
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika berada dalam jagaan pengasuh wanita di sebuah rumah di Bandar Sri Sendayan, malam tadi.
Kejadian menyayat hati itu difahamkan berlaku kira-kira jam 10 malam apabila pengasuh terbabit menyedari bayi berkenaan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan bantuan.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Azahar Abdul Rahim, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada ibu mangsa yang merupakan seorang guru taska berusia lingkungan 30-an.
“Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar dan doktor bertugas telah melakukan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR), namun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasil siasatan awal mendapati bayi tersebut dijaga oleh pengasuh wanita berusia lingkungan 30-an itu sejak Disember tahun lalu.
Ketika kejadian, mangsa dipercayai ditidurkan di dalam buaian dan diberikan puting jenis silikon sebelum pengasuh menyedari bayi tersebut tidak sedarkan diri.
Mayat bayi kemudian dihantar ke Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.
Susulan kejadian itu, wanita terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.
Pemergian seorang bayi kecil yang baru tujuh bulan mengenal dunia ini nyata meruntun hati ramai.
Di saat ibu ayah keluar mencari rezeki demi masa depan anak, berita sebegini pastinya menjadi mimpi paling menakutkan buat setiap keluarga.
Ramai netizen turut meluahkan rasa sedih dan berharap siasatan dilakukan secara telus bagi mengetahui punca sebenar kejadian yang mengorbankan nyawa bayi tidak berdosa itu.
Kes bayi lelaki maut seperti ini juga mengingatkan masyarakat mengenai pentingnya aspek keselamatan serta pemantauan terhadap anak kecil ketika berada di bawah jagaan pihak lain.
Ibu bapa disarankan sentiasa memastikan pengasuh berdaftar, mempunyai pengalaman menjaga bayi serta berada dalam persekitaran yang selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Pada masa sama, masyarakat diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial.
Berita ini mengejutkan ramai ibu bapa, sehubungan itu, ibu bapa serta pengasuh perlu supaya sentiasa memberi perhatian penuh terhadap keadaan bayi, terutama ketika waktu tidur.
Bayi berusia bawah setahun mempunyai risiko tinggi mengalami masalah pernafasan sekiranya posisi tidur tidak sesuai atau terdapat objek yang boleh menghalang saluran pernafasan mereka.
Penggunaan buaian, bantal tebal, selimut berlebihan serta puting tertentu juga perlu dipantau dengan teliti bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.
Ibu bapa juga disarankan memastikan pengasuh mempunyai pengalaman serta pengetahuan asas berkaitan penjagaan bayi termasuk cara menghadapi situasi kecemasan.
Selain itu, pemantauan berkala menerusi panggilan video atau komunikasi berterusan antara ibu bapa dan pengasuh boleh membantu memastikan keadaan bayi sentiasa berada dalam keadaan baik.
Oleh itu, bayi tidak dibiarkan tidur bersendirian terlalu lama tanpa pemantauan orang dewasa.
Dalam situasi tertentu, tindak balas pantas amat penting kerana beberapa minit pertama ketika kecemasan boleh menentukan peluang menyelamatkan nyawa bayi.
Kejadian bayi lelaki maut ini secara tidak langsung membuka mata banyak pihak mengenai pentingnya aspek keselamatan kanak-kanak ketika berada di bawah jagaan orang lain.
Masyarakat juga berharap agar ibu bapa lebih berhati-hati dalam memilih pusat jagaan atau pengasuh persendirian demi memastikan keselamatan anak kecil sentiasa terjamin.
Sumber: Berita Harian & sudden-infant-death