Rumit jadinya bila bayi mula keliru antara puting ibu dengan puting botol biasa selepas pulang dari rumah pengasuh. Buat seketika, sebaiknya cuba tenangkan bayi terlebih dahulu. Beri dia masa dan paling penting kena tahu triknya untuk kembalikan bayi ke payudara ibu.

Tip yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya Yacob, Pakar Laktasi daripada Dr Nurhaya Lactation Center ini patut anda ikuti. Barulah senang hati ibu bila bayi nak kembali menyusu.

Tolak Susu Sebab Anak Keliru, Ini Cara Nak Kembalikan Bayi Ke Payudara Ibu Semula!

Tip mudah kembalikan bayi ke payudara (nipple confuse)


1. Membiarkan bayi terlalu lapar untuk dia menerima payudara bukanlah cara terbaik membuatkan si kecil menerima payudara kembali. Kononnya bila dah lapar nanti, mesti dia hisap.

Percayalah ia tidak akan berjaya. Sekiranya perlu, berikan sedikit (contohnya setengah oz ke) susu perahan mummies melalui cawan atau botol sebelum cuba menyusukan si kecil. Bayi yang tenang lebih mudah menerima payudara ibu.

2. Lakukan di tempat selesa dan tidak banyak gangguan atau menarik perhatian bayi. Sekiranya bayi sering terganggu dengan bunyi bising ataupun lampu, lakukan di dalam bilik dan malapkan lampu. Memasang muzik latar atau alunan zikir ke, cuba cipta suasana yang tenang.

Tolak Susu Sebab Anak Keliru, Ini Cara Nak Kembalikan Bayi Ke Payudara Ibu Semula!

3. Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi. Walaupun bayi enggan menyusu, biarkan mereka selesa dengan bau ibu. Biarkan saja si comel tertidur di atas dada ibu. Nikmatnya luar biasa.

Dengan cara skin to skin ini juga mummies dapat mengenali feeding cue/ tanda awal lapar si comel dan memulakan pemberian susu ibu lebih awal dan tidak menunggu bayi terlalu lapar.

Pendek kata jangan berpisah daripada bayi dan jadikan dada ibu sebagai tilam untuknya. Aktiviti skin to skin ini bukan buat 3 kali anak belum mahu menyusu mummies dah give up ya, atau kata “ala saya dah buat skin to skin 4 5 kali tapi anak still tak nak menyusu direct.

IKLAN

Kualiti skin to skin dengan hati yang tenang, bayi yang tenang lebih efektif dari skin to skin yang dalam keadaan terdesak dan penuh pengharapan.

Tolak Susu Sebab Anak Keliru, Ini Cara Nak Kembalikan Bayi Ke Payudara Ibu Semula!

4. Tawarkan payudara ibu sekerap mungkin dalam apa jua keadaan. Tak kira la baby sedang tenang-tenang bermain ke atau telah memberi feeding cue untuk menyusu, baru bangun tido ka, mengantuk ka bila-bila masa sahaja.

Saya selalu umpamakan memperkenalkan payudara ibu itu adalah satu permainan di antara ibu dan anak. Mummies boleh cari cara yang sesuai untuk menyusu. Sambil duduk ke, baring ke, sambil berjalan ke, sambil mandi ke dan mana-man posisi yang mummies selesa. Saya yakin mummies pasti dapat mencari cara kretif bagi memujuk bayi untuk menyukai payudara kembali!

Tolak Susu Sebab Anak Keliru, Ini Cara Nak Kembalikan Bayi Ke Payudara Ibu Semula!

5. Mummies boleh perah dulu sedikit, almaklumlah mekanisma menyusu botol berbanding payudara kan sedikit berbeza. Perah agar “let down refleks” sudah tercapai dan aliran susu berjalan lancar. Percayalah ia merangsang & memudahkan si bayi menghisap payudara ibu kerana mengetahui ada makanan disitu.

IKLAN

6. Pujuk bayi dengan suara yang lembut dan mesra. Sekiranya bayi tidak menerima payudara, jangan tunjuk rasa kecewa kepada mereka. Teruskan memujuk. Sekiranya selepas 10 minit mummies mencuba dan baby still tak nak melekap..ok stop dan jangan di paksa lagi.

Berikan masa berehat kepada bayi. Cuba lagi tidak lama selepas itu. Tapi dalam jangka masa yang lebih pendek! Sekiranya masih tak mahu lagi..tangguhkan sesi itu dan cuba sekali lagi pada masa yg lain.

7. Sekiranya bayi menunjukkan tanda marah & lapar tapi masih tak mahu melekap di payudara, hentikan cubaan dan berikan sesikit susu perahan sebelum mencuba lagi sekiranya perlu.

Gunakan cawan atau picagari. Selepas itu cuba tawarkan lagi. Sekiranya masih tak mau juga lagi, it’s ok mummies. Just habiskan susu perahan itu dengan kaedah yang biasa ibu gunakan.

Tolak Susu Sebab Anak Keliru, Ini Cara Nak Kembalikan Bayi Ke Payudara Ibu Semula!

IKLAN

8. Mummies yang nak mengamalkan skin to skin dengan cara selesa boleh mengamalkan cara menggunakan alat gendongan bayi seperti ring sling, wrap atau ssc. Lebih rapat dan lama umpama kembar siam ibu & anak lebih cepat & mudah si comel menerima payudara ibunya.

9. Haaaa taaadaaa..apa bila si comel sudah mula menerima payudara, mereka tidak terus menghisap lahap. Seringnya mereka hanya menjilat dulu, lalu mengemam atau menghisap kosong itu adalah permulaan yang baik. Walaupun hisapan itu hanya untuk keselesaan atau confort suckle..dan bukan untuk menghisap susu, SEKURANG-KURANGNYA BAYI SUDAH MULA MENERIMA PUTING!

Tolak Susu Sebab Anak Keliru, Ini Cara Nak Kembalikan Bayi Ke Payudara Ibu Semula!

10. Sekiranya si comel sudah mula melekap dan menghisap payudara dengan betul, aliran susu yang lebih laju akan membantu bayi dalam menghisap. Mummies boleh lakukan breast commpression atau memampatkan payudara lalu lepas seperti memerah, bagi membantu meningkatlan aliran susu..bayi biasanya menggemari aliran yg laju! duhhhh! siapa tak suka ye dak..

11. Sekiranya mummies dalam proses relaktasi dan meningkatkan susu, mummies boleh consider utk add on “supplementary-nursing-system” atau alat tambahan membantu menyusu menggunakan tiub. Finger feeding juga adalah satu method yang baik. Insyallah saya akan kongsikan pada masa yang lain pula.

12. Nak guna nipple shield pun boleh untuk kes2 tertentu. sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar laktasi atau kaunselor laktasi sebelum penggunaannya.

Untuk bayi dibawah 1 minggu elakkan penggunaan nipple shield sbb ia akan menganggu milk transfer dari payudara ke bayi dan menganggu produksi susu.

Menarik: Anak Kena Rehat 5-10 Minit Selepas Setiap 25 Minit Sesi Belaajar, Kalau Anak Stress Bagi Dia Bertenang

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI