
Perasan tak, setiap kali bayi nampak sesuatu terus tangan capai, lepas tu masuk mulut? Ramai ibu ayah cepat-cepat larang sebab risau kotor atau bahaya. Tapi sebenarnya, ini bukan tabiat pelik ini adalah cara semula jadi bayi belajar tentang dunia sekeliling.
“Abang, jangan bagi anak merangkak kat lantai. Nanti semua benda dia kutip masuk mulut. Bahaya tau, banyak kuman nanti,” bebel Alia pada suaminya yang suka biarkan si kecil bebas meneroka sejak dah pandai merangkak.
Memang normal kalau ibu jadi extra protective. Naluri seorang mak, semua benda nak pastikan selamat. Tapi dalam masa yang sama, jangan sampai kita terlalu menghalang proses perkembangan semula jadi anak.
Hakikatnya, mengutip objek dan memasukkannya ke dalam mulut adalah sebahagian daripada ‘exploration phase’ bayi. Dari situ mereka belajar tentang tekstur, suhu, bentuk semua ni penting untuk perkembangan sensori dan motor mereka. Jadi bukan perlu halang, cuma pastikan kita pantau dan kawal persekitaran supaya kekal selamat.
Kalau tak percaya bacalah penjelasan tahap perkembangan ini daripada sudut pandangan seorang Terapis Cara Kerja yang berpengalaman iaitu Puan Liyana Raya. Semoga bermanfaat.
Selepas usia 2 tahun, kanak-kanak tidak lagi memasukkan benda dalam mulut kerana sudah tahu fungsi objek & benda boleh makan atau tidak.
Bayi yang tidak masukkan benda dalam mulut akan ada banyak masalah di kemudian hari. Jangan halang, pantau elok!
Ibu dan ayah sila pantau benda yang dimasukkan bayi ke dalam mulut. Pantau bayi bukan sambil tengok telefon.
Lebih baik bagi seorang bayi untuk masukkan benda dalam mulut berbanding membaca. Masuk benda dalam mulut adalah perkembangan bayi!
Topik hari ni pasal perkembangan bayi memasukkan benda dalam mulut. Tak ada apa yang nak dirunsingkan. Tuhan ciptakan perkembangan macam tu mesti ada sebab.
Takut anak termasuk duit syiling dalam mulut? Duit syiling untuk dimasukkan dalam tabung, bukan dalam mulut. Ajarkan anak tanpa jemu untuk masukkan barang ke tempat yang betul.
Takkan selamanya nak biarkan anak masuk benda dalam mulut je kan? Sebab by right, umur 2 tahun pemikiran anak dah berkembang untuk tahu fungsi objek. Ajar selalu, lama-lama kuranglah dia nak masuk benda dalam mulut. Yang kita dok buat selalu adalah menghalang dan berkata jangan. Jadi bila masa anak nak belajar untuk kenal fungsi barang?
Kalau tak de kuman, macam mana badan nak develop antibodi? Memang ada ye budak meninggal sebab kuman yang dimasukkan dalam mulut? Mohon pencerahan. Things happen for a reason. Saya bagi tau perkembangan NORMAL ni.
Sumber: Facebook Liyana Raya