Nama untuk anak sesuatu yang unik dan mengambil masa untuk difikirkan untuk memberikan nama yang sesuai. Bagi pasangan dari palembang ini pula, mereka menamakan anak mereka sempena sambutan pembukaan sukan asia semalam.
PALEMBANG – INDONESIA . Seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada hari sama majlis pembukaan Sukan Asia 2018 kelmarin, dinamakan Adibah Asean Games.
Ads
“Puteri saya lahir kelmarin pada 3.33 petang (waktu tempatan) di klinik bersalin di Palembang, sama dengan majlis pembukaan Sukan Asia 2018,” kata bapa Adibah, Yordania.
Menurut Yordania, 38, selepas kelahiran anak keempatnya itu dia dan isteri, Veranova merancang menamakan anak mereka itu sempena Sukan Asia.
Ads
“Secara spontan kami menamakan anak kami itu Adibah Tri Asian Games namun kami menukar kepada nama yang lebih sesuai iaitu Adibah Asian Games,” jelasnya.
Ads
“Isteri saya melahirkan bayi kami secara normal dan sihat. Kami bangga kerana anak kami ini lahir pada tarikh yang cantik,” katanya. – Agensi
Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 milik Haneesya Hanee ditarik semula ekoran penularan video kontroversi yang membabitkan dirinya baru-baru ini. Penarikan gelaran terbabit diumumkan menerusi sebuah sidang media yang diadakan di pejabat Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., pemilik jenama Dewi Remaja di Shah Alam, Selangor.
Setelah Haneesya menyerahkan kembali takhta yang dimilikinya, ramai rakan artis yang memberikan sokongan kepadanya. Penarikan semula takhta Dewi Remaja menjadi viral sehingga mendapat perhatian seluruh Malaysia. Antara Artis yang turut memberikan kata-kata semangat termasuklah Pak Nil, Fasha Sandha dan ramai lagi. Ikuti perkongsian kata-kata semangat yang diberikan kepada Haneesya Hanee.
Pak Nil (Aznil Hj. Nawawi) Hanee, awak masih terlalu muda. Kesilapan pasti berlaku cuma bagaimana kita bangun dan membetulkan kesilapan lalu adalah langkah seterusnya. Allah uji Hanee bukan pengajaran buat awak sorang, buat orang lain jugak belajar dari silap itu.
Awak membesar tanpa ayah disisi. Mungkin tiada figura ayah untuk menegur, tetapi pengalaman adalah bapa kepada pengajaran. Lear and move on – Pak NiL
Raja Azmi Be strong girl. I’ve been thro worst..at the end of the day it was all just history. God will always forgive as long as you never repeat the same mistake. I know you are a good girl.
Fasha Sandha Kepada @haneesyahanee , Remember this quote ‘Fall 7 times,stand up 8’ It’s undeniable–we all make mistakes. It’s in our nature as humans to fail. Insyaallah ada rezeki di tempat lain untuk awak, terutamanya untuk yang teraniaya oleh ‘kawan’ sendiri. Video aib dirakam berminggu2 ‘sebelum kemenangan’ disebarkan selepas kemenangan. Jadi Berhati2 memilih kawan~ tak semua kawan suka dengan ‘kejayaan’ kita. Walau apapun, Jangan diulangi kesalahan itu Hanee.. Dan, Kita semua juga patut jadikan ini sebagai pengajaran.
Semoga industri dapat memaafkan Hanee. Dia unik, cantik dan berbakat besar dalam industri modelling dan lakonan. Saya yakin ada kebaikan dalam diri Hanee. Berikan dia peluang. Jangan kita hukum dan menghina dia dan keluarga. Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita, atau keturunan kita kelak.
Janna Nick To @haneesyahanee:
anggap ni satu pengajaran for you to be a better person… jangan stress over the same thing…just move on.. because if not it will lead you to depression..and i hope that will never happen…stay strong..don’t repeat and surround yourself with good people..don’t simply trust anyone.
Semoga Haneesya Hanee tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama lagi dan move on dengan kisah lama, buka buku baru. Ini juga merupakan peringatan kepada semua, bukan hanya Hanessya sahaja, apa yang kita lakukan hari ini, akan terkesan untuk masa hadapan kita. Teruskan melangkah dan perbaiki diri menjadi yang lebih baik.
Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin enggan mengambil kisah dengan kata-kata negatif orang ramai kerana dia lebih mengenali isterinya yang juga seorang aktres.
Walau bagaimanapun, dia mengakui isterinya tidak boleh menurunkan berat badan secara mendadak kerana proses tersebut perlu mengambil masa bagi tempoh tertentu.
“Bila mereka kata yang agak negatif, saya ambil semua komen-komen yang diberikan. Saya boleh saja nak bagi dia kurus tetapi saya lebih kepada kasihankan dia. Ini kerana dia nak kena fikir untuk jaga anak, memasak dan sebagainya.”
“Kalau dia fikir mengenai berat badan dan kurus, saya risau dia akan terbeban dengan itu. Untuk dia turunkan berat secara drastik memang tidak boleh, kena ambil masa dua hingga tiga minggu juga.
“Dia pula sejenis yang tak boleh duduk diam, ada saja kerja yang dia nak buat,” katanya.
Pelakon filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu berkata, dia juga bimbang jika tindakannya meminta isteri menurunkan berat badan akan menjadi satu tekanan kepada Almy.
Terdahulu, Fizz menjelaskan bahawa dia menerima seadanya keadaan fizikal isterinya walaupun ramai meminta agar wanita itu mendapatkan semula bentuk badan sewaktu awal kemunculan dalam industri.
“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (berisi),” ujar Fizz.
Sumber: Harian Metro (Zaara Talita), Instagram Fizz Fairuz
Bekalan tambahan vaksin influenza sebanyak 99,470 dos akan dibawa masuk, bulan ini, untuk memenuhi peningkatan permintaan yang mendadak sejak akhir tahun lalu.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 40,000 dos vaksin influenza terdahulu sudah diagihkan ke hospital dan klinik swasta pada 7 Januari lalu, menyebabkan baki stok dalam simpanan pihak pembekal habis buat masa ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan ketika ini, ada enam produk vaksin influenza berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di Malaysia.
“Jumlah keseluruhan kuantiti dibawa masuk untuk pasaran Malaysia sepanjang tahun lalu bagi keenam-enam produk vaksin itu ialah 638,388 dos dan hanya 10 peratus daripadanya adalah bekalan ke kemudahan kesihatan KKM.
“Vaksin influenza hanya ditawarkan di kemudahan KKM sebagai sebahagian daripada regimen rawatan golongan pesakit berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan, termasuk kematian apabila dijangkiti virus influenza, dan pemberiannya adalah berdasarkan penilaian klinikal daripada pakar.
“Vaksin ini juga diberikan kepada anggota barisan hadapan kementerian yang terdedah kepada jangkitan ketika mengendalikan pesakit. Orang awam yang ingin mendapatkan suntikan vaksin influenza boleh mendapatkannya di kemudahan kesihatan swasta,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas mengenai Oseltamivir atau antiviral bagi merawat influenza pula, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya tiada masalah untuk menampung bekalan ubat itu di kemudahan KKM walaupun wujud peningkatan permintaan empat kali ganda pada Disember tahun lalu, kerana syarikat konsesi diarahkan menyimpan stok yang mencukupi.
Bagaimanapun, kementerian memberi kelulusan khas mendapatkan stok daripada pembekal alternatif bagi menampung peningkatan keperluan secara mendadak di kemudahan kesihatan swasta berikutan lima syarikat berdaftar tidak dapat memenuhi permintaan sedia ada.
“KKM memberi kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal alternatif. Setakat ini, kementerian meluluskan hampir 1.1 juta kapsul atau tablet bagi tempoh Disember tahun lalu hingga bulan ini.
“Ia untuk memenuhi permintaan kemudahan kesihatan swasta dan kuantiti ini dianggarkan dapat merawat 110,000 pesakit. KKM sentiasa komited dalam memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia,” katanya.
Pulled elbow kanak-kanak boleh berlaku tanpa sedar akibat cara angkat anak yang salah. Ketahui tanda, rawatan dan langkah pencegahan penting untuk ibu bapa.