Buat pengetahuan ibu, berurut bukan untuk golongan dewasa sahaja. Bayi juga perlu diurut tapi ada caranya. Mengurut bayi dengan lembut akan membuatkannya berasa lebih tenang.
Jika diikutkan mengurut bayi bukanlah sesuatu yang pelik kerana telah ramai ibu bapa mengamalkannya. Mengurut bayi adalah aktiviti yang menyenangkan dan membuatkan pasangan dapat memanfaatkan masa mereka bersama anak.
Sambil mengurut dengan lembut anda boleh bercakap dengan bayi. Nak lagi menyeronokkan boleh menyanyi dengannya. Anda boleh lihat reaksinya dengan senyuman, ketawa atau keletahnya.
Bayi memerlukan ungkapan kasih sayang daripada ibu bapanya. Salah satu cara untuk melahirkan kasih sayang tersebut adalah dengan mengurut bayi. Dengan cara mengurut yang tepat, bayi anda akan mendapat banyak manfaatnya.
Kebaikan Mengurut Bayi
Ads
Kasih Sayang
Bayi akan rasa satu sentuhan kasih sayang daripada ibu atau ayahnya ketika diurut. Kasih sayang merupakan perkara yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi. Sentuhan lembut dari tangan dan jari ibu dan ayahnya membuatkan fizikal dan emosinya lebih stabil.
Bantu Tumbesaran
Ads
Proses tumbesaran bayi akan menjadi lebih baik dengan cara mengurut bayi. Malah bagi bayi pramatang, proses urutan sangat bagus dan mempercepatkan pertambahan berat badan berbanding bayi yang tidak diurut.
Kesihatan bayi lebih baik
Bayi yang diurut biasanya perjalanan darah lebih lancar, proses penghadaman baik selain memperbaiki pernafasan bayi. Malahan dengan mengurut juga boleh meningkatkan sistem antibodi bayi.
Ads
Lebih tenang
Bukan sahaja bayi lebih tenang, ia membuatkan tidur bayi anda lebih lama kerana keselesaan yang diperoleh selepas urutan. Di samping itu, mengurut bayi juga sangat bagus untuk menguatkan otot sepanjang tempoh tumbesarannya.
Peringatan buat ibu ayah, mengurut bayi boleh dimulakan di bahagian telapak kaki kemudian barulah ke belakang, dada, perut, lengan dan muka bayi. Jika bayi menangis segera hentikan urutan. Boleh jadi bayi berasa tidak selesa kerana lapar, ingin didukung ataupun nak tidur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan terkenal, Chryseis Tan berkongsi momen melahirkan cahaya mata keduanya di laman Instagram.
Menurut anak kepada Tan Sri Vincent Tan ini, walaupun kelahiran kali ini yang kedua kalinya, dia tetap gementar dan teruja.
“Kali kedua pun masih super nervous! Bersyukur semuanya berjalan dengan lancar dan bayi lelaki kami selamat dilahirkan”
Pemilik jenama Lumi beauty yang juga isteri kepada usahawan terkenal, SM Faliq Nasimuddin (NAZA Group) turut meluahkan rasa syukur dengan kepsyen “Alhamdulillah” setelah selamat melahirkan cahaya mata lelakinya.
“Alhamdulillah (See me smiling & posing for the 📸 ) Thank you once again to the same A team ( Dr Kiren, Dr Satber, Dr Uma, Dr Kamaljit & all the nurses who assisted ) :: Now, guess who baby looks like!”
Sebelum ini Chryseis dan Faliq dikurniakan cahaya mata perempuan, Arianna Kyla yang kini berusia 3 tahun.
Rata-rata rakan usahawan dan peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan usahawan ini
Meskipun sudah mempunyai cahaya mata yang lain, apabila berlakunya keguguran emosi seorang ibu pasti akan terkesan dan terganggu ditambah pula perlu menjalani proses berpantang tanpa kehadiran bayi.
Pelakon dan usahawan, Yatt Hamzah mengakui emosinya terganggu selepas mengalami keguguran anak kelima pada 15 September yang lalu.
Akui Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ia bukan satu perkara mudah untuk jalani proses berpantang tanpa kehadiran cahaya mata di sisi.
“Alhamdulillah harini dah habis tempoh berpantang 2 minggu selepas keguguran pd 15 September lalu. Ada appointment dengan Dr Asmah Yun di Hospital Pusrawi. Wallahi bukan mudah berpantang tanpa bayi, emosi tak stabil..
“Sangat rapuh. Sebab itu perlu ada support dari keluarga terutama dari Suami. Terima kasih suami Syurgaku.. @zulfadhli_khiruddin
“Namun Alhamdulillah masih ada kakak-kakak baby. Hawa pun masih lagi baby. Hari ini baru masuk 9 bulan. Happy 9 months old anak Bonda Suci Hawa Zulaikha.”
Walau masih sedih dengan dugaan yang menimpa, Yatt tetap bersyukur kerana masih mempunyai 4 cahaya mata lain untuk dibesarkan dan dididik dengan sempurna.
“Alhamdulillah Bonda bersyukur walaupun tiada rezeki nak menimang anak kelima, Bonda masih ada 4 lagi anak yang perlu diberikan perhatian utk dibesarkan dan dididik dengan sempurna. In shaa Allah amanah Allah ini akan tetap jadi keutamaan.
Yatt juga berdoa agar dia dan ibu-ibu lain terus diberikan kekuatan dan kesabaran setiap kali diduga dengan pelbagai ujian. Dia juga sempat menitipkan kata-kata semangat buat ibu lain yang mengalami nasib yang sama dengannya.
“Semoga Allah terus beri kekuatan dan kesabaran buat Bonda dan semua ibu-ibu di luar sana yang tak pernah sunyi diduga dengan pelbagai ujian.
Buat ibu-ibu yang pernah dan sedang mengalami keguguran seperti Bonda, jangan bersedih. Percayalah inilah yg terbaik buat kita. Mungkin kehamilan itu akan membawa mudarat yang lebih buruk buat si ibu atau bayi itu sendiri.
“Sebab itulah Allah menjadikannya sebegini. Kerana Allah lebih tahu sedangkan kita manusia tiada daya upaya dan tak tahu. Terima kasih Allah. Alhamdulillah,” tulisnya.
Sekadar informasi, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015. Yatt kemudian mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam dan ulangan Ahad, 4 Ooktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ibu adalah kekuatan kepada anak-anaknya. Maka disebabkan itulah, seorang ibu harus kuat tubuh badan, mental dan emosinya demi membesar dan menjaga amanah Allah ini.
Jika ibu lemah, keseluruhan isi rumah, lebih-lebih lagi anak-anak akan turut menjadi lemah. Maka carilah terapi diri untuk menguatkan emosi diri kita sendiri. Jika terlalu penat, berehatlah! Tanpa dibendung kepenatan ini akan membinasakan dan anak-anaklah yang bakal menjadi mangsa. Ibu menyinga dan marah tanpa sebab.
Menurut Ibu Rose-Mesejnya Kasih, belajarlah untuk mencintai diri sendiri demi memberi kekuatan kepada orang tersayang yang lain. Jangan biarkan diri sendiri dan anak menjadi mangsa dek penderaan emosi kita.
LOVE YOURSELF
Berapa lama dah kita lalui hidup ni?. Dengan pelbagai cabaran dan pancaroba. Ada masa kita gembira ada masa kita berduka. Ya, memang lumrah kehidupan begitu. Betul kan.
Tapi, sedar tak kita siapakah yang setia bersama kita ketika kita hadapi apa jua keadaan. Hujan mahupun panas, ribut ataupun petir?
Itulah dia yang setia bersama iaitu ME, MYSELF! Diri kita sendiri.
Kadang kita tak sedar kita terlalu berkeras terhadap diri kita sendiri. Tak boleh bersedih, tak boleh lemah, tak boleh menangis, kena kuat, kena cekal, telanlah apa juga yang terjadi. Akhirnya apa yang jadi?
Diri menjadi sangat tertekan.Mungkin ada satu kesukaran dalam hidup yang telah dilalui. Maka, kita mahu keluar dan bangkit dari kemelut itu. Kita nafikan perasaan halus yang berada di lubuk hati paling dalam.
Ya, benar. Akhirnya kita mampu bangkit. Menyembunyikan perasaan itu di bawah karpet dan biarkan ia terus bersembunyi.
Sayang, please. Sayangilah dirimu.
Ibu tahu, betapa ramai wanita diluar sana yang sakit dan menderita tetapi disembunyikan dibalik wajahnya yang ceria dan tugas-tugasnya yang outstanding. Itu semua hanyalah cara untuk melupakan kesakitan itu dan bukan memulihkannya.
Apa kesannya bila ia tak dipulihkan? Orang begini, cenderung untuk mudah memarahi anak tanpa sebab yang jelas kerana anak-anak itu menjadi ‘punching bag’ pada kesedihannya.
Kesian kan anak yang tidak bersalah pula menjadi mangsa. Walaupun ibu ini sangat sayangkan anaknya, tapi kerana suatu kesakitan yang tak diubati, dipendam, ditekan ke dalam diri, energy itu akhirnya terlepas kepada anak.
Yang mana, akhirnya penyesalan yang berulang-ulang kali terjadi. Menyesali diri kerana marahkan anak berlebihan, meninggalkan parut bukan saja pada tubuh anak, malah hati anak itu sendiri.
Allahu..sudah berapa ramai yang mengadukan hal sama pada Ibu. Ibu tak mampu hanya melihat dan mendengar saja. Ibu tak sabar dengan hanya melihat apa yang terjadi. Ibu-ibu begini perlu dibantu. Sungguh mereka perlu bantuan.
Mari Ibu mahu kongsikan satu terapi, yang mungkin boleh anda lakukan untuk mengembalikan rasa sayang pada diri sendiri. Kalau tak sayangkan diri sendiri, bagaimana mahu menyayangi orang lain? Betul tak?.
So, kalau nak menyayangi anak mahupun pasangan, perkara yang kena ada dahulu adalah sayang pada diri sendiri.
Mudah saja nak lakukan terapi ini.
Masa : Better buat lepas mandi awal pagi sebelum subuh. Tapi, bila-bila rasa down pun boleh je buat. Cuma jangan buat depan orang.Nanti orang ingat kita tak betul pula.
Caranya :
1. Hadapkan wajah kita ke cermin.
2. Pandang ke dalam anak mata sendiri dalam cermin tu.
3. Senyum sambil mata terus pandang anak mata dalam cermin.
4. Katakan kata-kata penghargaan dan kemaafan dan sepanjang itulah senyum, contoh : – Assalamualaikum (Nama). – Saya sayang (Nama) – Saya sangat hargai apa yang (Nama) dah buat selama ni untuk saya. – Terima kasih (Nama) sebab selalu bersama saya. – Terima kasih (Nama) sebab selalu berusaha bersungguh-sungguh setiap hari. – (Nama) saya minta maaf, kalau selama ini saya terlalu keras pada awak. – Saya sayangkan awak (Nama) – Jom kita jadi orang baik hari ni. – Jom kita cari Redha Allah. – I Love you (Nama) – Saya sayang awak sangat-sangat (Nama) – Saya sayang awak kerana Allah.
5. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus.
6. Peluk diri sendiri dan kata. “Saya sayang awak (Nama)”
Selesai..
Alhamdulillah, bila lakukan terapi ini berulang kali, InsyaAllah anda akan rasa perbezaannya. Selalunya ada yang berkongsi, pertama kali buat terapi ni rasa lain sangat. Sebak dan kesian kat diri sendiri.
Semoga perkongsian Ibu pagi ni dapat membantu sayang lebih mengenali diri dan menyayangi diri sendiri. Ibu doakan anda selalu.
Salam kasih, Ibu Rose dan Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!