Anak saya perempuan, umur 9 bulan dan dia suka sangat sembur bila makan. Dan bila sembur, dia akan senyum. Sebelum ni saya cuba nak tahu sebab dia sembur. So bila dia sembur, saya akan bagi air. Mungkin dia dahaga. Tapi lepas bagi air, dia sembur juga.
Nak kata dia kenyang, dia akan buka mulut untuk suapan seterusnya. Saya cuba avoid saying NO risau terlalu kerap sebut. Saya cuba ignore tapi dia tetap sembur. Kalau bukan waktu makan, dia akan sembur air liur. Boleh Ibu kongsikan cara untuk saya deal dengan situasi ni?
Ads
Jawapan Ibu Rose
Dia sembur sebab dia mula nak cuba kendalian dia terhadap mulutnya. Ini akan membantu dia untuk cepat bercakap. Tak mengapa biarkan sahaja dia melakukannya. Ini cuma fasa dalam pembesaran anak kecil. Tiada kena mengena dengan akhlak. Cuma anda perlu bijak untuk tidak letak makanan yang dihidangkan untuk orang lain dekat dgnnya supaya tidaklah semburan itu termasuk ke hidangan.
Adakah anak saya speech delay? Soalan ini kerap ditanya dan cukup merisaukan ibu bapa yang ada anak sekitar usia setahun ke atas. Apa yang membuatkan ibu bapa bimbang susah nak dengar perkataan yang keluar dari mulut anak selain kalau nak sesuatu anak akan tunjuk atau menangis saja.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi mungkin boleh membantu ibu bapa bagaimana nak tahu anak ada masalah lewat pertuturan.
Dibawah ini adalah tanda-tanda masalah pertuturan yang boleh dikesan dari anak 12 bulan hingga 3 tahun:
12 BULAN:
❌ Anak tidak mengenal nama mereka sendiri.
❌ Anak tidak boleh menyebut 1 atau 2 perkataan bermakna.
15 BULAN:
❌ Anak tidak reti menunjuk pada objek apabila penjaga menyebut nama objek.
❌ Masih tidak menyebut perkataan memerlukan sesuatu, contohnya “Nak”.
18 BULAN:
❌ Anak masih tidak reti mengikut arahan mudah seperti “Ambil botol susu”.
❌ Anak tidak menyebut perkataan “Mama”/”Papa” atau perkataan panggilan yang lain.
2 TAHUN:
❌ Anak masih tidak menunjukkan anggota badan apabila disebut.
❌ Anak tidak menggunakan sekurang-kurangnya 25 perkataan bermakna.
2 TAHUN 6 BULAN:
❌ Anak tidak mengangguk ataupun bersuara apabila ditanya pertanyaan mudah seperti, “Nak susu?”
❌ Anak tidak menggunakan 2 patah perkataan dalam satu ayat seperti, “Nak mandi” walaupun pelat.
3 TAHUN:
❌ Anak tidak menggunakan sekurang-kurangnya 200 perkataan atau membuat ayat menggunakan 3 patah perkataan dalam satu ayat.
Ada satu kajian yang dijalankan selama 29 tahun tentang masalah lewat bahasa reseptif (yang difahami) semasa zaman kanak-kanak menyebabkan risiko masalah emosi, tingkah laku dan sosial apabila dewasa. Kajian ini dilakukan terhadap 6,941 kanak-kanak berumur 5 tahun yang mempunyai masalah bahasa reseptif, kajian susulan dilakukan selepas 29 tahun.
Hasilnya terbukti kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa reseptif mempunyai risiko lebih tinggi bagi masalah mental apabila mereka berumur 34 tahun berbanding kanak-kanak lain yang tidak mempunyai masalah terlewat. Kanak-kanak lelaki lebih berisiko berbanding perempuan.
Kebanyakan kes yang saya terima tentang kes lewat bercakap, perkara pertama yang saya akan lakukan adalah penilaian perkembangan. Apa yang mak ayah selalu risau ialah anak lambat cakap, tapi bila lakukan penilaian barulah kebanyakan mak ayah tahu yang anak juga ada terlewat perkembangan lain juga seperti Skil Urus Diri, Skil Motor Halus, Skil Motor Kasar atau Skil Sosial.
Sebab itulah penilaian awal sangatlah penting kerana ada banyak sangat faktor yang perlu dikenalpasti dan diselesaikan sebelum terapis fokus kepada skil pertuturan seperti Reflex, Sensori (memilih makan, gayat, tak fokus, penggeli, terlampau aktif dan sebagainya), Faktor Persekitaran (kurang rangsangan, “overprotective”, tv, gadget dan sebagainya) ataupun faktor masalah perkembangan yang lain.
Maka, untuk menjayakan kes lewat bercakap ada 1001 cara bergantung kepada setiap kes.
Jika mak ayah dapati anak mempunyai tanda-tanda berikut, sila dapatkan bantuan awal supaya intervensi awal dapat dilakukan. Semakin lambat lakukan sesuatu, semakin jauh perkembangan anak.
Letakkan target untuk selesaikan masalah perkembangan anak sebelum anak berumur 5 tahun untuk mengelakkan masalah psikososial apabila dewasa kelak.
Bagi mak ayah yang sedang berjuang untuk anak, semoga dipermudahkan segala urusan.
Anak nampak lembut, sopan dan baik di depan mata… tapi tiba-tiba cikgu panggil dan kata anak kita membuli? Susah nak percaya, kan? Tapi hakikatnya, pembuli bukan sekadar menumbuk, menolak atau menyepak orang lain secara fizikal. Ia juga boleh berlaku dalam bentuk arahan kasar, ejekan halus, sindiran berulang atau memperlekehkan orang lain secara lisan.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), ramai ibu bapa tidak sedar bahawa anak yang kelihatan “baik” di rumah sebenarnya mungkin menunjukkan sisi berbeza di luar. Kadang-kadang, anak yang nampak patuh di rumah melepaskan tekanan di luar rumah terutama jika mereka menunjukkan tingkah laku seperti:
Kajian psikologi oleh Dan Olweus, pakar dari Norway yang terkenal dalam penyelidikan tentang buli, mendapati bahawa pembuli selalunya datang dari rumah yang kurang empati atau terlalu keras. Mereka belajar bahawa cara untuk dihormati adalah dengan menunjukkan kuasa dan menakut-nakutkan orang lain. Ada juga yang membuli kerana mereka sendiri pernah menjadi mangsa dan kini mengulangi corak itu tanpa sedar.
PHM menjelaskan bahawa buli bukan perangai nakal yang boleh dibiarkan. Ia adalah corak tingkah laku yang dipelajari dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak dibendung. Jika tidak dihentikan, kanak-kanak yang suka membuli akan membesar menjadi:
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, berikut tanda-tanda anak mungkin menunjukkan tingkah laku pembuli:
Public Health Malaysia menegaskan bahawa buli ialah satu kitaran — dan rumah adalah tempat pertama ia bermula atau boleh dihentikan. Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan hanya memastikan anak tidak dibuli, tetapi juga memastikan anak kita bukan pembuli.
Didik mereka dengan empati, kawal emosi dengan kasih, dan tunjukkan teladan yang baik setiap hari. Itulah benteng terbaik melawan budaya buli di kalangan anak-anak hari ini.
Ada satu jangkitan kulit yang biasa terjadi pada kanak-kanak, di panggil MOLLUSCUM CONTAGIOSUM (MC).
MC ni pada peringkat awal ia keluar pada kulit, sering disalah anggap sebagai simptom awal chicken pox, atau ketuat.
Bila dah established, memang parents selalunya panik tengok banyak nya biji biji ni timbul. Tapi jangan panik, ia tak bahaya.
MC ni jangkitan virus. Boleh terjadi pada sesiapa sahaja, baby hingga lah orang tua. Cuma ia sering ditemui pada kanak kanak, terutamanya yang ada masalah kulit sensitif / alahan (atopic dermatitis / eczema). Ia tak merbahaya, tapi ia menjangkit ( contagious).
Macam mana boleh dijangkiti?
Samada direct skin to skin contact, contohnya kanak kanak yang main bergurau dengan kanak-kanak lain yang ada MC. Boleh juga dijangkiti menerusi barang yang telah dijangkiti, contohnya guna towel atau duduk pada sofa.
Bila dijangkiti, ambil masa average 2 ke 7 minggu untuk kulit mula tunjuk simptom. Kadangkala lepas 6 bulan baru keluar biji biji MC tu. So memang susah nak identify dari mana dpt jangkitan.
Sepanjang kulit tunjuk adanya biji biji tu, sepanjang itulah MC ni contagious, yakni boleh menjangkiti orang lain. Kanak-kanak yang ada MC suka garu / kopek biji biji tu, dan ini boleh sebarkan MC pada bahagian badan yang lain.
MC ni tak sakit, dan mungkin boleh rasa gatal sikit. Close up biji biji MC ni, dibahagian tengah biji ada lekuk sikit dan mungkin berisi cecair likat. On average, boleh keluar antara 10 ke 20 biji pada satu satu tempat.
So, perlu rawatan ke tak?
In general, buat kanak-kanak yang ada MC, tak perlu buat rawatan. Biar kan aja, nanti biji-biji tu akan hilang sendiri tanpa meninggalkan parut. Berapa lama nak hilang? Antara 8 ke18 bulan. Memang lama. Kanak-kanak tak dirawat umumnya, untuk elakkan risiko side effect rawatan. Pun begitu, ada kes kanak-kanak dengan MC yang dirawat oleh dermatologist.
Kalau pakar kulit ( dermatologist) rawat, apa teknik rawatannya? Antaranya:
Cryosurgery.
Biji biji MC akan di freeze dengan liquid nitrogen
Laser surgery.
Guna laser untuk buang biji tu
Curettage.
Biji biji tu akan di kikis buang dgn special tool.
Topical application.
Solution ber acid diguna utk buang biji-biji MC.
Rawatan rawatan ni maybe perlu diulang ulang setiap 3 ke 6 minggu kalau banyak biji biji MC nya / atau besar saiz nya. Sepanjang rawatan, biji baru mungkin keluar.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.