penting untuk ibu memperkenalkannya satu per satu dan memantau reaksi anak dengan teliti.
Jika tanda-tanda ini muncul, hentikan pemberian telur serta-merta dan bawa bayi berjumpa doktor.
Dengan langkah berperingkat dan pemantauan rapi, ibu ayah boleh bantu bayi kenal makanan baru dengan selamat. Telur bukan sahaja menjimatkan dan mudah disediakan, malah membantu bayi mendapat tenaga serta nutrisi penting untuk membesar sihat dan kuat.
Telur bukan musuh bayi, malah boleh jadi makanan ajaib jika diperkenalkan dengan ilmu dan kesabaran. Yang penting, ibu ayah jangan panik dan ingat setiap anak berbeza, dan setiap langkah kecil itu membawa anak anda semakin dekat dengan pemakanan sihat!
Sekarang produk suplemen yang didakwa untuk kesihatan dan kecantikan kulit bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi ada juga untuk golongan bayi. Bukankah kulit bayi sudah sedia mulus dan bersih. Kenapa perlu disogokkan dengan suplemen tambahan?
Gara-gara tularnya promosi hebat syarikat suplemen kunyah dan cerah menggunakan selebriti terkemuka sebagai dutanya, ramai yang mengecam syarikat tersebut yang mendakwa produk kesihatan dan kecantikan mereka sesuai untuk tiga golongan paling ‘fragile’ iaitu bayi, kanak-kanak dan ibu hamil!
Persoalannya memang ramaikah ibu bapa yang percaya dan memberikan anak mereka makan produk suplemen ini? Adakah ia benar-benar selamat pada kesihatan si kecil? Lebih baik sekiranya ibu ayah yang ada anak kecil baca penjelasan yang dikongsi oleh Dr Afiq Rahim di dalam blog beliau.
APAKAH PRODUK KUNYAH & CERAH TELAH MELANGGAR KOD PEMASARAN ANTARABANGSA WHO?
Baru-baru ini gempar, seorang selebriti terkemuka tanah air mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan Kunyah&Cerah (KC) di media sosialnya dengan menyatakan produk tersebut sesuai digunakan oleh bayi, kanak-kanak dan ibu hamil.
Ternyata kenyataan oleh pihak syarikat yang dipromosikan oleh model mereka telah mengundang kecaman daripada orang awam terutama pihak kesihatan.
“Mengapa mahu membebankan organ bayi untuk produk supplemen?”
“Mengapa tidak diberikan sahaja susu ibu kepada bayi?”
“Kulit bayi dah cantik, gebu. Mengapa perlu produk kecantikan?”
Dan pelbagai kecaman lain daripada netizen.
PEMASARAN PRODUK UNTUK BAYI
Kod tersebut adalah International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes yang diambil daripada perbincangan di dalam World Health Assembly (WHA). Kod ini diperkenalkan sebagai langkah untuk memastikan bayi mendapat nutrisi yang selamat dan lengkap melalui penyusuan ibu dan memastikan penggunaan produk gantian susu dengan betul serta melindungi daripada pemasaran yang agresif yang boleh mempengaruhi ibu yang menyusukan bayi mereka.
Ada banyak peraturan dan larangan dinyatakan dalam kod tersebut. Ianya termasuk kepada syarikat jualan, anggota kesihatan, kerajaan tempatan dan semua pihak yang terlibat di dalam memasar dan mengedar produk kesihatan tersebut.
APAKAH PRODUK YANG TERMAKTUB DI BAWAH KOD INI?
Selain itu, semua produk untuk bayi yang menggantikan susu ibu atau sebagai sokongan kepada bayi menyusu atau produk yang boleh menjejaskan penyusuan bayi termaktub di dalam kod ini. Antara produk yang terbabit adalah:
JADI, APAKAH PRODUK K&C TELAH MELANGGAR KOD ANTARABANGSA INI?
Pada pemerhatian saya, promosi pemasaran produk KC bukanlah sebagai alternatif kepada susu ibu.
Produk supplemen mereka adalah disasarkan untuk membantu individu yang mengalami masalah kulit ekzema, kulit kusam dan tidak bermaya, masalah rambut gugur dan masalah alahan.
Bagaimanapun memandangkan produk KC ini adalah makanan yang telah ‘diformulakan’ untuk bayi dan ibu menyusu seperti yang dipromosikan oleh duta mereka dan berisiko menjejaskan penyusuan bayi atau sebagai makanan tambahan buat bayi terutama enam bulan ke bawah maka ianya tetap termaktub di bawah kod antarabangsa ini.
Ini kerana di dalam promosi produk tersebut ada mengatakan dengan jelas bahawa produk mereka sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan ibu menyusu.
Namun kesesuaian untuk bayi yang dipromosikan oleh syarikat adalah tidak jelas.
Adakah sesuai untuk bayi enam bulan ke bawah?
Atau Bayi selepas lahir ?
Atau Bayi antara 6 bulan ke 12 bulan dan seterusnya?
Secara relatifnya adalah ya bahawa pihak syarikat melalui promosi mereka telah melanggar kod yang perkenalkan oleh WHO ini.
KESIMPULAN
Pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan kekeruhan yang berlaku dengan menyatakan bahawa produk mereka selamat kerana daripada sumber tumbuhan serta tidak perlu berdaftar dengan KKM.
Bagaimanapun, keselamatan sesuatu produk bukan diukur dengan banyaknya testimoni berjaya atau tiada laporan negatif daripada pengguna sahaja. Andaian tanpa kajian ke atas manusia tentang keselamatan produk adalah tidak mencukupi.
Kajian saintifik perlu dijalankan bagi memastikan produk ini selamat dimakan oleh bayi, kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusu sebagaimana yang termaktub di dalam kod antarabangsa.
Mungkin pihak syarikat boleh bekerjasama dengan pihak universiti dalam melakukan penyelidikan untuk memastikan ianya benar-benar selamat untuk diambil oleh kumpulan yang dilindungi oleh International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes.
Sementara itu, adalah lebih baik pihak syarikat menangguhkan dahulu penggunaan produk KC ke atas kumpulan yang dilindungi oleh WHO terutama bayi sehingga keselamatan ke atas mereka berjaya disahkan oleh pihak berautoriti.
Sekali lagi ingin saya tekankan, produk terbaik untuk bayi adalah SUSU IBU terutama bagi bayi berumur ENAM bulan ke bawah.
Dapatkan rawatan dan pemeriksaan oleh doktor bertauliah terlebih dahulu sekiranya anda atau bayi anda mengalami masalah kulit/alahan/keguguran rambut sebelum mencuba sebarang produk kesihatan/kecantikan.
Rezeki di petang Ramadan, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sambut kehadiran anak kedua. Kini Yusuf rasminya menjadi abang long!
Tiada apa yang menggembirakan bagi seorang ayah untuk menyambt kelahiran anak. Hairul menerusi Instagram berkongsi berita gembira.
Menurut Hairul, Hanis selamat bersalin pada jam 5.59 petang tadi. Turut dikongsikan gambar si kecil ahli baru keluarganya yang dinamakan Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen.
Pelakon Paskal ini turut mengucapkan penghargaan buat Hanis sempena kelahiran anak kedua mereka.
Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira, isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen
Petang tadi 5.59pm ,
Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat,
Thank you Mommy @haniszalikha Thank you sayang Thank you my bam bam
Menariknya, si kecil Alisa Aisyah juga sudah pun memiliki akaun Instagram sendiri.
Ruang komen posting Hairul dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Masing-masing mengucapkan kesyukuran, memuji kecomelan Alisa Aisyah. Tidak kurang juga yang mengatakan Alisa Aisyah sangat seiras dengan abangnya, Yusuf Iskandar.