Kita mula risau bila bayi kita tidak membuang air besar seperti biasa. Sembelitkah? Pelbagai pertanyaan dan keraguan yang mula kita fikirkan. Apa sebenarnya yang berlaku pada anak kita. Adakah sembelit atau ada punca lain.

Sesetengah bayi dan anak kecil kita hanya membuang air besar sehari sekali atau sekali bagi setiap 2 hari. Namun apa yang penting untuk kita perhatikan adalah tekstur najis itu. Paling penting, tekstur najis mereka lembut dan mudah melalui usus.

Walaupun sembelit merupakan perkara biasa untuk terjadi, namun ada beberapa kes, ia mungkin mengalami masalah kesihatan tertentu.

Bayi Meneran Tak Semestinya Sembelit, Pulihkan Anak Susah Buang Air Besar Dengan Cara Ni, Mesti Lancar!

Baby tak buang air besar tandanya sembelit?
Si kecil mungkin mengalami sembelit sekiranya najis mereka tampak seperti pelet kering yang keras dan tidak meresap masuk ke dalam lampin.

Masalah sembelit bayi boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Tetapi selalunya, tiada sebab atau punca yang jelas. Keadaan ini dikenali sebagai sembelit idiopatik – apabila penyebabnya tidak diketahui.

Jika anak tidak mengalami pergerakan usus untuk 1 atau 2 hari dan tekstur najis anak lembut atau cair, ia bererti tiada masalah sembelit bayi yang berlaku.

Ini kerana ada kalanya bayi juga memerlukan masa untuk mengatur jadual pergerakan usus sendiri dan kekerapan membuang air besar yang tidak teratur adalah normal.

Bayi Meneran Tak Semestinya Sembelit, Pulihkan Anak Susah Buang Air Besar Dengan Cara Ni, Mesti Lancar!

Meneran
Ibu yang pernah menatap wajah si manja semasa berak pasti menyedari ada kalanya bayi kelihatan seakan meneran, bukan?

Tetapi itu tidak bermakna wujudnya masalah sembelit bayi. Ini kerana otot perut bayi masih lemah menyebabkan mereka perlu meneran untuk mengeluarkan najis. Si kecil tidak dikategorikan mengalami sembelit jika pergerakan usus yang lembut setelah beberapa minit meneran.

Tetapi jika proses meneran itu disertai dengan tangisan, tekanan, wajah kemerahan dan si kecil merengek, itu barulah petanda sembelit.

IKLAN

Jenis penyusuan dan masalah sembelit bayi
Tidak dinafikan jenis susu yang diberikan kepada bayi juga boleh menjadi punca sembelit.

Menyusu badan
Isu baby tak berak jarang dialami oleh si kecil yang diberikan penyusuan susu badan. Ini kerana susu ibu mengandungi julap semula jadi. Malah bayi yang menyusu badan juga cenderung mempunyai najis berwarna kuning yang agak lembut teksturnya. Bayi baru lahir yang diberikan susu ibu mungkin akan berak setiap kali selepas makan.

Manakala bayi lebih berusia mungkin tidak akan membuang air besar sehingga tempoh seminggu. Jangan risau, ia bukan masalah sembelit ya ibu jika najis lembut dan cair.

Susu formula
Bayi yang diberikan susu formula biasanya mempunyai najis yang banyak dan perlu berak lebih kerap berbanding si manja diberikan susu ibu. Jika menggunakan susu formula, pastikan anda mengikut arahan bancuhan yang betul atau ia boleh menjadi punca baby tak berak.

Bayi Meneran Tak Semestinya Sembelit, Pulihkan Anak Susah Buang Air Besar Dengan Cara Ni, Mesti Lancar!

Elakkan:
* Mencampur adukkan jenis susu
* Membuat bancuhan susu yang cair – tidak mengikut arahan bungkusan
* Menambah makanan pejal seperti biskut atau nasi kerana anak boleh tersedak dan menjadi punca masalah sembelit bayi

IKLAN

Kaedah rawatan atasi keadaan baby susah buang air besar
Terdapat beberapa cara boleh ibu lakukan untuk mengatasi masalah bayi di bawah usia 6 bulan yang mempunyai masalah susah berak, seperti:

* Berikan mandian air suam kepada bayi untuk melegakan usus.

* Lakukan urutan perlahan pada perut bayi mengikut arah jam. Berikan sedikit tekanan pada perut bayi dan lakukan gerakan bulatan dari pusat ke luar.

* Baringkan bayi dan gerakkan kaki mereka seolah-olah sedang mengayuh basikal.

* Jangan berikan sebarang ubat julap melainkan atas arahan doktor.

Bayi Meneran Tak Semestinya Sembelit, Pulihkan Anak Susah Buang Air Besar Dengan Cara Ni, Mesti Lancar!

* Berikan susu yang mencukupi. Bayi di bawah usia 6 bulan harus mendapatkan 700ml cecair setiap hari – sama ada daripada susu ibu atau formula.

IKLAN

* Anda boleh berikan antara 50 hingga 120 ml jus buah prun, pir, ceri atau epal setiap hari. Apabila najisnya semakin lembut, kurangkan jumlahnya.

Menarik: Ekzema Masalah Kulit Anak Berpunca Daripada Anak Stress, Ini Pencerahan Pakar

Bayi Meneran Tak Semestinya Sembelit, Pulihkan Anak Susah Buang Air Besar Dengan Cara Ni, Mesti Lancar!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sumber: hellodoktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI