Berikutan peningkatan kes yang terus naik mendadak dengan mencatatkan 691 kes baharu, terdapat empat kes kematian dilaporkan dengan salah seorang mangsanya adalah bayi perempuan.

Mangsa termuda yang meninggal di Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia.

Bayi Setahun Mangsa Termuda Covid-19. Kesihatan Merosot Setelah 5 Hari Dirawat
Gambar Hiasan

Bayi itu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, 1 Oktober lalu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober dan bayi disahkan meninggal dunia 4.25 petang hari sama,” katanya.

IKLAN

Katanya, bagi tiga lagi kematian dilaporkan hari ini membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun.

“Kes dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September lalu dan saringan Covid-19 didapati positif pada 26 September.

“Keadaan mangsa didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 6.50 pagi.

IKLAN

“Bagi kematian ke-139 (iaitu kes ke-12431) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September lalu,” katanya.

Bayi Setahun Mangsa Termuda Covid-19. Kesihatan Merosot Setelah 5 Hari Dirawat

Menurutnya, saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober jam 5.05 pagi,” katanya.

IKLAN

Menurutnya, kes kematian ke-141 (iaitu kes ke-13067) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun.

“Mangsa mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental.

“Mangsa ditemui tidak sedar diri pada 5 Oktober 2020, jam 7 pagi dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang. Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 September 2020 jam 7.50 pagi. Saringan Covid-19 dikesan positif,” katanya.

Sumber: Metro

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI