Seorang lelaki dipenjara enam tahun setelah didapati bersalah menyebabkan bayinya mengalami kecederaan teruk pada otak yang berlaku di Victoria, Australia.
James Tipene, 33, mengaku bersalah menggoncang anaknya yang berusia lima minggu hingga tidak sedarkan diri selepas berang dikejutkan dari tidur pada 26 Jun tahun lepas.
Ketika perbicaraan dijalankan, James memberi alasan dia bertindak demikian kerana mahu anaknya ‘lebih jantan’ dan berhenti menangis, lapor portal Daily Mail.
Ads
Hakim mahkamah ketika menjatuhkan hukuman berkata bayi itu bernasib baik tidak terbunuh akibat daripada tindakan keji ayahnya sendiri.
Bayi yang dilahirkan pada Mei 2018 itu mengalami pendarahan pada otak, sawan, kekurangan oksigen, kecederaan tulang belakang dan kecederaan pada mata.
Ads
Mangsa ditemukan ibunya dalam keadaan sejuk, mata terbeliak dan tidak sedarkan diri.
Tertuduh pada mulanya berbohong mengenai punca kecederaan pada bayi itu apabila ditanya oleh pasukan paramedik dan doktor, namun akhirnya mengaku apabila perbualannya dengan ibu mangsa dirakam polis.
Ads
Bayi lelaki itu yang terpaksa menjalani pembedahan pada otak dilaporkan tidak akan dapat merangkak dan mungkin berdepan kerosakan neuron seumur hidup.
James menyalahkan pembawaan ganas pada dirinya ketika membesar di mana dia diajar bahawa “lelaki tidak boleh menangis” dan bayi yang menangis “tidak cukup jantan”.
Ditinggalkan sendirian oleh bapanya di sebuah pondok di ladang kelapa sawit Rapak Baru, Pantu di Sri Aman menyebabkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hilang tanpa jejak sejak Rabu yang lalu.
Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak yang dikenali sebagai Patrcik Igih Mohd Taufik itu mengikut datuk dan bapanya yang mengiringi kaki tangan Sarawak Forestry Corporation (SFC) melakukan kerja pemasangan papan tanda pada pokok di dalam hutan bersebelahan ladang kelapa sawit itu.
Disebabkan laluan pendakian menuju ke tempat pemasangan papan tanda itu agak tinggi, Patrcik ditinggalkan di pondok kecil dengan hanya berbekalkan sebotol susu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, jarak antara pondok dengan tempat pemasangan papan tanda itu dianggarkan kira-kira satu kilometer.
“Pada pendakian pertama, datuk dan bapa kanak-kanak itu membawa satu papan tanda dan selepas sampai ke destinasi, mereka turun semula untuk mengambil satu lagi papan tanda.
“Ketika itulah datuknya menyedari kanak-kanak itu tiada lagi di pondok berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan dalam laporan akhbar berkenaan.
Beliau berkata, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerah ke lokasi selepas pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman pada 2.33 petang.
“Sebaik tiba di lokasi, ada saksi mendakwa ternampak kanak-kanak itu berjalan sendirian ke tempat parkir motosikal bapanya.
“Penduduk kampung yang kebetulan menuai padi di lokasi yang sama juga mendakwa turut ternampak kanak-kanak berjalan ke arah sama yang jaraknya kira-kira 200 meter dari pondok tempat dia ditinggalkan oleh bapanya,” katanya.
Berikutan itu, katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sebaik maklumat diperolehi daripada beberapa saksi.
“Bomba dan polis turut dibantu penduduk kampung untuk menjalankan pencarian di kawasan sekitar ladang sawit itu,” katanya.
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak tersebut yang bermula sejak Rabu, masih buntu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi hari kedua, pada Khamis membabitkan unit anjing pengesan (K9).
Katanya, Selain 10 anggota bomba, operasi dibantu 11 anggota polis, lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 14 anggota Jabatan Relawan Malaysia (RELA), lapan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak (JHS), tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta 30 penduduk kampung.
“Operasi SAR hari ini bermula jam 9 pagi di dalam kawasan ladang sawit, sungai dan di cerun bukit dan dipecahkan kepada lima pasukan pada radius kira-kira enam kilometer keliling.
“Sepanjang pencarian, belum ada tanda-tanda kanak-kanak itu dikesan. Berikutan itu operasi tangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung semula esok” katanya dalam kenyataan pada Khamis Malam.
Laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak itu dibuat ahli keluarganya dan bomba menerima maklumat itu pada 2.33 petang sebelum gerakan SAR diaktifkan.
Sama-samalah kita mendoakan semoga misi mencari dan menyelamat adik Patrcik berhasil dan si kecil ini ditemui dengan selamat.
Memandangkan situasi sekarang ini pergerakan terhad ia sedikit memberi kesulitan kepada individu yang bergantung pada gaji hari atau hanya bekerja sendiri. Keadaan ini bukan saja memberi kesulitan tetapi menyebabkan mereka ini terpaksa berjimat.
Betul bagi orang yang tiada masalah mereka hanya akan rasa bosan kerana tidak dapat keluar tetapi bagi golongan yang sederhana dan berpendapatan rendah, keadaan ini benar-benar buatkan mereka rasa sedikit tertekan. Lagi-lagi yang mempunyai anak dan memerlukan bekalan makanan.Melalui perkongsian Abam Botak yang juga seorang sukarelawan dan sering membantu masyarakat, dia telah berkongsi kisah seorang bapa muda yang mengejar van bantuannya untuk memohon sumbangan.
Kayuh basikal minta sumbangan
Apa yang membuatkannya berasa sebak bapa ini sanggup mengayuh basikal dari jauh dan menahan vannya untuk merayu sedikit sumbangan kerana sudah tiada apa-apa dirumah.
Bagaimanapun ia sedikit sedih apabila ketika itu Abam Botak hanya membawa barangan yang ingin diberikan kepada orang yang sudah terlebih dahulu dimaklumkan untuk dibantu.
Namun pada keesokan harinya, sumbangan dapat diberikan setelah mereka bertukar nombor telefon.Nak salam cium tangan sebab terharu
Dalam perkongsian Abam Botak, bapa muda itu berkali-kali mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikan sehingga mahu mencium tangannya.
Namun dia menjelaskan rezeki ini hasil sumbangan orang ramai dan ia juga adalah rezeki untuk isteri dan anak dirumah.
Di kesempatan itu, pengguna Facebook turut sempat menititpkan sedikit pesanan agar sentiasa bertawakal dan mengharapkan pembalasan yang baik-baik daripada Allah S.W.T diatas usaha murni ini.
Tiada siapa menduga perjalanan di subuh hari itu adalah yang terakhir buat bayi 9 bulan ini apabila maut dalam kemalangan. Sebaknya!
Perginya anak kecil dalam keluarga ini. Siapa sangkaa perjalanan mereka sekeluarga pada pagi ini adalah yang terakhir buat si kecil ini apabila kereta yang dipandu bapa terlibat dalam kemalangan di Kilometer 31 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Lepar, Kuantan hari ini.
KERETA DIPANDU PAPA HILANG KAWALAN
Perjalanan empat sekeluarga termasuk si kecil Allahyarham Nurul Afiqah Umaira Muhammad Hafiq, 9 bulan itu. Tiada siapa menyangka ia adalah yang terakhir buat si kecil ini apabila dia bersama kakaknya berusia empat tahun, ibu dan bapanya terlibat kemalangan. Kereta dipandu bapanya,Muhammed Hafiq Halim hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri bahu jalan dan terbalik. Lebih memilukan, penumpang termuda ini meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kereta model Proton Iswara dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke Kuantan.
HILANG KAWALAN SEBELUM TERBABAS
Kamarulzaman memberitahu yang pihaknya percaya pemandu hilang kawalan sebelum terbabas. “Akibat kemalangan itu anak mangsa yang juga bayi perempuan berusia sembilan bulan maut di lokasi kejadian,” katanya kepada Harian Metro.
KAKAK 4 TAHUN CEDERA
Menurut Kamarulzaman berkata kemalangan ini turut menyebabkan kecederaan kepada ibu bapa Nurul Afiqah iaitu Muhammed Hafiq, Roslinawati Ismail serta kakak Allahyarham iaitu Nurul Atiqah Umaira, 4 tahun. Ketiga-tiga mereka cedera dan dirawat di zon merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
JALAN LURUS, CUACA BAIK
Kamarulzaman turut menyatakan yang siasatan di lokasi kemalangan mendapati keadaan jalan lurus dan ketika kejadian cuaca berkeadaan baik. “Kita minta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya. Difahamkan ketika kejadian semua mangsa dibawa keluar oleh pihak bomba dan orang ramai sebelum dihantar ke hospital.
Kamarulzaman berkata, jenazah Allahyarham Nurul Afiqah Umaira dibawa ke HTAA untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.