Minda si kecil ibarat span. Apa sahaja rangsangan yang diterimanya akan membantu bayi untuk membina sambungan antara sel-sel otaknya. Tidak sekadar untuk penerokaan minda, ia juga dapat membantu bayi kurang meragam.
Menurut Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani, aktiviti ini dilakukan kepada bayinya, Zaid Hamizan sejak dari usia sebulan. Bahan yang digunakannya juga tidak sukar untuk didapati.
Saya mahu berkongsi aktivti saya dengan bayi saya ketika dia berusia 0-7 bulan. pemikiran yang menganggap bayi sekadar makan, minum dan tidur tu saya cuba alihkan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan mencipta pelbagai kenangan.
TAHUN PERTAMA ANAK PERLU DIRAIKAN
Pada pendapat saya, kita perlu raikan tahun pertama anak sebagai khalifah yang berpotensi. Saya mahu lebih ramai lagi yang menghargai ruang dan peluang yang ada khususnya di awal perkembangan.
AKTIVITI UNTUK BAYI BOLEH KURANGKAN RISIKO MERAGAM
Dengan aktiviti bermain ni dapat kurangkan ‘stress’ pada bayi. Jadi, bayi tidak banyak meragam. Mereka akan lebih ceria sebab kita membri kepercayaan padanya untuk menerokai (explore everthings). Pada tahun pertama, mesti mereka berkeinginan untuk tahu macam-macam.
15 AKTIVITI RANGSANGAN YANG DILAKUKAN UNTUK ANAKNYA
Merangkak adalah cubaan pertama bayi untuk bergerak. Petunjuk jelas bayi anda sedia untuk merangkak adalah keupayaannya untuk duduk sendiri. Apabila bayi anda sedia untuk merangkak, dia berupaya untuk menolak dirinya ke kedudukan duduk.
Kadang kala anda boleh melihat bayi membuat gerakan ala komando iaitu mereka menolak diri sendiri ke hadapan menggunakan tangan, kerana otot bawah badan mereka belum kuat lagi.
Bayi yang baru merangkak biasanya belajar menyeimbangkan keempat-empat anggotanya dan belajar menolak lutut untuk bergerak ke hadapan atau ke belakang. Kebanyakan bayi pada usia ini sentiasa mahu berada di atas lantai. Kita boleh meletakkan banyak objek yang menarik di atas lantai untuk membantunya merangkak.
Bagaimanapun doktor kurang menyarankan ‘latihan’ untuk bayi kerana menganggap kebolehan merangkak adalah perkara semulajadi yang berlaku ketika mereka sedang bermain. Sekiranya bayi kurang selesa untuk merangkak, jangan paksa kerana matlamat utama adalah untuk berseronok dengan bayi anda bukan memaksanya merangkak.
Ada bayi yang berguling, ada yang bergerak seperti komando dan ada juga yang mengesot. Sesiapa yang mengatakan setiap bayi mesti merangkak sebelum mereka berjalan adalah salah. Ini kerana perkembangan setiap bayi adalah berbeza-beza. Ada yang belajar duduk dan mengesot sebelum mereka belajar berdiri dan terus berjalan.
Bahkan ada bayi yang langsung tidak melalui tahap merangkak sebelum mereka boleh berjalan. Namun, jika bayi anda masih merangkak walaupun sudah berusia lebih 15 bulan, pastikan anda berjumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Apabila bayi anda sudah mahir merangkak, seluruh ruang tamu menjadi dunia barunya. Jadi, anda perlu pastikan keselamatan ruang tersebut kepada bayi. Elakkan sebarang objek yang boleh mendedahkan bayi kepada risiko kecederaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Raja Ilya berkongsi perkembangan terkini permata hatinya, Talita yang kini sudah genap dua bulan usianya.
Menurut Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, sejak dilahirkan hingga kini, anak perempuannya itu seorang bayi yang sangat mudah dijaga.
Bayi 12 bulan ke bawah tidak perlu suplemen. Paling mustahak berikan mereka susu ibu dan makanan pejal (bagi bayi enam bulan ke atas) yang seimbang.
Menurut Dr. Roliza Ibrahim, Pakar Kanak-Kanak DEMC Specialist Hospital, sekiranya bayi kurang makan sekali pun, kekurangan nutrien boleh ditampung dengan pengambilan susu ibu atau formula. Susu ibu terutamanya mempunyai banyak nutrien penting yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan bayi pada semua peringkat usia.
PERBAIKI PEMAKANAN BAYI
“Daripada mengambil suplemen, lebih baik ibu bapa memperbaiki pemakanan anak dengan mempelbagaikan jenis dan seimbang. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, para doktor kebanyakannya akan mengelakkan daripada membekalkan ubat-ubatan. Sekiranya perlu memberikan ubat-ubatan sekali pun, doktor akan berhati-hati dan memberikan preskripsi ubat-ubatan sekiranya ia benar-benar diperlukan sahaja. Jika anak dalam keadaan sihat, maka suplemen tidak perlu,” kata Dr Roliza.
Kepada bayi berusia 6 hingga 12 bulan yang mengalami masalah kesihatan atau kekurangan nutrisi, pemantauan dilakukan oleh doktor yang merawat berdasarkan carta pertumbuhan bayi untuk satu tempoh. Sekiranya berat badan tidak mencapai tahap yang ditetapkan, bayi sakit atau graf tidak meningkat doktor akan terlebih dahulu mencadangkan ibu bapa menukar jenis/ jenama susu (formula) atau memperbaiki kualiti dan variasi pemakanan bayi.
Pemberian suplemen hanya dilakukan setelah pemantauan doktor mendapati bayi memerlukannya. Ia termasuk keputusan ujian darah dan catatan graf pertumbuhan. Setelah semua faktor diambil kira, barulah suplemen diberikan kepada bayi dalam satu tempoh yang singkat.
Minyak ikan dan prebiotik dicadangkan pengambilannya kepada kanak-kanak yang berusia setahun ke atas sahaja sekiranya mereka sering selesema atau batuk.
KENAPA SUPLEMEN TIDAK SESUAI UNTUK BAYI?
Ibu bapa perlu memahami anatomi tubuh bayi di mana kebanyakan organ penting masih belum matang sepenuhnya. Dua organ yang paling terkesan akibat daripada pengambilan suplemen ialah buah pinggang dan hati di mana kedua-dua organ ini perlu menapis dan menyerap bahan lebihan yang dikumuhkan oleh tubuh.
Jika orang dewasa pun boleh mengalami kerosakan buah pinggang dan hati yang kekal akibat pengambilan suplemen, bayi apatah lagi. Oleh itu, ibu bapa berhati-hati lah dalam memberikan makanan tambahan atau suplemen kepada bayi.
Sekiranya zat tersebut sudah mencukupi, tubuh tidak akan menyerap sebaliknya akan disingkirkan dan kedua-dua organ ini. Ini secara tidak langsung menambahkan bebanan kepada kepada orang-organ ini.
BAYI TIDAK PERLUKAN SUPLEMEN UNTUK KULIT!
Sifat semula jadi kulit bayi ialah gebu dan halus. Bagi bayi yang mempunyai masalah ekzema, Dr Roliza menegaskan pengambilan suplemen bukanlah penyelesaian. Perkara pertama yang perlu difahami ialah kulit kering yang disebabkan oleh ekzema ialah disebabkan oleh kelainan pada kulit yang tidak boleh mengekalkan kelembapan.
Bagi menangani ekzema pada bayi ialah mengelakkan punca pencetus pada peringkat awal dan menyapu krim pelembap untuk membantu kulit sentiasa lembap.
Pengambilan suplemen bukan sahaja tidak selamat untuk jangka masa panjang kepada bayi, malah ia tidak perlu dilakukan kerana tidak akan dapat menghilangkan ekzema seperti yang didakwa.
DHA DARIPADA IKAN
Susu, sama ada susu ibu atau susu formula sudah memadai untuk menyalurkan zat dan nutrien kepada bayi. Sekiranya ibu bapa mahu bayi mendapat cukup Docosahexaenoic acid (DHA), lebih baik berikan hidangan ikan dalam sajian harian.
Menurut Dr. Roliza ikan mempunyai kandungan DHA yang tinggi dan sangat baik untuk perkembangan otak anak. Ikan seperti salmon dan boleh dimasukkan ke dalam bubur bayi yang berusia 12 bulan ke bawah dan elakkan suplemen.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dark chocolate dikatakan mampu membantu fokus dan memori anak ketika musim peperiksaan. Ketahui penjelasan Pakar Otak Dr Rizal Abu Bakar, manfaat flavanol serta cara memilih dark chocolate yang sesuai.