Kalau ada anak perempuan, memang impian ibu untuk anak mempunyai rambut panjang dan cantik. Senang untuk diikat dan digayakan dengan pelbagai gaya. 

Tapi sebenarnya rambut panjang juga boleh mengundang bahaya kepada orang sekeliling. Kajian juga dibuat di luar negara dimana pernah terjadi beberapa kes leher bayi terjerut rambut panjang. Ikuti perkongsian detik-detik cemas Dr. Afida Sohana;

Beberapa minggu lalu, saya hampir kehilangan anak kecil saya. Ini perkongsiannya…

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa dan dari apa sahaja. Mengetahui antara punca bahaya boleh membantu kita menjadi lebih berhati-hati …

Anak-anak saya masih tidur di bilik yang sama dengan kami. Kami bercadang untuk memisahkan mereka (tidur berlainan bilik) sebaik sahaja berpindah ke tempat baru nanti, insyaAllah. Cuma kali ini, kami tidak mempunyai kamar yang cukup untuk semua orang. Ada hikmahnya…

Bayi Hampir Lemas Terjerut Rambut Panjang Kakak. Doktor Ini Kongsi Pengalaman Anaknya

Anak-anak saya sangat rapat, meski punyai jurang usia 3 tahun. Ana akan menyambut hari lahir ke-4 tahun ini & Ara baru menyambut birthday nya yang pertama pada Ramadhan lalu. Mereka yang mengikuti saya di fb, insta atau twitter akan tahu betapa saya menyayangi kedua anak kecil ini, dan bagaimana kakak Ana menyayangi rambut panjang melepasi pinggangnya. Setiap hari, dia akan meminta saya mengikat rambutnya dengan gaya mengikut apa yang pernah dilihat di youtube.

Bayi Hampir Lemas Terjerut Rambut Panjang Kakak. Doktor Ini Kongsi Pengalaman Anaknya

Walaupun saya meletakkan mereka di atas katil yang berbeza, mereka akan mencari satu sama lain di tengah malam, dan tidur berpelukan. Kerapkali saya bangun dengan panik apabila Ara tiada di sebelah saya, hanya untuk mencari dia berpelukan dengan kakaknya.

IKLAN

Malam itu, beberapa minggu yang lalu, saya tersedar dari tidur tatkala mendengar keluhan Ara. Ara masih menyusu badan, kekadang dia akan menepuk saya untuk meminta susu, atau memanggil saya dengan suara dan bahasa bayinya.

Dalam kegelapan, saya lihat Ara sedang menarik rambut kakak Ana. Saya cuba tarik tangannya dan mengatakan jangan. Ketika itulah saya terlihat rambut Ana yang ketat menjerut leher Ara. Suara Ara tadi dengan cepat berubah menjadi tersekat-sekat.

Saya menjerit supaya suami menyalakan lampu. Rambut Ana saya lepaskan dari leher Ara. Kelihatan dengan jelas tanda jerut kemerahan di sekeliling leher Ara. Ara saya peluk, pernafasannya saya periksa, dan muka Ara mula lihat kemerahan semula… alhamdulillah.

Ara yang mula menangis saya redakan dengan suapan susu.
Saya hanya mampu duduk dan menangis….

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana membangkitkan saya dari lena. Saya bersyukur kerana berada di dalam bilik yang sama. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku jika tidak …

Jadi, minggu lepas saya bawa kakak Ana untuk potong rambut. Syukur sepupu dan juga rakan sekelasnya baru sahaja potong rambut, jadi dia juga teruja untuk mendapat rambut baru.

Bayi Hampir Lemas Terjerut Rambut Panjang Kakak. Doktor Ini Kongsi Pengalaman Anaknya

IKLAN

Saya layari kes-kes serupa di internet, dan terkejut melihat ada beberapa kes yang didokumen. Kakak ipar saya juga bercerita tentang jirannya, ibu yang kehilangan bayi kerana terjerut rambut kakak.

Kes seperti ini mungkin tidak kerap, tapi tidak mustahil….

Bayi Hampir Lemas Terjerut Rambut Panjang Kakak. Doktor Ini Kongsi Pengalaman Anaknya

Kajian yang pernah dibuat diluar negara

Bayi Hampir Lemas Terjerut Rambut Panjang Kakak. Doktor Ini Kongsi Pengalaman Anaknya

IKLAN

Bayi Hampir Lemas Terjerut Rambut Panjang Kakak. Doktor Ini Kongsi Pengalaman Anaknya

 

Bayi Hampir Lemas Terjerut Rambut Panjang Kakak. Doktor Ini Kongsi Pengalaman AnaknyaBayi Hampir Lemas Terjerut Rambut Panjang Kakak. Doktor Ini Kongsi Pengalaman Anaknya

Bayi Hampir Lemas Terjerut Rambut Panjang Kakak. Doktor Ini Kongsi Pengalaman Anaknya

PENGAJARAN:
1. Persekitaran tidur yang selamat – kongsi bilik JANGAN kongsi katil!
2. Berhati-hati dengan rambut panjang ahli keluarga atau sebarang tali di sekeliling bayi
anda. Mengikut kajian pada tahun 2017, 17000 kanak-kanak cedera, dan 300 meninggal
dunia dalam tempoh 25 tahun, kerana terjerut tali langsir ‘blinds’.

Moga anak2 kita terpelihara dari sebarang kemalangan.

Sumber: Facebook Dr. Afida Sohana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI