Detik cemas dilalui seorang bayi yang dirakamkan oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik tidur boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa yang ada anak kecil. Melalui rakaman tersebut, bayi berkenaan hampir lemas akibat terperangkap dalam selimutnya.

Bayi Hampir Lemas Muka Tertutup Selimut. Mujurlah Ayah Cepat Masuk Bilik

Kejadian ini telah dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu Wagyukubb. Menerusi rakaman CCTV itu, memaparkan seorang bayi dipercayai terjaga dari tidur pada waktu malam sementara si ibu yang berada di sebelah sedang tidur di atas katil sama tapi tak sedar kejadian menimpa bayinya.

@wagyukubb #เตือนภัย ไม่ควรนำของเล่น หมอน หรือผ้าห่ม วางไว้ในที่นอนลูกมากเกินไป เพราะของพวกนี้อาจจะไปทับตัวลูกน้อย ทำให้หายใจไม่สะดวก ซึ่งอาจจะเกิดอันตรายต่อลูกได้ #sids ♬ เสียงต้นฉบับ – Wagyu ลูกวัวน้อย – Wagyu บักงัวน้อย

Jelas kelihatan diatas katil itu dikelilingi dengan bantal dan selimut. Menerusi rakaman berdurasi 1 minit, kedengaran suara bayi itu seperti sukar bernafas disebabkan selimut terbabit sudah menutupi seluruh mukanya.

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada bayi berkenaan telah masuk ke dalam bilik tersebut dan segera mengalihkan kain terbabit daripada muka si kecil.

ARTIKEL BERKAITAN [Jangan Guna Bantal Anti Golek Masa Bayi Tidur. Risiko Maut Boleh Berlaku!]

Bayi Hampir Lemas Muka Tertutup Selimut. Mujurlah Ayah Cepat Masuk Bilik

IKLAN

Setakat ini, video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 16 juta tontonan dan menerima pelbagai respon daripada netizen. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di manakah insiden tersebut berlaku.

Elakkan penggunaan bantal untuk anak bawah 2 tahun

Sementara itu, menurut Dr Aimi Jaafar, bantal boleh menyebabkan saluran pernafasan bayi tertutup. Terutamanya sekiranya bantal terlampau tinggi, kepala bayi mendongak, dan dagu merapat pada dada. Orang dewasa akan rasa lemas dalam keadaan ini, apatah lagi kanak kanak.

Selain itu, bantal atau selimut tebal yang terlampau lembut juga tidak digalakkan, terutama untuk bayi kecil. Kepala bayi boleh tenggelam dalam bantal, dan menutup pernafasan bayi sewaktu bayi memusingkan kepala ke kiri / kanan.

IKLAN

Kalau letak bayi di dalam buai, tak perlu banyak bantal dan selimut. Mungkin kelihatan tak selesa, tapi sebenarnya ia adalah cukup dan lebih selamat untuk si anak.

Sekiranya anak mempunyai hidung tersumbat / batuk dan lebih selesa dengan posisi kepala lebih tinggi, letak bantal sampai bawah dari bahu, bukan sekadar kepala.

Bantal donut boleh dipakai, tapi sewaktu dalam pengawasan dewasa. Sekiranya anak dibiarkan tidur sendirian, tak perlu letakkan bantal.

IKLAN

Moga ia menjadi pengajaran buat semua ibu bapa dan sentiasa berhati-hati sepanjang masa. Benda nak berlaku sekelip mata sahaja. Jika boleh elakkan bantal atau selimut berdekatan bayi.

Kredit: Tik Tok Wagyukubb & Dr Aimi Jaafar

Bayi Hampir Lemas Muka Tertutup Selimut. Mujurlah Ayah Cepat Masuk Bilik

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI