Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.
Menurut perkongsian dari Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian itu dilaporkan ibu bayi berkenaan, wanita tempatan berusia 31 tahun pada 4.24 petang semalam.
Ads
Beliau berkata, bagaimanapun, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa.
“Ibu mangsa memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri ketika dikejutkan dari tidur oleh pengasuhnya, wanita tempatan berusia 34 tahun.
Ads
“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Ads
Menurut beliau, setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dijalankan selari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak semua negeri di Malaysia mempunyai jumlah cuti umum yang sama. Ada negeri yang perlu beroperasi seperti biasa walaupun negeri lain bercuti.
Begitu juga setiap kali menjelang tahun baru, ramai yang mula merancang cuti dan aktiviti bersama keluarga. Namun, bagi penduduk di lima negeri tertentu, cuti umum 1 Januari tidak termasuk dalam kalendar rasmi negeri mereka. Hal ini sering menjadi perbualan, terutama di media sosial.
Lima daripada 14 negeri iaitu Johor, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis memilih untuk tidak mengisytiharkannya sebagai cuti umum.
Sebagai contoh, di Kelantan dan Terengganu, sambutan Tahun Baharu tidak diraikan secara rasmi kerana negeri-negeri ini lebih mengutamakan hari-hari kebesaran yang berkaitan dengan agama Islam.
Hujung minggu di kedua-dua negeri itu ditetapkan pada hari Jumaat dan Sabtu bagi memudahkan penduduk menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa.
Begitu juga dengan Kedah, Johor, dan Perlis, yang lebih mengutamakan acara keagamaan dan tradisi Melayu berbanding sambutan yang bersifat umum atau universal.
Ini memandangkan lima negeri berkenaan terkait rapat dengan tradisi dan budaya, sekali gus membentuk jadual cuti umum yang berlainan dengan negeri lain.
Namun, sambutan Tahun Baharu di beberapa bandar di lima negeri tersebut tetap diadakan secara sederhana sebagai tanda turut meraikan malam ambang tahun baharu, meskipun penduduknya perlu bekerja seperti biasa pada keesokan hari.
Namun, untuk kepastian status mengenai status cuti umum pada 1 Januari, adalah disarankan untuk mendapatkan pengesahan daripada majikan bagi mengelakkan sebarang salah faham.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang wanita di Jombang dekat sini dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan pemutihan di sebuah salon kecantikan yang tidak berdaftar.
Menerusi perkongsian suaminya, dia dan seluruh keluarga masih bersedih dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu namun memuat naik videonya untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai.
Tambah suaminya lagi, isterinya berada dalam keadaan sihat ketika ke salon kecantikan berkenaan pada Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan suntikan pemutihan.
Namun, hanya dalam tempoh 48 jam selepas rawatan, tahap kesihatannya merosot begitu pantas. Malah pada hari berkenaan isterinya juga pulang dengan perkhidmatan E-hailing kerana tidak berdaya selepas rawatan itu.
“Isteri saya pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing kerana tidak berdaya.
“Keadaannya semakin memburuk sehingga dia menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin.
“Kesan sampingan yang dialami isteri saya sangat menakutkan. Saya berharap tiada lagi individu yang mengalami nasib serupa hanya kerana mahu cantik sekelip mata,” ujarnya menerusi TikTok pada Rabu.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih rawatan kecantikan dan mendapatkan khidmat daripada klinik estetik berdaftar yang dikendalikan oleh doktor bertauliah.
Kanak-kanak 2 tahun kehilangan bapa dalam sekelip mata apabila satu kemalangan maut berlaku ketika arwah dalam perjalanan menziarahi ibu bapanya. Jaraknya cuma sekitar 300 meter, namun cukup untuk memisahkan seorang anak kecil daripada kasih seorang ayah buat selama-lamanya.
Dalam kejadian menyayat hati itu, Mohd Shahril Asyran Abdul Aziz, 30, maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, tidak jauh dari rumah bapanya. Hasrat untuk bertemu ibu dan ayah yang hampir tercapai terhenti di tengah jalan akibat takdir yang tidak terjangka.
Menurut bapa arwah, Abdul Aziz Abdul Rahim, 67, yang juga Pengerusi Surau Al-Taqwa, Taman Johor Jaya, lokasi kejadian sememangnya terlalu dekat dengan kediaman mereka.
“Tempat kejadian itu hanya kira-kira 300 meter dari rumah kami. Tak sangka itulah jarak terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya dengan nada pilu.
Tragedi di mana kanak-kanak 2 tahun kehilangan bapa ini bukan sahaja mengejutkan keluarga terdekat, malah jiran serta penduduk setempat yang mengenali arwah sebagai seorang anak yang baik dan bertanggungjawab.
Abdul Aziz berkata, beliau menerima berita kemalangan tersebut daripada besannya sebelum segera bergegas ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk melihat keadaan anaknya.
Bagaimanapun, arwah dikejarkan ke zon merah akibat kecederaan parah dan bapanya tidak sempat menjenguk buat kali terakhir sebelum dimaklumkan bahawa anak kelimanya daripada tujuh beradik itu telah meninggal dunia.
“Saya memang terkilan sebab tak sempat jumpa dia. Doktor beritahu keadaannya sangat kritikal,” katanya sebak.
Ketika kejadian, Allahyarham sedang memandu Perodua Axia bersama isterinya, Masnuredayu Mashari, 30, serta anak tunggal mereka, Naura Balqis, 2, dalam perjalanan ke rumah keluarga di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya.
Namun perjalanan biasa itu bertukar tragedi apabila kemalangan melibatkan empat buah kenderaan berlaku. Dalam kejadian tersebut, Allahyarham disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Isterinya pula mengalami patah tulang peha dan pinggul dan kini menerima rawatan di Zon Kuning HSI, manakala anak kecil mereka terselamat dan berada dalam keadaan selamat walaupun kanak-kanak 2 tahun kehilangan bapa secara mengejut.
Bagi seorang ibu, tiada yang lebih menggembirakan selain menyediakan makanan kegemaran anak yang pulang ke rumah. Abdul Aziz berkongsi, setiap kali arwah datang menziarahi mereka, isterinya pasti akan memasak lauk kegemaran anak lelakinya itu.
“Setiap kali dia balik, emaknya akan masak ayam sambal. Itu lauk kegemarannya,” katanya ringkas, namun cukup meruntun perasaan.
Lauk yang disediakan dengan penuh kasih sayang itu akhirnya tidak sempat dijamah, menjadi simbol rindu yang tidak berpenghujung.
Menurut Abdul Aziz, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara atau petanda sebelum kejadian. Arwah dikenali sebagai seorang yang peramah, penyayang dan sangat rapat dengan ahli keluarga.
“Dia sangat mesra dengan anak-anak saudaranya. Bulan lepas saya nampak mereka bermain catur dan dam bersama-sama ketika berkumpul di rumah,” katanya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Impian Emas kira-kira jam 3.30 petang, tidak jauh dari kediaman arwah sendiri.
Satu lagi ketentuan takdir dekat ketika hidup, dekat juga ketika kembali ke tanah.
Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam buat keluarga, terutama seorang anak kecil yang kini membesar tanpa sempat mengenal erti kasih seorang ayah.
Kanak-kanak 2 tahun kehilangan bapa ini menjadi simbol betapa singkatnya jarak antara pertemuan dan perpisahan, hanya dipisahkan oleh beberapa ratus meter.
Sesungguhnya, hidup dan mati adalah rahsia Tuhan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, serta keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini.