Ekoran kes kematian bayi akibat lemas dalam baldi, siasatan awal polis mendapati ia berlaku selepas aktiviti “memancing.”
Semalam Pa&Ma berkongsi tentang pemergiaan seorang bayi, Abdul Rayyan Mijan, 9 bulan yang meninggal dunia dipercayai lemas ditemui di dalam baldi berisi air selepas aktiviti ‘memancing’ di sebuah pusat jagaan (taska) di Seksyen 32, Shah Alam.
RAYYAN DITEMUI DALAM BALDI SELEPAS AKTIVITI
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati, pemilik taska berusia 30 tahun dan tiga pengasuh menjalankan aktiviti itu di dalam bilik bersama 10 anak asuhan yang dihantar ke premis itu pada 1.45 tengah hari.
Katanya, kejadian disedari seorang daripada pengasuh selepas selesai aktiviti apabila bayi itu ditemui dalam baldi kecil berisi air di bilik air, dengan kepalanya ke bawah.
DIBAWA KE KLINIK & IBU DIHUBUNGI
“Pemilik taska kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Desa Jalan Kebun untuk mendapatkan rawatan.
“Pada jam 2.30 petang, ibu mangsa berusia 37 tahun dihubungi pemilik taska supaya segera ke Klinik Desa Jalan Kebun kerana mangsa mengalami kecemasan,” katanya dihubungi, hari ini.
Ads
Mangsa seterusnya dibawa ke zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada 4 petang.
Beliau berkata, bedah siasat dijalankan pada 9 pagi semalam dan tiada kesan penderaan fizikal terhadap mangsa.
ALLAHYARHAM BARU DIHANTAR 10 HARI
Kata Baharudin, bayi itu baru 10 hari dihantar ke taska terbabit dengaN bayaran RM300 dan dalam keadaan sihat serta tiada penyakit.
“Mangsa anak tunggal pengadu yang juga warga Indonesia akan dihantar pada 7 pagi sebelum wanita itu, juga seorang ibu tunggal ke tempat kerja di sebuah kelab golf di Kota Kemuning.
Ads
TASKA BEROPERASI TANPA LESEN
“Taska itu terletak di tingkat dua bangunan lot kedai dua tingkat dan beroperasi sejak Disember 2018, dipercayai tanpa lesen.
“Ada tiga pengasuh perempuan wanita tempatan berusia antara 18 dan 22 tahun di taska yang menjaga seramai 25 bayi dan kanak-kanak berusia antara sembilan bulan dan tiga tahun. Hanya mangsa yang berusia bawah setahun,” katanya.
Baharudin memberitahu ketika kejadian hanya ada 10 anak asuhan sedang dijaga di premis yang turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV).
POLIS KENALPASTI KECUAIAN SEBAGAI PUNCA KEMATIAN
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengenalpasti punca kejadian dan sama ada berlakunya kecuaian.
“Pemilik taska ditangkap kira-kira jam 10 malam tadi (semalam) untuk siasatan lanjut dan perintah reman akan dipohon pagi ini,” katanya.
Nasib menimpa bayi malang itu, Abdul Rayyan Mijan, tersebar selepas kisahnya dimuat naik dalam akaun Facebook Unit Khas Van Jenazah, berikutan ibu mangsa kurang berkemampuan untuk menguruskan jenazahnya.
Lumrah rumah yang ada anak kecil bersepah dengan mainan. Ada ibu bapa yang ‘sakit mata’ melihat rumah bersepah dengan barang mainan anak. Kadang tu bila berjalan terpijak mainan atas lantai, sakitnya sampai boleh keluar air mata.
Bila kemas letak dalam bekas besar, sekejap je boleh bertahan. Selepas tu, disepahkan semula atas lantai. Disebabkan situasi ni lah ada ibu yang biarkan je dulu anak main puas-puas sebelum kemas semula.
Bagi ibu yang tak mahu rumah bersepah dengan mainan penuh di lantai, ibu boleh lah DIY rak mainan seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ain Anises.
Kos untuk buat rak mainan ini cuma RM 29.90 sahaja. Kalau beli di shopping online paling murah pun RM99.
Baskets tu semua Ain beli dikedai eco je. Kayu tu pula beli di kedai hardware. Kayu tu nak cat boleh nak spray pun boleh. Bagi dia nampak cantik dan lagi kemas.
9 baskets RM 18.90 3 batang kayu RM 11
Hanya perlukan tenaga dan kreativiti sahaja…Inas pun suka.. lepas ni dah boleh ajar Inas lepas main mesti dan wajib letak di tempat asal. Mainan anak pun tak lah berselerak lagi. Betul tak?
Sumber: Nurul Ain Anises
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin tanpa sedar suami seringkali sakitkan hati isteri sama ada dengan perbuatan seperti meninggikan suara atau berkasar dan bersikap kedekut untuk memenuhi keperluan para isteri atas pelbagai alasan. Ini tanpa sedar menutup pintu rezeki sendiri menjadi sempit
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini wajar dibaca para suami agar tidak memperkecil-kecilkan wanita bergelar isteri, ibu dan ibu mertua dalam kehidupan. Pentingnya menjaga emosi, memberikan kasih sayang kepada kepada ketiga-tiga insan ini.
Ramai yang bertanya betul ke sakitkan hati isteri rezeki jadi sempit, rezeki yang ada pun hilang?
Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita. Hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.
Jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka & bersangka jahat. Bimbing & pimpinlah supaya dekat dengan Allah.
Kisah adik Ainul suatu ketika dahulu pernah viral di seluruh Malaysia dan ramai yang menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral demi melihat bayi comel ini sembuh.
Menderita ketumbuhan dalam mulut, bapa kepada adik Ainul, Ahmad Safiuddin tabah dan begitu kuat menerima takdir Allah.
Walaupun bukan selalu ibu bapa Ainul Mardhiah memuat naik status terbaru mengenai perkembangan kesihatannya, ternyata ramai yang ternanti-nanti untuk mengetahui keadaan terkini buah hati rakyat Malaysia ini.
Beberapa jam yang lepas ibu Ainul, Puan Erwani memuatnaik video di instagram tentang bagaimana cara dia menukar trachy di leher Ainul setiap dua minggu. Video tersebut mendapat tontonan sebanyak hampir 59ribu tontonan dalam masa 8 jam.
Tukar trachy ni selalu dua minggu sekali, mama dan walid akan buat. Sebenarnya dah lama nak post, tapi takut ada yang tak sanggup nak tengok.
InshaAllah, benda ni sementara je untuk Ainul🥰 Feel free untuk tanya mama Ainul apa-apa di post ni berkaitan trachy Ainul, InshaAllah mama Ainul akan reply satu-satu ya❤️ Enjoy and thank you for watching this video🌹
Ibu Ainul menjelaskan bahawa pemakaian trachy di leher hanya buat sementara waktu sahaja. Rata-rata netizen tidak sanggup melihat keadaan adik Ainul.
angieshalasiah “such a strong girl adik Ainul, dulu anak saya pun guna trachy, tukar sendiri dah jadi rutin, 3tahun guna, Alhamdulilah skrg dah sembuh masalah pernafasan dia. semoga Ainul akan diber kesembuhan sama dgn Aryan Malik. Aaminnnn”
farahadibahismail “Allahuakbar menangis tengok 😭 Semoga Ainul sihat cepat tak perlu pakai trachy lagi”
norhaitah.ab “Kuatnya Ainul..tak menangis pun..Alhamdullah..respect kat ibubapa Ainul yg menjaga Ainul dgn baik ..semoga Allah beri kesembuhan pd Ainul..Amiin”
fatinilani “Ainul good girl. ❤️”
khainisasulaiman “Utk org penaku mcm sy mmg tak sanggup nak tengok..hehe..both of u are such an inspiration! Ainul is definitely blessed to have u both as parents ☺️”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Berikut merupakan kronologi kisah adik Ainul;
13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka
Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu.
Pada saat disedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan kedalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang & Ketumbuhan.
Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya.
23.8.2018, Khamis (Menaiki Ambulan)
Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat ).
Ketumbuhan Kali Kedua Selepas Sebulan Buat Pembedahan
Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation. Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.
Tidak Boleh Lakukan Pembedahan
Ainul tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.
Kisah adik Ainul mula tular selepas luahan bapanya di Facebook dan mendapat perhatian ramai termasuklah Jutawan Kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri.
April 2019
Apa nama adik ni yaa… siapa kenal adik ni??kalau boleh saya nak jumpa adik ni sendiri… saya amat kesian dengan nasib adik ni dan ingin menbantu apa yang perlu utk beliau… siapa yang kenal atau menpunyai number telefon adik ni sila pm sy..inyallah sy cuba yg terbaik dgn rezki apa yg saya ada – Aliff Syukri
12.04.2019
Menurut Ahmad Safiuddin, salah seorang kenalannya di sana telah membawa laporan kesihatan Ainul untuk diberikan kepada pakar perubatan kanser di hospital tersebut.
“Kenalan di sana dah bawa medical report ainul kepada pakar perubatan kanser di sana. Harap mereka boleh lakukan sesuatu!” katanya.
13.04.19 (Genap Usia Ainul 8 Bulan)
Tarikh 13 April lalu genaplah usia Ainul Mardhiah, 8 bulan. Di sebalik tarikh lahir Ainul yang dilahirkan 13 Ogos 2018 ada tersimpan maksud tersirat di sebalik tarikh tersebut.
Sebab Surah ke 13, Ayat 8 ( Surah Ar-Ra’d )
17 April 2019
Tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung adik Ainul Mardhiah, Dato’ Sri Aliff Syukri melawat anak istimewa ini untuk menyerahkan cek sumbangan.
19 April 2019
Masih tunggu respon pakar di UK. Walid terpaksa ikat tangan ainul elak tumor berdarah
Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubungi ibu bapa adik Ainul dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.
Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.
Dr Amalina turut meminta laporan perubatan anaknya untuk membawa isu berkenaan kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing dan akan sentiasa berhubung dengan ibu Ainul.
26 April 2019
“Sementara tunggu respon dari luar negara, kami perlu lakukan sesuatu. Tidak boleh duduk diam di rumah kerana tumor ini setiap hari makin membesar.”
8 May 2019
Dr. Amalina & Team Sudah Respon!
“Mereka dah ready di sana and minta kami buat MRI di sini. Menurut kata Dr Amalina, Pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul,” katanya.
Dr Amalina Mohon Terus Bagi Sumbangan Bantu Ainul!
Sementara itu, menerusi insta story Dr Amalina dia juga memohon jasa baik masyarakat untuk memberi sedikit sumbangan untuk membawa Ainul Mardhiah dengan segera ke London. Turut tertera nombor akaun Ahmad Safiuddin.
11 May 2019
Kerajaan Melaka akan membantu kos penerbangan dan pengangkutan keluarga adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di bahagian mulut, ke United Kingdom (UK).
Satu Persatu Allah Permudahkan!
Sebelum ini Ahmad Safiuddin ada bertanya mengenai urusan membuat pasport Ainul untuk persediaan ke UK. Namun beberapa jam selepas itu, Safiuddin menjelaskan telah dihubungi pegawai imigresen yang menawarkan bantuan untuk memudahkan Ainul membuat passport tanpa perlu ke pejabat imigresen.
21 May 2019
Urusan persiapan keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, penghidap kanser mulut, ‘Germ Cell Tumor’, ke London hampir selesai apabila bapanya mengesahkan bakal bertolak ke sana, Khamis 23 May 2019.
“Pihak MAS sudah bersedia untuk membawa kami sekeluarga malah dua doktor pengiring yang juga pakar bius hospital swasta, sudah bersedia mengikut kami ke sana.
“Sebaik sahaja kami tiba di sana nanti, Ainul Mardhiah akan terus di bawa ke hospital di sana dan menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI),” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Ayer Molek, Melaka.
Katanya, dua doktor pengiring itu adalah individu sukarela yang menggunakan perbelanjaan mereka sendiri, malah Dr Amalina Che Bakri juga mengesahkan kepadanya akan ada doktor yang menunggu di lapangan terbang di London.
24 May 2019
Adik Ainul Mardhiah dan ibu bapanya sudah berlepas ke London menaiki penerbangan MAS bagi menjalani rawatan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam facebooknya.
30 May 2019
Selepas tiba di London pagi Sabtu lalu, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kini ditempatkan di dalam inkubator dengan wayar yang berselirat di sebuah hospital kanak-kanak.
3 June 2019
“Assalamualaikum dan hai semua! Doktor kata, Ainul semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah. Sekarang ni Dr nak bagi Ainul rehat dulu untuk persiapan rawatan seterusnya.
7 June 2019
Ainul confirm akan dibedah tidak lama lagi, cuma sekarang ini mereka di sini mahu Ainul besar dan kuat sikit dahulu. Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pun dah buat, doktor doktor pakar pun telah berbincang dan setelah mereka teliti keadaan Ainul dan bincang kaedahnya, mereka sebulat suara menjawab
10 June 2019
Bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
“Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan (pada mulut Ainul) berjaya dibuang mengikut perancangan,” katanya ketika ditemui, hari ini, selepas terbabit dalam sesi pembedahan berkenaan selama lima jam.
11 June 2019
“Ainul nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.
Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.
12 June 2019
Ramai yang terlibat sepanjang rawatan anaknya di UK selain daripada Dr Amalina Bakri. Ramai doktor yang disifatkan ‘doktor kiriman Allah’ yang turut sama memberikan sokongan sepanjang usaha rawatan Ainul di Malaysia & UK. Ahmad Safiuddin dan isteri berasa amat terhutang budi.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.