Bayi suka merenung wajah wanita cantik dan lelaki kacak berbanding wajah biasa. Kalau anda sering dipandang lama oleh bayi comel, anda bertuah kerana anda tergolong di kalangan individu yang memiliki rupa paras yang cantik.
Bayi Suka Merenung Wajah Orang Dewasa Yang Cantik Berbanding Wajah Biasa
Sama ada anda perasan atau tidak, adakalanya ada bayi suka melihat individu tertentu? Dalam situasi lain pula, bayi mungkin akan menunjukkan reaksi tidak suka kepada sesetengah individu.
Bayi comel merenung ke arah anda? Ini sebabnya!
Secara semula jadi
Pernah tak apabila anda berdepan dengan bayi dan dia kelihatan seperti suka melihat anda? Itu tandanya pada pandangan mereka anda adalah cantik / kacak. Mesti rasa bangga, bukan? Kembanglah hidung sekejap.
Ini bukan rekaan tetapi ia adalah satu kajian yang dilakukan di United Kingdom. Dijalankan pada tahun 2004, kajian ini adalah berkisarkan mengenai aspek tingkah laku atau psikologi seseorang bayi.
Dalam kajian ini mendapati bayi tidak perlu diajar atau belajar mengenai cara dan kaedah mengenal wajah, tetapi mereka secara semula jadi sudah dilahirkan dengan kemahiran ini. Menarik, bukan?
Individu cantik
Dalam penyelidikan melibatkan bayi-bayi yang berusia seawal sehari, mereka diperlihatkan atau ditayangkan gambar-gambar muka dan hasilnya mendapati bayi-bayi tersebut lebih banyak menghabiskan masa untuk melihatkan wajah dengan ciri wajah menarik.
Menurut salah seorang penyelidik daripada University of Exeter, Alan Slater, “Daya tarikan bukan terletak pada kaca mata mereka yang melihat. Ia adalah satu perkara yang semula jadi wujud dalam bayi yang baru lahir.”
Melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Slater yang melibatkan bayi seawal usia sehari ini, membuktikan bahawa bayi tidak lahir ke dunia dengan sekadar ‘lembaran kosong’. Tetapi mereka memasuki dunia dengan sistem perkembangan persepsi yang cukup seimbang.
Ads
Simetri sempurna
Slater menjelaskan bayi suka melihat individu yang mempunyai raut wajah menarik mungkin kerana beranggapan bahawa individu cantik dan kacak ini mempunyai simetri wajah yang sempurna sebagai seorang manusia.
“Seorang bayi dilahirkan dengan persepsi wajah individu manusia yang sempurna. Disebabkan itu, mereka seperti sudah biasa melihat wajah individu cantik dan kacak.
Situasi ini sekali gus membantu mereka untuk lebih mengenali wajah-wajah individu lain. Malahan, secara tidak langsung, individu dengan raut wajah menarik ini dapat membantu mereka mengenali dunia sosial,” jelas Slater.
Bayi comel tengok sebab lebih kepercayaan
Satu kajian lain yang diterbitkan dalam British Journal of Developmental Psychology menunjukkan bayi serta kanak-kanak lebih mudah mempercayai kata-kata yang dilafazkan oleh individu dengan raut wajah yang menarik. Ini khususnya melibatkan wanita cantik. Beruntunglah wanita yang mempunyai raut wajah cantik!
Kajian ini menyatakan sama ada bayi lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai tahap minat dan kepercayaan yang sama. Ini bermakna mereka lebih mempercayai wanita cantik atau lelaki yang kacak berbanding individu dengan raut wajah kurang menarik.
Ads
Pengiktirafan ikhlas
Jadi apa yang boleh disimpulkan daripada artikel ini? Mudah je. Kalau kata selepas ini bayi anda atau mana-mana bayi merenung anda, percayalah itu merupakan satu pengiktirafan paling ikhlas yang menyatakan bahawa anda adalah individu cantik dan kacak. Senyum dan berbanggalah!
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Seronok bila ada anak kecil ni, meriah dibuatnya bila dah pandai bercakap. Macam-macam yang dia tanya. Semua benda dia tanya “kenapa”. Sampai tak larat kita nak menjawab. Bila anak banyak bertanya ni bagus, itu tandanya dia sedang mencapai perkembangan otak yang ligat berfikir.
Memang normal fasa ini dia akan banyak bertanya kerana sikap ingin tahu memang sangat tinggi. Jangan pula kita marah sebab itu akan merencatkan keinginan dia untuk bercakap dan berfikir. Lagi banyak tanya, lagi bagus. Biarlah berbuih mulut kita nak menjawab. Kebanyakan pendapat dari pakar perkembangan anak, ibu ayah jangan sekali-kali herdik atau sekat anak yang suka bertanya. Nanti bila mereka ‘sentap’ terus tak nak tanya apa-apa soalan. Anda juga yang risau.
Okay, ini antara beberapa cara bijak yang ibu ayah boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka bertanya soalan sama berulang-ulang kali. Ini pun boleh elak kita daripada rasa macam nak marah bila kena jawab soalan yang sama.
Tapi ingat jangan sekali-kali jawab “tak tahu” atau “entah” pada soalan anak anda atau buat acuh tak acuh sebab malas nak layan anak yang suka bertanya. Buruk kesannya pada perkembangan anak tau!
Tanya balik soalan yang sama
Memang tabiat budak kecil suka tanya soalan sama berulang kali. Jangan marah. Biar je dia tanya banyak kali soalan yang sama lepas tu cuba tanya balik soalan itu padanya. Anda akan terkejut sebab dia boleh bagi jawapan yang betul. Kesimpulannya, anak sengaja tanya soalan yang sama pada ibu ayah mungkin sebab kali pertama soal, dia rasa anda tak beri perhatian padanya. Jadinya dia tanya banyak kali untuk dapatkan sepenuh perhatian walaupun dia sendiri tahu jawapannya.
Sumber foto: www.freepik.com
Tumpukan perhatian pada anak
Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak.
Bila anak anda tanya soalan, anda boleh berikan jawapan dalam bentuk soalan kembali supaya dia boleh berfikir.
Contohnya kalau dia tanya, “Mama, kenapa kita kena gosok gigi?”.
Anda boleh jawab, “Rafid rasa kalau tak gosok gigi, mulut kita busuk tak?”.
Tentu dia akan terfikir kenapa pula mulut busuk dan anda boleh terangkan tentang mulut yang ada bakteria dan kotoran makanan yang dimakan. Kalau tak dibersihkan akan berbau busuk dan gigi rosak. Sekurang-kurangnya sesi pertanyaan tersebut ada memberikan ilmu baru kepada anak. Interaksi dua hala ini memberikan peluang kepada otak anak untuk berfikir.
Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak.
Tahulah si kecil yang ibu atau ayah tak jemu melayan setiap soalannya. Sepatutnya anda kena berbangga sebab anak sudah semakin bijak berfikir dan sentiasa ingin tahu banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Keep calm and smile
Untuk mengelakkan rasa serabut anak tanya banyak soalan, anda kena tetapkan dalam hati supaya sentiasa dalam mode bertenang dan banyakkan senyum supaya ikhlas dan bersedia untuk menjawab setiap soalan anak walaupun untuk kali yang ke-180!
Sumber foto: www.freepik.com
Berusaha beri jawapan terbaik
Janganlah disebabkan tak tahu jawapan atau malas nak huraikan panjang lebar, maka anda jawab “tak tahu” atau “entahlah mama pun tak tau”, sekurang-kurangnya kalau tak tahu jawapan yang betul, anda boleh cakap “nanti mama cari jawapan kat internet ya.” Barulah anak lebih bersemangat nak jadi kritis dan berfikir untuk tanya ibu ayah soalan lagi. Kalau asyik jawab tak tahu, anak pun beranggapan ibu ayah tak tahu banyak perkara dan akhirnya dia pun jadi malas nak tanya.
Ingatlah, fasa anak suka tanya soalan tak akan selamanya berlaku. Makin dia membesar makin kurang soalan yang ditanya. Nanti anda pula yang asyik tanya kepada anak dan rindu nak jawab soalan anak!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingat kerap marah anak sejak kecil akan membuatkan anak berada dalam otak takut. Bagaimanapun ramai ibu yang menyatakan jika tak dimarah perangai anak makin menjadi-jadi.
Kalau diikutkan anak-anak buat perangai tu biasalah. Nak-nak kalau anak ramai. Setiap seorang ada macam-macam perangai. Ada karenah yang mencuit hati tapi ada juga yang menguji kesabaran mak ayah.
Kebanyakan wanita bergelar ibu pasti akan mengalami benda yang sama. Tapi yang berbezanya adalah macam mana kita tangani situasi dan emosi untuk mengawal kemarahan ini.
Lagi satu kena tahu, anak yang kerap di marah ini akan berada dalam otak takut. Apa yang dikupas oleh Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan & Kasih Sayang, Ibu Rose ada benarnya dan boleh dijadikan peringatan bersama.
‘Otak takut’ adalah nama yang Ibu olah. Oleh itu memang tak kan jumpalah dalam medical term.
Nama saintifiknya ada Reptilian Brain. Iaitu bahagian paling bawah dalam tiga lapisan otak, Triune Brain.
Bahagian ini menjaga KESELAMATAN kita. Maka jika kita rasa terancam, degupan jantung akan menjadi cepat dan kita akan FIGHT atau FLIGHT atau FREEZE.
Anak-anak yang sering dimarah akan banyak beroperasi dari sini. Sayang akan lihat, ada sesetengahnya akan FIGHT…maka jadilah dia PEMBULI…anak yang dibuli di rumah akan membuli di luar.
Ia adalah pesona yang diambil demi untuk coping ketakutan besar di dalam dirinya. Seorang anak yang membuli, bila kita kaunsel, memang nyata dia mempunyai takut yang besar dan disorok melalui pesona kononnya hebat – membuli.
Jika dia FLIGHT, maka dia akan menjauhkan diri. Akan tiada keyakinan diri. Takut bergaul dan selalu ragu dengan apa yang dia mahu lakukan.
Jika dia FREEZE, maka anda akan nampak dia sering takut dan gelabah bila perlu melakukan perkara yang baru. Atau bila berada di dalam keadaan yang baru dan berbeza.
Jangan pandang remeh JARUM SYAITAN marah berlebihan ini. Ia memang digunakan untuk menghancurkan manusia.
“Bagi mereka yang bangga sangat memarahi anak-anak kecil yang kudus itu berlebih-lebihan, ingatlah bahawa itu bukan cara Rasulullah SAW dalam mendidik anak-anak. Ia bukan sesuatu yang patut dibanggakan.
Jika melakukannya tanpa sengaja kerana belum boleh mengawal diri, maka itu tidaklah mengapa. Asalkan terus berusaha memperbaiki diri.”
Ibu mendoakan agar kita terjauh dari sikap marah-marah yang berlebihan ini dan berusaha memperbaiki diri. Kita layak menjadi TENANG dan SABAR.
Rupanya penggunaan pewarna makanan tiruan boleh beri kesan buruk pada tingkah laku anak termasuk jadi panas baran dan kurang daya tumpuan. Anak-anak kecil memang mudah tertarik pada makanan yang berwarna-warni.
Bagi mereka ia nampak sedap dan menyeronokkan bila dapat dirasa. Hari ini bukan gula-gula dan lolipop sahaja yang berwarna-warni, pelbagai makanan lain seperti roti, kek, biskut turut diubah daripada warna asli kepada warna-warni. Kononnya ikut trend ‘hipster’.
Tapi tahukah anda apakah kesan buruknya jika penggunaan warna tiruan digunakan berleluasa dalam makanan terutama sekiranya dimakan oleh anak kecil? Puan Intan Nornie Sheika berkongsi kesan buruk pewarna makanan tiruan kepada kesihatan kita. Dia juga memberikan alternatif pewarna semula jadi yang lebih selamat digunakan.
Fenomena ‘hipster’ pemakanan sekarang ialah makanan berwarna. Kita banyak tengok kan, dari kek cawan (cupcake) yang berwarna warni sehingga kepada kuih tradisi, juga diwarnakan.
Karipap berwarna warni.
Laksam berwarna pelangi.
Roti jala berwarna tema bendera Malaysia.
Tidak salah untuk menggunakan unsur warna untuk menarik minat pada makanan Malaysia. Yang salahnya, bila pewarna sintetik digunakan.
Apakah kesan pewarna sintetik ?
1. Anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.
2. Merosakkan bahan genetik dalam sel-sel lalu membentuk kanser.
3. Tartrazine (pewarna kuning-jingga) ialah agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktif di kalangan kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.
4. Bengkak tisu, alergi dan masalah pernafasan. Ia juga boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin menyebabkan kanser.
Oleh itu, apa alternatifnya yang alami dan semula jadi ?
:: H I J A U dari pandan atau teh hijau
:: K U N I N G dari kunyit
:: M E R A H dari rasberi atau strawberi atau ubi bit (sedap tau) :p
:: B I R U dari bunga telang
:: P E R A N G dari serbuk kopi atau serbuk koko
:: O R E N dari karot
Tips alternatif
1- Mula dengan bahagian kecil. Perah sedikit demi sedikit, dan sentiasa rasa hasil perahan tadi. Sebab dari sumber alami, ‘kepekatan’ rasa sumber pewarna asli tadi akan mempengaruhi makanan juga.
2- Pilih “pewarna” tadi ikut perasa makanan yang kita masak. Jika berhajat untuk buat kek pelangi, pilih warna-warna dari sumber alami yang yang sesuai ya.
3- Sayur/buah/bahan alami untuk pewarna semula jadi selepas diperah, simpan 2 hingga 6 jam di dalam ‘chiller’ (dalam keadaan tekstur seperti jem). Kemudian baru diadun bersama doh/adunan kek atau makanan.
4. Untuk masakan ‘baking’ seperti kek, ‘muffin’, kek cawan dan lain-lain, pewarna asli tadi akan mempengaruhi tekstur kek etc, Oleh itu, pastikan untuk jenis yang lembap dan berair seperti sayuran, ditos dengan baik dan kering sebelum dicampurkan.