Sungguhpun virus yang satu ini dianggap jahat’ kerana menjangkiti lebih 1 juta orang di seluruh dunia namun pasangan suami isteri dari Raipur, India ini tekad menamakan anak kembar mereka yang baru dilahirkan ketika perintah berkurung dengan nama ‘Corona’ dan ‘Covid’.

Tindakan pasangan ini nyata mencetuskan tanda tanya pelbagai pihak. Namun bagi mereka, nama ‘Corona’ dan ‘Covid’ dipilih sebagai simbolik kemenangan mereka dalam menghadapi kesukaran.

Bayi Kembar Lahir Ketika Perintah Berkurung Diberi Nama ‘Corona’ dan ‘Covid’, Tindakan Pasangan Ni Cetuskan Tanda Tanya!

Menurut Times of India dan seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani, Preeti Verma, 27, melahirkan anak kembarnya itu pada 26 Mac lalu di DR BR Ambedkar Memorial Hospital ketika India mengharungi perintah berkurung susulan pandemik COVID-19.

Verma dan pasangannya berkata mereka membuat keputusan itu untuk menjadikan hari kelahiran bayi kembarnya itu sebagai “hari yang tidak dapat dilupakan.” Katanya lagi, disebabkan virus yang mengancam nyawa inilah penduduk di seluruh dunia mula mengamalkan gaya hidup sihat disamping menjaga kebersihan dan penjagaan diri yang ketat setiap hari.

Bayi Kembar Lahir Ketika Perintah Berkurung Diberi Nama ‘Corona’ dan ‘Covid’, Tindakan Pasangan Ni Cetuskan Tanda Tanya!
Gambar hiasan.

“Kelahiran itu berlaku selepas kami berdepan dengan pelbagai kesukaran, jadi saya dan suami mahu menjadikannya sebagai hari yang tidak dapat dilupakan.

IKLAN

“Virus COVID-19 memang bahaya dan mengancam nyawa, tetapi kesan daripada wabak itu, orang ramai fokus menjaga kebersihan dan penjagaan diri.

“Jadi kami fikir untuk menggunakan nama tersebut,” katanya lagi.

Tambah Verma, ketika proses kelahiran, kakitangan hospital turut memanggil bayi kembarnya itu sebagai Corona dan Covid.

Bayi Kembar Lahir Ketika Perintah Berkurung Diberi Nama ‘Corona’ dan ‘Covid’, Tindakan Pasangan Ni Cetuskan Tanda Tanya!

IKLAN

Bimbang melahirkan saat perintah berkurung dijalankan

Perintah berkurung yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mengumumkan arahan perintah berkurung dan kuarantin dikuatkuasakan selama 21 hari pada 21 Mac lalu mencetuskan rasa kebimbangan yang melampau buat Verma dan pasangannya.

Menceritakan semula situasi pada tengah malam 26 Mac itu, Verma berkata ambulans yang membawanya ke hospital telah ditahan pihak polis di beberapa sekatan jalan raya susulan perintah berkurung.

Bayi Kembar Lahir Ketika Perintah Berkurung Diberi Nama ‘Corona’ dan ‘Covid’, Tindakan Pasangan Ni Cetuskan Tanda Tanya!

IKLAN

 

Namun melihatkan keadaannya ketika itu, kesemua sekatan polis membenarkan ambulans meneruskan perjalanan selepas mengetahui keadaannya yang sakit ketika itu.

“Saya tertanya-tanya apa yang akan terjadi di hospital kerana ketika itu sudah tengah malam, tetapi saya beruntung kerana para doktor dan kakitangan memberi kerjasama yang sangat baik.

Bayi Kembar Lahir Ketika Perintah Berkurung Diberi Nama ‘Corona’ dan ‘Covid’, Tindakan Pasangan Ni Cetuskan Tanda Tanya!

“Walau bagaimanapun, saudara-mara saya tidak dapat pergi ke hospital kerana perkhidmatan bas dan kereta api telah dihentikan,” katanya lagi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI