Saat bayi baru dilahirkan, ibu bapa orang yang paling gembira dan bersyukur. Perasaan tak sabar bawa pulang anak ke rumah memang berita yang ditunggu untuk berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga.

Apabila bayi dibawa pulang, pastinya saudara mara dan rakan-rakan yang tahu akan datang untuk melawat bayi. Masa ini, masing-masing akan pegang dan cium bayi kerana teruja.

Perasaan geram nak cium dan gomol itu memang tak boleh dielakkan oleh sesiapa tetapi jika tak dielakkan dari awal, kesannya pada bayi kita tak tahu. Boleh jadi masalah lebih teruk kerana bayi masih mempunyai sistem imun yang lemah dan cepat jatuh sakit.

Bayi Demam, Nafas Laju & Batuk Selepas Dipeluk Cium Tetamu Hingga Masuk Wad

Sebagai tetamu, perlu ada had ketika melawat bayi. Janganlah tunggu ibu bapa bayi yang cakap. Kadang nak cakap lebih takut terasa hati. Sepatutnya kita sebagai tetamu yang perlu tahu batas dan elakkan mencium dan memegang bayi.

Hormatilah ibu bapa bayi. Sebaiknya berikan dulu ibu dan bayi rehat. Nak datang melawat mungkin boleh, tapi tunggulah sehingga habis pantang untuk kedua-dua cepat pulih dan sihat. Maklumlah kadang waktu pantang ni ibu pun tak dapat rehat cukup kerana berulang alik ke klinik atau hospital untuk check kuning atau follow up lain.

Perkongsian dari Dr Redza Zainol ini mungkin boleh jadi peringatan bersama.

Nafas laju, demam, batuk

Saya hembus nafas perlahan-lahan selepas saya terima panggilan dari Jabatan Kecemasan. Bayi usia 2 bulan ni nafasnya laju, demam tinggi dan batuk.

IKLAN

Selepas diteliti, bayi ni memenuhi kriteria sebagai pesakit SARI (Severe Acute Respiratory Infection). Nama lainnya ialah jangkitan pernafasan akut teruk.

Menurut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit SARI perlu dimasukkan ke wad isolasi dan disaring untuk Covid-19.

Selepas selesai memakai pakaian lengkap PPE, saya masuk ke wad isolasi untuk mengambil sampel Covid-19 dari hidung dan tekak bayi ni. Dibantu oleh jururawat yang cekap, kerja saya jadi mudah.

Dipeluk cium saudara mara yang melawat

Menurut ibunya, bayi mula demam dan batuk selepas dipeluk cium oleh saudara mara yang datang ke rumah. Beliau cuba untuk menegah tapi ada saja alasan yang diberi.

Saya jadi kagum sebab ibu ni sangat sabar orangnya. Bukan calang-calang sebab tinggal di wad isolasi ni sangat tak selesa.

Bayangkan kipas tak boleh dibuka, jadi bayi asyik menangis sebab kepanasan. Ibu pula jadi kepenatan cuba menenangkan bayi.

IKLAN

Sampel Covid-19 pada bayi perlu diambil dan paling sedih, ayah bayi tak boleh datang melawat sampailah keputusan Covid-19 siap.

Elaklah pegang dan cium bayi

Selepas keputusan sampel Covid-19 disahkan negatif, barulah boleh pindah ke wad biasa.
Nasihat saya, jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Penjarakan sosial tu termasuk antara orang dewasa dan bayi kecil juga.

Bayi Demam, Nafas Laju & Batuk Selepas Dipeluk Cium Tetamu Hingga Masuk Wad

Biarlah penjaga utama bayi saja yang pegang dan cium bayi tu. Kalau bayi masuk ke wad isolasi dan kita sanggup menjaga bayi tu sepenuh masa, maknanya kitalah penjaga utama bayi tu.

Sistem imun bayi belum matang

IKLAN

Bayi ni sistem imunnya belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman. Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejalanya tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.

Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Kadang-kadang kita tak sengaja sebab seronok sangat nampak baby kan.

Kredit: Dr Redza Zainol

Kredit Gambar: www.pexels.com

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI