Sejak beberapa bulan negara di landa Covid-19, nampaknya angka kes jangkitan masih belum menunjukkan penurunan yang konsisten. Berikutan kes yang semakin meningkat sejak beberapa minggu ini, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan bayi lelaki berusia setahun lima bulan antara mangsa terbaharu positif Covid-19 di negeri Kelantan.

Jangkitan melalui ahli keluarga 

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, selain bayi berkenaan, seorang lagi lelaki berusia 25 tahun turut positif dan kedua-dua mangsa adalah kontak rapat kepada mangsa ke-162 di Kelantan.

Bayi Setahun 5 Bulan Positif Covid. Berjangkit Dengan Saudara Pulang Dari Sabah
Gambar Hiasan

“Kes 163 membabitkan seorang lelaki berusia 25 tahun iaitu adik kepada kes 162. Manakala kes 164 membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lima bulan iaitu anak saudara kepada kes 162.

“Kedua-dua kes ini mempunyai pendedahan kepada kes 162 pada 22 hingga 28 September iaitu sebelum kes 162 dimasukkan ke wad.

“Pengambilan sampel kedua-dua kes ini dilakukan pada 29 September 2020 iaitu semasa saringan kontak rapat kes 162 dan disahkan positif,” katanya ketika dihubungi.

Sejarah perjalanan dari Sabah

IKLAN

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, mangsa bagi kes 162 mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada 19 hingga 22 September, sebelum disahkan positif Covid-19 pada Isnin lalu.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dalam pemerhatian doktor

Beliau berkata, bayi berkenaan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), manakala lelaki terbabit dirawat di Hospital Tumpat.

IKLAN

“Aktiviti pencegahan dan kawalan sedang dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu bagi mengawal rantaian jangkitan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam, elakkan bersalaman, bersentuhan dan berpelukan,” katanya.

Sumber: Metro /Gambar: Foto Pa&Ma

Bayi Setahun 5 Bulan Positif Covid. Berjangkit Dengan Saudara Pulang Dari Sabah

IKLAN

Anak-anak Mama dah start merangkak laju?

Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!

Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).

Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI